Monday, May 16, 2016

TERLALU LEMBIK!!! NGA KOR MING HANYA DIMAAFKAN WALAUPUN TELAH BUAT FITNAH, BERBANDING DISAMAN DAN DIBANGKRAPKAN!!!



Berita ini barangkali tidak menarik perhatian kerana ia membabitkan KEBAIKAN HATI dan KELEMBIKAN TENGKUK Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor.

Lainlah kalau berita tentang tiba-tiba berubahnya pendirian Mahathir atau Mahathir bertaubat atau Lim Kit Siang mengakui secara terbuka bahawa dia adalah dalang utama Tragedi 13 Mei 1969. Atau Lim Guan Eng tiba-tiba membacakan terjemahan ayat al Quran dan mengumumkan tentang benarnya agama Islam.

Kalau berita itu yang tercetus, kita akan melihat betapa meriahnya media massa dan sosial. Pelbagai pujian, kata-kata penggalak malah puja-puji akan kedengaran.

Malangnya ini adalah berita tentang KELEMAHAN NAJIB DAN ROSMAH apabila berhadapan dengan orang yang kuat menfitnah mereka. Najib dan Rosmah sekadar mengambil langkah, memberikan kemaafan dan langsung tidak menghukum.

PEGUAM yang mewakili Najib dan Rosmah, HAFARIZAM HARUN, berkata, anak-anak guamnya telah bersetuju untuk menerima permohonan maaf Nga Kor Ming. (RUJUK SINI)

Dalam kenyataan yang dibacakan oleh peguam yang mewakili Nga Nor Ming, Alex Tan, Ahli Parlimen Taiping, 'menyatakan kekesalan tidak terhingga' berhubung sekeping gambar yang telah disiarkannya di Facebook yang telah menimbulkan salahfaham dan dilihat dari luar konteks'.


Nga juga berkataan, dia telah difahamkan bahawa imej yang dilabelkannya sebagia 'SIAPA PM M'SIA YANG SEBENAR? JAWAB!" telah dirakamkan ketika Najib berada di China dan bersedia untuk berangkat pulang ke Malaysia selepas mendapat tahu tentang kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah.

Di bawah terma penyelesaian, Nga akan memuatnaikkan permohonan maaf dan kekesalannya kerana telah menfitnah Rosmah Mansor mempengerusikan mesyuarat kabinet dan menarik kembali kenyataannya.

Posting tersebut akan disiarkan dalam tempoh tujuh hari dari hari ini.

'Tarik balik kenyataan', dan menyatakan 'kekesalan' menjadi senjata mudah untuk melepaskan diri. Pengaruh buruk daripada penyiaran gambar fitnah tersebut telah pun berlaku tetapi kenyataan di dalam mahkamah ialah, 'menarik kembali kenyataan' dianggap sebagai penyelesaian segala-galanya walaupun sebenarnya kesan daripada fitnah tersebut tidak lagi dapat ditarik.

Agak aneh, mengapa peguam yang mewakili Najib dan Rosmah tidak memujuk anak-anak guamnya untuk membangkrapkan Nga Kor Ming dan menyita RUMAH PUTIHNYA walaupun peluang sudah tersedia. Nga Kor Ming yang terlalu banyak membuat fitnah dan langsung tidak menyesal dengan perbuatannya.

Bayangkanlah kalau yang menang saman itu adalah Nga Kor Ming... agak-agak sekarang ini apa perintah yang perlu dilaksanakan oleh Najib dan Rosmah?


4 comments:

Anonymous said...

Panglima Bugis yg secara sendirinya mencipta malang dan membuat penyokong BN beralih arah.

Anonymous said...

Bodoh tak bertempat..patut ajar sikit si babi kominis..telur kena peram duk Rosmah...hilang rasa hormat aku dgn PM yg lembik gini..Bangang

Anonymous said...

Pm buat begitu kerana takut tembelang dia dan isteri d bongkar lagi. Amat menyedihkan dan memeluatkan. :-( :-(

Anonymous said...

Sbb najib tk mau tembelang yg lain pecah...

top