Thursday, June 16, 2016

22 TAHUN JADI PERDANA MENTERI, MAHATHIR TAK SAMPAI, TAPI SEBAB NAK KALAHKAN NAJIB DAN BN, MAHATHIR SANGGUP SAMPAI KE MANONG!!!!



Para penyokong Tun Dr. Mahathir mentertawakan setiap kali berita tentang idola mereka itu, muncul. Kata mereka, tiada gunanya menghentam Tun kerana Tun sudah tidak berkuasa. Tapi pada masa yang sama, masih membuktikan Tun masih ditakuti dan mempunyai pengaruh walaupun kini tidak mempunyai apa-apa kepentingan lagi.

Lantas mereka yang berada dalam golongan kecewa itu, mengagung-agungkan Tun dengan menyatakan Tun sedang memperjuangkan hak rakyat!

Memang menggelikan hati bilamana Tun Dr. Mahathir dikatakan memperjuangkan hak rakyat. Sepanjang 22 tahun, Tun Dr. Mahathir mencipta pelbagai projek-projek mega yang bertopengkan rakyat, tetapi sebenarnya untuk mengkayakan sebilangan kroni dan rakan-rakan rapatnya yang digelarkan sebagai SUPERBUMIPUTERA. Rakyat pula sekadar menjadi tenaga kerja murah untuk mencipta keuntungan besar buat SUPERBUMIPUTERA ini dan mereka diasak dengan doktrin, hidup mencukupi adalah satu keperluan.

Dan tempat-tempat seperti Manong dan Jerlun, Perak, tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Tun Dr. Mahathir kalau ditanya pun, apa beza Jerlun, Perak dengan Jerlun Kedah, pasti akan cuba mengaitkan dengan anak lelakinya, Mukhriz Mahathir yang hilang entah ke mana yang merupakan Ketua Bahagian UMNO Jerlun.

Sebenarnya Tun Dr. Mahathir SANGAT TAKUT, SANGAT GENTAR dan SANGAT BIMBANG sekiranya, legasi-legasinya yang berupa perwarisan SUPERBUMIPUTERA yang menghirup darah rakyat menerusi konsesi-konsesi dan perjanjian-perjanjian berat sebelah, akan ditukarkan kepada yang lebih bersifat adil untuk rakyat. Begitu juga dengan kartel-kartel penguasa yang mengawal mekanisme harga, yang mempunyai 'kakitangan setia dan taat' di dalam agensi-agensi kerajaan, dan kemudian menggunakan alasan-alasan bangang seperti GST untuk menaikkan harga bagi mengaut keuntungan besar dengan mereka tidak dipersalahkan, sebaliknya yang dipersalahkan adalah Kerajaan.


Ketakutan dan kebimbangan itulah yang mengheret ketuaan Tun Dr. Mahathir untuk ke sana ke mari berkempen membenci kerajaan dan Najib Abdul Razak. Kegusaran itulah yang membuatkan Tun Dr. Mahathir bercakap tentang Deklarasi Rakyat sedangkan yang mahu diselamatkannya tidak sampai pun 0.00001% rakyat Malaysia.

Hari ini, Tun sampai ke Manong walaupun tempat bernama Manong itu sangat asing kepadanya sebelum ini.

Kesian Tun... ketika mudanya, ketika dia berkuasa, UMNO jugalah yang bersusah-payah memberikan sepenuh sokongan kepadanya, malah UMNO asal yang diharamkan bagi membolehkan dia mencipta UMNO untuk diri dan ahli keluarganya, dipaksa memberikan baiah kepadanya walaupun dia sudah tidak berkuasa lagi.

Hanya kerana melihat kehendaknya itu adalah kerugian kepada negara, sepertimana yang berlaku kepada PROTON, PERWAJA, PKFZ, dan sebagainya, Tun mengamuk dan melaung-laungkan tentang rakyat!

Masa rakyat mendedahkan pelbagai perilaku buruknya sebelum ini, pernah dia mendengar cakap dan desakan?

Tun sebelum ini tidak pernah takut kepada sesiapa pun kecuali kepada Tunku Abdul Rahman, Tengku Razaleigh Hamzah, Anwar Ibrahim dan kini, Najib Abdul Razak... Daripada kesemua nama yang disebutkan itu, yang benar-benar menakutkan Tun Dr. Mahathir adalah Najib Abdul Razak kerana politik dan kaedah yang digunakan oleh Najib adalah kaedah serta politik Mahathir sendiri... bezanya, Najib lebih melembutkannya dan menggunakan kebebasan berbanding Mahathir yang menggunakan undang-undang untuk melindungi diri dan kekuasaannya.

Antara ketakutan terbesar Mahathir terhadap Najib ialah penghapusan kepentingan kaum kroninya, termasuklah projek-projek besar anak-anak lelakinya yang berkaitan dengan PETRONAS dengan menjadikannya sebagai pemilikan negara.... kerana itulah para penyokongnya, cuba melindungi ketakutan pada Tun Dr. Mahathir itu dengan mentertawakan sebarang berita yang memperlekehkan bekas Perdana Menteri Malaysia itu.

Macam yang dikatakannya, ketika program CSR 1MDB di Langkawi, "Kalau kita dah juai (penswastaan), buat apa nak beli balik."


5 comments:

Anonymous said...

sampai jugak yer. dia pegi menonong aje...sampai gak ke manong. sampai manong duk termenong bila dia lihat tak seperti mana dia begitu gah membina projek2 mega.

Anonymous said...

Klw ikutkan umur...tun dah tak kuasa nak layan politik..
tapi demi kepentingan boboi..tarpaksa di gagah juge...

Anonymous said...

Kalau kerana kepentingan, baik dia sembah Najib..... Fikir lah sebelum komen

Anonymous said...

tetapi dia lebih selesa sembah limkomunis dan tikam bangsa sendiri. dalam diam tak diam rupanya tingkatkan diri menjadi pelacur kpd bangsa dan agama sendiri. what a faker.

juragan 69 said...

Hahaha...mnkin sblm ni ramai pmbodek tun yg setia mmbodek dn snggup menelan apasaja kesalahan dosa Dan kejahatan tun sbb tun adalh PM dn presiden umno, maka pemakan dedak berdiri pertahankn tun (betul tak admin)...
Gua percaya admin tfk juga mnjadi lidah brcabang sekiranya 2016 tun adalh PM...hahaha dan Gua juga yakin yg tfk penentang najib sekiranya 2016 najib hnya 'mantan PM'..Janji masyukkk !!!!Gua salute tun sbb menerima cabaran nazri (glamor)yg nk menumbuk tun klu tun berani turun ke kuala kangsar...hahaha tkkn nazri tunggu tun dh masuk dlm Kelambu nazri baru nk tumbuk kot..****bhai tfk meriah lh lu nyer raya tahun ni... kah kah kah

top