Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, May 25, 2016

TAK SALAH MAHATHIR NAK JATUHKAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL... JANGAN KECAM DIA!!!



Tun Dr. Mahathir bukan lagi Perdana Menteri Malaysia... jadi, dia terpaksa bergelut untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat Malaysia kerana dia sudah pasti terkenang-kenang zaman 22 tahunnya sebagai pemerintah tunggal negara ini yang menikmati sokongan total seperti SEMARAK.

Tun Dr. Mahathir bukan lagi Presiden UMNO Malaysia... jadi dia terpaksa bergelut untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat Malaysia, kerana dia sudah pasti terkenang-kenang zaman 22 tahunnya sebagai Presiden tidak dicabar UMNO yang sanggup berbuat apa-apa sahaja termasuklah mengharamkan UMNO Lama untuk dia terus bergayut kuasa sebagai Presiden.

Bukan mudah untuk membuang kebiasaan selama 22 tahun. Mujurlah Abdullah Badawi cuma beberapa tahun sahaja. Kalau 22 tahun macam Tun Dr. Mahathir pun, mungkin Abdullah Badawi akan membawa perwatakan yang sama. Macam Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj juga... dari tahun 1955 sehingga 1971, kebiasaannya sukar dibuang sehingga akhirnya dia terbabit bersama-sama Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan UMNO88 selepas UMNO Lama diharamkan kerana Mahathir takutkan cabaran yang hampir menghilangkan kuasa dan jawatannya dalam UMNO dan Kerajaan.

Kalau dahulu, Mahathir berjuang untuk dirinya, sekarang semua orang tahu, Mahathir berjuang untuk siapa. Semua hujah penentangannya ke atas Najib, akan berpatah balik kepada kepentingan taukeh-taukeh konglomerat yang bergayut di bawah bulu ketiaknya sepanjang 22 tahun sehinggakan Mahathir pernah merungut, kerana GST, 'kawan-kawannya' berhadapan dengan kesukaran berurusan dengan LHDN yang menguatkuasakan pungutan cukai pendapatan.

Dengan 14 Ketua Bahagian di seluruh Kedah daripada 15 Ketua Bahagian sepakat hilang kepercayaan kepada Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO Negeri, yang boleh dibanggakan hanyalah 50 Ketua-Ketua Cawangan yang menyokongnya daripada 22,000 Ketua-Ketua Cawangan UMNO di seluruh negara.

Jadi, terpaksalah Tun Dr. Mahathir yang sepatutnya sudah meninggalkan dunia politik, bekerja keras bagi meneruskan legasinya selain membantu kaum kroni dan anak lelakinya mengaruk kekayaan negara atas alasan 'SELAMATKAN MALAYSIA'.

Jangan marah Tun Dr. Mahathir apabila dia cuba menyatukan parti-parti pembangkang, walaupun perbuatannya itu menimbulkan konflik di dalam parti-parti pembangkang itu sendiri. Dia sudah biasa menjadi pemimpin agung, jadi apabila dia keluar dari UMNO dan menentang UMNO-BN, dia melihat parti-parti pembangkang sebagai jalan keluar paling selamat walaupun sepanjang enubuhan parti-parti pembangkang itu, Tun Dr. Mahathir tidak pernah menjawab sebarang skandal, penyelewengan serta rasuah yang dituduh mereka.

Malah Tun Dr. Mahathir tidak pernah meletak jawatan walaupun didesak berbuat begitu oleh parti-parti pembangkang apabila skandal-skandal kewangan besar seperti PPZ, PERWAJA dan sebagainya, didedahkan. Malah apabila didedahkan lebih RM100 bilion wang negara hilang sepanjang 22 tahun pentadbirannya, Tun Dr. Mahathir juga tidak menyaman penulis dan penerbit buku berkenaan. Bukan itu sahaja, Tun Dr. Mahathir tidak pernah membuka mulut membuat penafian.

Jadi, jangan marah Tun Mahathir dan tidak salah untuk dia menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional.


9 comments:

Anonymous said...

Terbaik Tun M..kami di bawah sokong

Unknown said...

Hehehe......memang tak salah.
Yang salah is menyonglap duit 4.2 billion menggunakan
syarikat hantu dan kemudian hantu masukkan duit tu
ke dalam akaun peribadi. Kalau guna untuk PRU13 je
boleh juga dimaafkan tapi bukan main joli lagi anak
beranak, siap buat filem, beli hartana, bershopping
dan mengawinkan anak dengan gah dan bergaya!!!!

Anonymous said...

Semoga berjaya.

Anonymous said...

Keh keh reverse psychology lettew... cakap lah direct bahawa selepas makan kena kecam tun m habis habisan. Karang tukang tabur dedak tersalah paham baca artikel ni terus putus bekalan dedak susah pulak.

Anonymous said...

Kat bawah tu senang kena kenching la. ...bahaya

Anonymous said...

Penulis sudah semakin dekat u akan terima balasan nanti krn mengutuk org yg berjuang utk kebenaran tp menyokong org yg rasuah iaitu najib. Sy doakan hidup anda akan harubiru sepertimana tulisan2 anda yg sangat menghina Dan menjijikan. Semoga laknat Allah dikenakan ke atas kamu wahai penulis yg menyokong penjenayah najib yg rasuah pencuri duit rakyat.amin ya Allah.

Anonymous said...

Anon 6:02

Macam mana pula kalau doa laknat itu diterbalikkan kepada kau pula sebab kau menyokong penyelewengan dan rompakan-rompakan yang dilakukan oleh Tun sepanjang 22 tahun?

Kau ada bukti yang Najib rasuah? Kalau ada, sila bentangkan dan laporkan.

Jangan kerana kau bencikan Najib, admin yang tak menyokong Mahathir, kau laknat-laknatkan, sedangkan Tun sendiri sepanjang 22 tahun, banyak penyelewengan dan skandal serta duit negara hilang bermula dengan Skandal BMF.

Anonymous said...

6.24

"...menyokong penyelewengan dan rompakan-rompakan yang dilakukan oleh Tun sepanjang 22 tahun?"

Najib buat apa sebagai menteri dalam kabinat Tun mahathir jika terdapat penyelwengan dan rompakan?

Bukti terbentang luas...sekurang kurangnya jika najib ada maruah, maaf...(maruah rakyat) saman la media asing2.

Semua gerak kerja Tun Mahathir dipersetujui kabinat menteri, jika ada menteri tidak berpuas hati, semuanya terdapat dalam minit mesyuarat.

Ada menteri yang tidak berpuas hati dengan Tun Mahathir? Bangkang hasil minit mesyuarat? Jawapan nya tidak ada.

Hari ini bukankah Najib berkuasa? Samanlah Tun bermula dengan skandal bmf tu?

Anonymous said...

Anon 6.24 kamu buta hati sgtkah masih nak Tanya bukti najib rasuah? Najib sendiri akui duit 2.6 b memang ada dlm akaun dia. Sprm sendiri mengesahkan. Najib Dan penyokong nya belitlah mcm mn pun kata dermalah Dan ntah apa2 ia tetap salah wahai sibuta hati. Bertaubatlah kamu jgn jd pengkhianat bangsa Dan negara,kelak doa ITU juga terkena ke atas kamu. Doa ITU adalah untuk org2 yg jahat,pengkhianat Dan perasuah.

 
Blogger Templates