Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, May 25, 2016

SKANDAL LIM GUAN ENG-PHANG LI KOON: TIMBALAN KETUA MENTERI II JADI 'PENGKHIANAT' MENERUSI PENGESAHANNYA!!!



Telah disahkan oleh Profesor Dr. P. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang yang juga dikenali sebagai penyokong kuat kumpulan pengganas LTTE yang terkenal itu.

Jawapan balas ini telah dikeluarkan pada hari terakhir Sidang DUN Pulau Pinang minggu lepas. Tidak dapat dipastikan sama ada Lim Guan eng tahu atau tidak tentang jawapan balas itu atau sebaliknya.

Magnificent Emblem yang dimiliki Phang Li Koon dan pemilik KLIDC, tang Yong Chew sememangnya telah berjaya memenangi tender daripada PDC Pulau Pinang di mana Lim Guan Eng adalah Pengerusi dan ketua jawatankuasa tender. 

Willing tender giver, willing tender winner?


Tidak hairanlah mengapa Kerajaan Pulau Pinang dan Lim Guan Eng enggan memberikan jawapan kepada soalan yang ditanya berbulan lalu sama adalah Phang Li Koon telah menulis kepada PDC Pulau Pinang untuk projek berkenaan. 

Sumber dalaman DAP sebelum ini memberitahu projek tersebut bernilai RM25 juta ke RM30 juta. Tekanan dan pendedahan melibatkan skandal antara Lim Guan Eng dan Phang Li Koon telah menyebabkan penganugerahan projek tersebut dibatalkan selepas 'dimenangi' oleh Magnificent Emblem. Magnificent Emblem kemudiannya memberi reaksi, "untuk menukar syarat-syarat anugerah itu secara ketara dan disebabkan oleh isu-isu pematuhan dan perolehan di luar kawalan Lim Guan Eng, Surat Anugerah terpaksa dibatalkan."

Ternyata apa yang dinyatakan oleh sumber dalaman DAP itu adalah 100% benar!



Ramasamy menulis, walaupun Magnificent Emblem telah berjaya dalam tender tersebut tetapi terpaksa dibantalkan kerana Magnificent Emblem gagal untuk memenuhi syarat-syarat dan terma tanah. Anehnya, kalau mereka gagal mematuhi syarat-syarat tersebut, bagaimana pula mereka boleh memenangi tender berkenaan?

Siapakah yang telah memaksa penganugerahan tender itu kepada Magnificent Emblem?

Dalam Akuan Bersumpah yang telah ditandatanganinya, Phang Li Koon berkata, dia tidak mempunyai sebarang urusniaga dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, tetapi surat dan pengakuan P.Ramasamy membuktikan sebaliknya.


Baca beritanya di bawah:

Syarikat Magnificient Emblem Sdn. Bhd. (Magnificient Emblem) yang mana Phang Li Koon me­rupakan Pengarahnya pernah memenangi tender daripada kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membangunkan asrama pekerja di tanah milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Juru di sini.

Timbalan Ketua Menteri 11, Dr. P. Ramasamy berkata, tender itu diperoleh syarikat ahli perniagaan wanita berkenaan ketika pertama kali dibuka kerajaan DAP Pulau Pinang pada 17 September 2013.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai berkata, syarikat Li Koon itu dipilih daripada dua lagi syarikat lain yang turut mengambil bahagian iaitu Centurion Corporation Limited dan TEE International Limited.

“Permohonan cadangan (RFP) pembangunan asrama pekerja ini dibuat lebih sekali disebabkan Magnificient Emblem tidak dapat mematuhi syarat RFP berkenaan pegang­an hak milik.

“Justeru, pihak pengurusan telah membuat keputusan RFP pembangunan asrama pekerja tersebut dipanggil semula,” katanya dalam sesi penggulungan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. (RUJUK SINI) dan (SINI)



No comments:

 
Blogger Templates