Saturday, May 7, 2016

TAHNIAH MAT BASHAH SEBAB ELAKKAN SATU LAGI TRAGEDI 'MELAYU TIPU MELAYU GUNA NAMA MELAYU' DALAM USAHA SELAMATKAN TANAH 60 HEKTAR TANAH DI JABI!!!!



Ramai yang tak berapa tahu cerita yang melibatkan permainan tinggi menggunakan nama MELAYU-BUMIPUTERA yang sebenarnya tidak lebih daripada berotakkan kapitalis yang melihat tanah sebagai sumber modal utama.

Beberapa tahun lepas, sebuah kementerian yang bangunannya megah seakan-akan pintu gerbang kedatangan kita dari utara, terkenal dengan kisah bangunan pusat konvensyennya.

Atas nama 'membantu MELAYU-BUMIPUTERA' sebuah syarikat yang asalnya berniaga AP kenderaan import dilantik untuk membangunkan pusat konvensyen tersebut dengan Kementerian berkenaan tidak mengeluarkan satu sen pun. Sebaliknya, mereka memberikan hak kepada syarikat Melayu-Bumiputera tersebut untuk membangunkan tanah-tanah Kementerian di sekitar lokasi berkenaan.

Apa yang berlaku kemudian ialah PEROGOLAN jenama MELAYU-BUMIPUTERA yang menyaksikan ULAR LIDI MENELAN NAGA. Bermodalkan Pusat Konvensyen yang sekarang sudah bertukar nama dan kementerian tersebut sekadar mampu berbangga tetapi tidak memiliki, syarikat Melayu-Bumiputera tersebut terus menjadi syarikat CHETTIAR penghisap darah yang tidak boleh ditegur kerana mereka adalah syarikat MELAYU-BUMIPUTERA.



Kini tanyalah Kementerian tersebut, di mana Pusat Konvensyen mereka, pasti tiada sesiapa pun yang dapat memberikan jawapan selain daripada para pegawainya yang bijak pandai akan saling tuding menuding jari menyalahkan sesama sendiri bagaimana urusan tanah bernilai berbilion ringgit boleh diperdayakan dengan pembinaan sebuah pusat konvensyen yang harganya tidak lebih dari RM300 juta yang kemudian, BUKAN PUN MILIK KEMENTERIAN!!!

Keadaan yang sama juga nampaknya sedang dan hampir berlaku di Kedah... Wang tunai RM30 juta hendak ditukarkan dengan tanah bernilai lebih RM80 juta dan sekiranya dibiarkan akan menjadi satu lagi barah yang perlu dihadapi oleh KERAJAAN NEGERI KEDAH. Alasannya, membantu membangunkan kawasan terbengkalai. Kalau benar hendak membantu, mengapa perlu ada upacara SWAP-IN dan SWAP-OUT dengan menggunakan sukan sebagai alasannya? Mengapa D'Herbs Holdings tidak terus menghantar proposal untuk membangunkan tanah terbengkalai tersebut, dan BERTINDAK SEBAGAI GENTLEMAN, bukannya sebagai pemerdaya dan pembelit tanah kerajaan.

Apakah sekarang wujud golongan taukeh-taukeh kapitalis yang beroperasi di atas jenama Melayu-Bumiputera tetapi mereka sebenarnya merupakan pacat dan lintah paling efektif yang sangat bijak mempergunakan jenama Melayu-Bumiputera? Dan yang menariknya, mereka ini terdiri daripada golongan muda yang sangat agresif dan tamak haloba. Mereka akan menggunakan apa-apa sahaja, terutama sekali jenama Melayu-Bumiputera untuk meraih apa-apa sahaja yang boleh digunakan untuk mengembungkan tembolok mereka. Kejayaan mereka dalam bidang perniagaan, akan dijadikan sebagai modal untuk menekan pihak kerajaan yang memiliki semua kemudahan lain termasuklah tanah yang direbut-rebutkan dan diidam-idamkan seperti tanah berkeluasan 60 hektar di Jabi, Pokok Sena, Kedah.

Perhatikan situasi di Kedah... perhatikan betapa mudahnya RM30 juta mengelabui mata sejumlah manusia di Kedah yang tidak memikirkan tentang tanah yang bakal hilang!

Kita akan melihat lebih banyak situasi seperti ini berlaku dan mereka yang berasa tersangat bijak, akan memilih wang ringgit berbanding harapan generasi masa hadapan yang memerlukan tanah sebagai modal.

Alasan mereka ialah, yang hendak memberikan modal tersebut telah pun berjaya dalam perniagaan, walaupun hakikatnya, kejayaan berkenaan sekadar berputar di sekitar perniagaan melibatkan tanah-tanah kerajaan!


11 comments:

Anonymous said...

Terlajak laris ni nak taja bola, tajalah. X payahlah nak minta tanah bagai. Itu cerita lain. Nasib baik MB ni bagus, kalau x penyakit macam Taman Manggis menjangkit di Kedah. Orang ni masa minta cakap lain, dah dapat dijual pulak, untung berjuta2 atas angin. Ini semua kerja nak muntah kedarah untuk diri sendiri dengan merompak harta rakyat secara terancang. Guan Eng yg sengaja buat perkara ini perlu dihukum berat.

Anonymous said...

Bila DHERBS lingkup dang bungkus Nnt tiadalah isu swap menyewap ni..

Anonymous said...

Dari dulu sejarah dah buktikan pemimpin yg di lantik daru Utara tak layak jadi memimpin... apatah lagi dilantik jadi seorang Perdana Menteri.... tak semua orang utara tak baik rapi kesemua pemimpin dari utara mme haprak dan haramjadah

abd razak kassim said...

jangan buat fitnah admin
d herb bukan minta tanah percuma.dia nak majukan hartanah yang terbiar..itu lah lantik mb berkelulusan srp..

Anonymous said...

Yeke?
Bukan sebaliknya? Setahu aku..rm30juta yg kafa mintak..bukan masa zaman mukhriz ye..

Ahmad basha yg offer tanah tu..kenapa plak alif jadi mangsa?

Heran..dah terbelit baru sedar..

Otak geliga said...

SETUJU dgn admin dan MB Kedah...sepatutnya tanah tu beri pada 1MDB untuk diuruskan.setakat RM30 Juta, 1MDB ada berpuluh2 bilion USD. Syarikat tu sebenarnya TERLAJAK MASUK PARIT.

SYABAS MB Kedah!

Anonymous said...

basah tak ada masyuk le tu...cuba ada masyuk lain certa...

Anonymous said...

Satu dpd beberapa ulasan berbaur fitnah. Tak tahu betul, jangan ulas. Siapa betul siapa salah dh dipersetujui untuk disimpan agar reputasi kedua pihak terpelihara. Macamana pulak orang luar boleh tahu jugak ni? Atau main tembak agar jadi fitnah...

Anonymous said...

Sekiranya jadi swap tanah dng rm30juta tajaan dng atas usahasama cadangan projek....dng ertikata lain tanah tu dapat free oleh Dherbs lajak lantun...itu lah pemikiran baka2 haprak bekas pemimpin PM kita ... atas nama usahasama ini gak lah dulu Tun Momòk kayakan kroni dan anak2 bagi tanah harga murah atas nama dasar pengswastaan negara...akhirnya yg tanggung beban rakyat.... sib baik boboi dah berambus klu tak satu lagi tanah free pada kroni(walaupun org melayu) ...mentaliti pemimpin Kedah Lama mcm tu la....mula2 hilang Singapore. ..pas nih nnpk gaya P.Pinang...tanah atas dasar pengswastaan atau usahasama dah banyak cina rembat.... yg tinggal batu jer Pulau Batu Putih utk org Johor khususnya... cukup2 la lantik PM dari Utara semenanjung nih..... tinggal batu jer yoeppp oooiii...

Anonymous said...

X perlu tuduh menuduh.. Org x terima tajaan mu x pelh..... Kamu plk x jadi taja, x jadi hal pun. Udah2lh. Biar selesai dgn "menang menang"

Anonymous said...

BAIK ADA MAKNA TU,ORANG BISNIS MISTI PIKIR PASAL UNTONG RUGI.

top