Tuesday, May 10, 2016

TONY PUA HINA RAKYAT SARAWAK... HARAMKAN TERUS DIA DARI MASUK SARAWAK SELAMA-LAMANYA!!!



Nak guna helah dakwat kekal, nampak bodoh sangat...

Nak guna helah pengundi hantu, dari PRU-13 hari tu, tak seorang pun yang berjaya dibuktikan sebagai pengundi hantu dan pengundi import, malahan pengundi yang dikawal DAP pula yang dipersoalkan.

Nak guna helah blackout, macam bangang jer...

Jadi, terpaksalah guna helah WANG sebagai alasan kekalahan DAP memalukan di Sarawak. Sekaligus pada masa yang sama, Tony Pua turut menjelaskan bahawa kemenangan DAP di kerusi-kerusi yang disandang sekarang ini adalah HASIL PEMBAYARAN.


Tidak dinafikan, DAP mempunyai peruntukan besar di Sarawak menerusi Projek Impian Sarawaknya. Segala usaha dan publisiti telah dilakukan untuk menunjukkan betapa DAP boleh menjadi tuan kepada kaum Bumiputera di pedalaman menerusi projek-projek prasarana pacak tiang. Pelaburan besar tersebut tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Bukan sahaja tidak dapat menawan lebih banyak kerusi bermajoritikan Bumiputera tetapi kerusi bermajoritikan Cina pun, 5 yang terbang!

Kekecewaan itu jelas tergambar dalam hamburan maki hamun dan caci nista ke atas pengundi-pengundi Sarawak, meskipun sebahagian daripada mereka masih 'berjasa' kerana mahu keluar mengundi dan membenarkan DAP wujud di Sarawak lagi.

Tuduhan yang dibuat ialah, para pengundi di Sarawak mengundi Barisan Nasional kerana mereka telah disogokkan duit!

Dan sebagai buktinya, grafik-grafik yang menunjukkan duit di dalam sampul dan sebagainya diviralkan secara meluas di Facebook.

Di mata para penyokong dan pemimpin DAP, rakyat Sarawak ADALAH HINA-SEHINA-HINANYA!


Rakyat Sarawak bagi mereka sangat mudah dibodoh-bodohkan, sepertimana harapan DAP, dengan memacakkan sebatang tiang lampu dengan poster Lim Kit Siang padanya, maka seluruh PDM itu akan mengundi DAP. Hanya dengan mengumpan wang ringgit, pendirian rakyat Sarawak mudah berubah dan rakyat Sarawak lebih seronok berada di dalam kemiskinan dan ketinggalan dalam segala sektor berbanding berubah kepada yang lebih maju.

Hanya orang bangang sahaja yang akan percaya kenyataan tersebut!

Hakikatnya, pendapatan negeri Sarawak jauh lebih besar berbanding Pulau Pinang yang terpaksa menjual tanah kerajaan negeri!

FDI Sarawak juga jauh berkali ganda lebih besar berbanding Pulau Pinang mahupun Selangor.

Tony Pua sedar sangat hal tersebut. Tetapi untuk memastikan masa hadapan politik DAP lebih berjalan lancar, persepsi bahawa Sarawak adalah sebuah negeri yang penduduknya tinggal di atas pokok dan masih bercawat serta terpinga-pinga melihat orang asing, adalah perlu diwujudkan pada setiap masa.

Penghinaan seperti yang dilakukan oleh Tony Pua dan para penyokong DAP-PKR tidak boleh ditoleransikan sama sekali. Mereka ini harus dikenalpasti dan mereka juga harus diharamkan daripada menjejakkan kaki ke Sarawak buat selama-lamanya.


2 comments:

Anonymous said...

DAP IS A PARTY FULL OF FUCKING RACIST PUKIMAKS!!

Anonymous said...

Sebenarnya DAP lah yang merasuah pengundi tapi backfired sebab bila pengundi tegar yang mereka jangka akan sokong mereka dapat tau mereka marah dekat DAP, tak kan mereka yang mengundi DAP puluhan tahun tak dapat apa pun. Jadi pengundi tegar mereka mogok tak keluar mengundi dan ada yang mengundi BN. Kalau tidak macamana mereka tahu orang sarawak mahu duit kan kan kan.

top