Tuesday, May 24, 2016

SELEPAS HULU CANGKUL DALAM KEMALUAN, NETIZEN BELASAH KEBODOHAN ADMIN AMRAN FANS TENTANG PEMILIKAN RUMAH!!!



Tak pernah lagi saya menegur secara direct dengan mana-mana penulis/admin lain.

Tetapi untuk Amran Fans, terpaksalah.

Ianya bukan sebab isu lawak cangkul ke atas mangsa rogol.

Tetapi ia berkaitan post kritikan dia terhadap individu yang membeli rumah banyak-banyak.

Nak tau kenapa saya marah sangat? Baca sampai habis.

Sama ada post Amran adalah cubaan untuk dia lari dari isu 'lawak cangkul' tidaklah saya kisah. Tetapi saya amat kasihan membaca logiknya bila bercakap pasal beli rumah banyak.

Ada beberapa fakta yang Amran kena baca dan faham.

1- Jumlah hartanah kediaman yang tergantung (property overhang) pada suku keempat 2015 adalah sebanyak 11,316 unit iaitu bersamaan RM5.897 Billion.

2- Ini adalah hartanah tergantung iaitu hartanah yang sudah siap selama 6 bulan tapi masih tak terjual. Mengapa?

3- Sebabnya hampir separuh daripada 11,316 unit tersebut adalah lot/kuota Bumiputera. Jadi apa maksudnya?

4- Maksudnya, Bumiputera terutama orang Melayu kita tak beli hartanah tersebut. Kenapa tak beli?

5- Ada banyak faktor. Kuasa beli Bumiputera memang kurang sedikit tetapi kebanyakannya tak beli hartanah kerana kurang ilmu dan pendedahan. Tahu tak Amran bilangan Bumiputera yang muflis adalah yang tertinggi? Ini maknanya apa?

6- Maknanya, golongan Bumiputera kita kurang arif dalam menguruskan kewangan.

7- Hartanah ni, kalau nak beli banyak-banyak tak jadi masalah kalau ada ilmu dan reti selok beloknya. Jadi, bila ada Bumiputera yang berkongsi ilmu tentang cara memberli hartanah- kenapa Amran nak panas?

8- Okeylah- Amran kata pelabur-pelabur ni sudah kaut semua. Soalan saya, kenapa masih terdapat lebih 11 ribu unit hartanah yang tidak terjual? Ingat, ini data suku keempat 2015 dan hanya berkaitan 'property overhang'. Kalau saya beri angka keseluruhan 2015 dan angka 'property unsold', Amran akan lagi terkejut. Boleh gerun beb.

9- Jadi mana 'part' yang pelabur-pelabur tu dah sapu semua? Mana? Amran cubalah pergi ke ekspo hartanah. Cuba pergi dan lihat sendiri realiti sebenar.

10- Projek hartanah mampu milik seperti Rumawip, SPNB dan Rumah Selangorku kena daftar dan cabut undi. Peraturan ketat. Jangan harap pelabur nak sapu.

11- Projek hartanah mampu tengok pula dalam keadaan pasaran sekarang- masih banyak unit-unit yang tinggal. Ha, kenapa mampu tengok? Mampu tengoklah sebab ramai di kalangan kita yang tak tahu cara nak mampu.

12- Tapi bila ada insan seperti Faizul Ridzuan nak ajar (percuma) cara nak bagi mampu, Amran perlekehkan.

13- Amran marah pasal kata dia pelabur yang beli ini kemudiannya kenakan sewa yang mahal. Saudara Amran, tahukah anda, dalam keadaan harga rumah sekarang, saya boleh katakan sebilangan besar kadar sewa hartanah adalah jauh lebih rendah dari bayaran ansuran bank.

14- Kalau bayar ansuran lebih rendah dari kadar sewa, saya kira dah ramai yang beli hartanah. (Ada 11 ribu lebih hartanah tak terjual pun). Kalau rumah PPR, rumah kos sederhana atau rumah yang dibeli 10-20 tahun lepas mungkinlah seperti yang Amran cakapkan tu. Tapi berapa banyak? Dan takkan Amran duduk menyewa di PPR? Tak logik.

15- Kesimpulannya, tuduhan Amran pasal rumah dah disapu semua tak betul, Pasal kadar sewa lebih mahal dari bayar ansuran pun tak betul.

Baiklah, yang saya marah sangat ni pasal apa?

Pertamanya saya bukan pelabur hartanah yang beli 4-5 biji rumah.

Tetapi yang saya marah sangat pasal saya sedih dan geram bila tengok ramai orang khususnya orang melayu yang akan terus dipermainkan sentimen mereka dan terus diperbodohkan dengan posting Amran tersebut.

Keduanya saya jadi lagi sakit hati bila orang yang tak tau hujung pangkal cuba nak cakap membabi buta.

Dia tau tak kita ni bertungkus lumus buat portal hartanah Bumiputera hartabumi.my untuk 'address' Bumiputera ownership' di Malaysia?

Amran tau tak kalau unit hartanah berstatus Bumiputera ni tidak terjual untuk tempoh tertentu, ianya akan di'release'kan dan boleh dijual kepada sesiapa sahaja termasuk warga asing? Tau ke tidak?

Isu ni bukan main-main. Kadar pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera hanya 39.5% tau. Ini pun campur individu dan syarikat.

Kalau semua unit hartanah berstatus Bumiputera (yang datang dengan diskaun 5-15%) terus tak terjual, kadar milikan hartanah Bumiputera akan terus lagilah merosot.

Tapi apa yang Amran buat untuk selesaikan isu ini?

Tak ada. Amran tak buat dan Amran tak tau.. Yang dia tau, perlekeh dan perleceh orang sahaja.

Lain kali, kalau tak boleh menjadi penyelesaian, paling-paling tidak pun, diam sahajalah.


MatRodi


No comments:

top