Monday, May 23, 2016

RPK KATA, MAHATHIR SEMAKIN MENUNJUKKAN TANDA-TANDA TERDESAK!!!



Bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad mula menunjukkan tanda-tanda terdesak dalam usahanya untuk menggulingkan Perdana Menteri, Najib Razak.

Menurut Raja Petra Kamaruddin dalam laman sesawangnya, Malaysia Today, Mahathir mula menjadi defensif dan kurang keyakinan, berbeza dengan keyakinan tinggi serta hidung tinggi yang ditunjukkan sebelum ini yang kononnya diia bercakap dari sudut ketinggian moral. 

Raja Petra mengulas tentang posting terbaru bekas Perdana Menteri itu di dalam blognya di bawah tajuk, "The Citizens vs Najib."

"Mahathir tahu, keadaan sudah bertukar dan bagi menyelamatkan dirinya, dia perlu menukarkan situasi menjadi 'rakyat melawan Najib' berbanding 'Mahathir melawan Najib.

"Mahathir kini cuba berselindung di belakang rakyat, golongan yang dihinanya sepanjang 22 tahun kekuasaannya," kata RPK. 

Blogger yang berpangkalan di Manchester itu mendakwa, Mahathir tahu dia perlu melakukan sedikit 'jual beli' tetapi masyarakat tidak lagi mudah digula-gulakan sebagaimana sangkaannya setahun lalu.

Menurut RPK lagi, mesej utama Mahathir di dalam blognya ialah, dia kononnya bercakap bagi pihak rakyat Malaysia dan kepentingan negara, namun Mahathir tidak mempunyai 'hak moral' sebenarnya untuk berbuat begitu. 

Ini adalah kerana Mahathir telah membazirkan lebih RM200 bilion wang rakyat, separuh daripadanya Mahathir letakkan di bawah pemegang amanah, penama dan proksi.

"The Islamic State (IS) juga mendakwa mereka bercakap mewakili satu bilion orang Islam walaupun mereka membunuh orang Islam atas nama musuh Allah.

"Mahathir mewakili 30 juta rakyat Malaysia seperti mana IS mewakili satu bilion orang Islam di seluruh dunia," katanya lagi. 

Raja Petra turut menekankan tentang kontradiksi kata-kata Mahathir sendiri, apabila bekas Perdana Menteri itu berkata, dia cuma menjatuhkan Najib dan bukannya kerajaan, tetapi pada masa yang sama berkata, untuk menjatuhkan Najib, UMNO dan Barisan Nasional perlu ditumbangkan terlebih dahulu.


2 comments:

Anonymous said...

1.Jika kepentingan urusan perniagaan membabitkan negara, persetujuan seluruh kabinat menteri diperlukan

2.Najib terbabit menghadiri dan memberi keputusan bersetuju atau tidak bersetuju.

3.jika urusan perniagaan tidak baik, maka najib perlu membuat bantahan.

4.kenapa najib tidak pernah bersuara sesuatu tindakan yang diputuskan oleh jemaah menteri?

Anonymous said...

Anon kt atas ni pernah dgr tk tentang kerugian yg d alami olh Bnm sewaktu tun jd pm dlu , urusan jual beli matawang klau tk salah aku , lps dh rugi tun salah anwar plk . Bknkh tun waktu tu jemaah menteri dan ahli kabinet malaysia , knp tun lps tangan ?

top