Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, June 20, 2016

ADUN DAP PUJUT MILIKI DUA KERAKYATAN, HARI INI BAGI KETERANGAN KEPADA POLIS!!!



Pilihanraya Kecil Pujut nampak gayanya sudah tidak dapat dielakkan lagi. Kemenangan calon DAP, Dr. Ting Tiong Choon bukan sahaja dipertikaikan tetapi juga dilihat menyalahi Perlembagaan Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan.

Dr. Ting Tiong Choon yang dituduh memiliki dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia, hari ini telah memberi keterangan kepada polis di Miri. ADUN DAP itu yang telah berjaya memenangi kerusi DUN Pujut pada 7 Mei dalam Pilihanraya Negeri Sarawak, berhadapan dengan risiko kehilangan jawatan serta berkemungkinan kehilangan status kewarganegaraan Malaysia selepas pencabarnya, Datuk Hii King Chong yang bertanding sebagai calon BN, menfailkan petisyen pilihanraya pertama Sarawak di Mahkamah Tinggi pada Khamis lepas bagi tujuan melucutkan kemenangan Ting.

Dr. Ting bagaimanapun enggan membuat sebarang komen selepas mendapat nasihat daripada peguamnya, Alan Ling yang juga merupakan Setiausaha DAP Sarawak berhubung siasatan polis itu.

Hii mencabar keabsahan kemenangan Ting apabila mendakwa, Ting telah memperolehi kewarganegaraan Australia sebelum tarikh mengundi pada 7 Mei, malahan Ting juga berdaftar sebagai pengundi di bawah Suruhanjaya Pilihanraya Australia.

Seksyen 16 dan 17 (g) Perlembagaan Negeri Sarawak menyatakan, sesiapa yang terpilih ke Dewan Undangan Negeri, akan dibatalkan sekiranya dia secara sukarela memperolehi kewarganegaraan dari negara lain.

Artikel 24 Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan, perlucutan kewarganegaraan kerana memperolehi atau menggunakan hak kewarganegaraan negeri asing.

Australia mengiktiraf dua kewarganegaraan dan membenarkan seseorang memiliki dua pasport untuk urusan negeri tetapi bukannya untuk jawatan Persekutuan. Malaysia bagaimanapun tidak membenarkan rakyatnya memiliki dua kerakyatan.

Dalam Pilihanraya Negeri Sarawak lalu, Dr. Ting menewaaskan Hii dan tiga orang lain dalam pertandingan empat penjuru untuk merebut kerusi DUN Pujut dengan majoriti 1,759 undi.

Ting berjaya memperolehi 8,899 undi manakala Hi memperolehi 7,140 undi. Calon PAS, Jofri Jaraiee memperolehi 513 undi dan calon BEBAS Fong Pau Teck, memperolehi 375 undi.


4 comments:

Anonymous said...

Tu la... Cina DAP mana tau pasai perlembagaan negara orang lain.... nama pun CINA YAHUDI...

Anonymous said...

Sebab tu cinaek cilaka dapigs ni tak menghormati Negara Ku dan sering menghina negara bila pergi luar negara.

CINAPEK DAPIGS ADALAH PENGKHIANAT CILAKA! TAK KIRA PEMIMPIN ATAUPUN AHLI...SEMUANYA KURANG AJAR DAN BIADAP MACAM SIAL!

BALIK TONGSAN ATAU BELAH OSTOLIA......KIMAK!!

Anonymous said...

Orang macam ni ke ahli2 dapigs sokong? Bila negara kacau bilau, dorang belah dulu ke Ostolia, tinggalkan orang Sarawak dan Semenanjung bersihkan taik yang si puki dapigs tu tinggalkan.

Anonymous said...

Betoi. .depa chuma tahu Duit dan Amoi2 sahaja

 
Blogger Templates