Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, June 6, 2016

BUDIMAN SELAR 'ANJING DAP', AZHAR ABDUL SHUKUR APABILA CALON PAN ITU KATA SUNGAI PANJANG KETINGGALAN BERBANDING SEKINCHAN!!!



ADUN Sungai Panjang yang juga merupakan calon BN untuk Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menyelar calon PAN, Azhar Abdul Shukur yang buta kayu dan bercakap berdasarkan suruhan DAP.

Dalam sidang media hari ini, Budiman menggesa Azhar agar menjadi lebih realistik, selain menolak kenyataan Azhar kononnya Sungai Panjang ketinggalan berbanding Sekinchan.

Sekinchan diwakili oleh DAP.

Azhar barangkali hanya melihat kepada bangunan hotel dan residen yang menjulang di tepi jalan sebagai petunjuk kononnya, Sekinchan lebih maju berbanding Sungai Panjang. Sedangkan Sungai Panjang pula yang rata-rata didiami oleh masyarakat kampung, dilihat lekeh dan tidak bertamadun.

Tanpa hotel mahal dan residensi yang semua orang tahu merupakan salah satu daripada taktik DAP meramaikan jumlah pengundinya, Sungai Panjang juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.


Azhar yang diketahui walaupun berasal dari kawasan tersebut, tetapi hanya pulang untuk menjadi calon Parlimen mewakili PAN, mungkin cuba menafikan tentang keaktifan kegiatan ekopelancongan yang melibatkan Sungai Panjang.

Terdapat pelbagai keistimewaan di Sungai Panjang, termasuklah lokasi pelancongan untuk melihat kelip-kelip dan enggang di kawasan tersebut serta pertumbuhan pesat industri inapdesa.

Sebagai ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dikenali sebagai ADUN kampung yang kerjanya hampir setiap hari berada di kawasan untuk mengambil tahu akan hal rakyat yang diwakilinya.

Tidak dinafikan bahawa Azhar sebenarnya terlalu bodoh kerana sekadar melihat bangunan sebagai punca kemajuan sedangkan bangunan itulah sebenarnya yang menjadi faktor tentang pertambahan pengundi bukan Melayu yang berpihak kepada DAP di situ. Apatah lagi, selain daripada bangunan residensi dan hotel di tepi jalan itu, kemajuan lain terutama sekali yang membabitkan penanaman padi, merupakan kemajuan yang diusahakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Namun ada yang lebih menarik, apabila Azhar diseret dan dikawal oleh pemimpin DAP walaupun pada masa yang sama, para pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mat Sabu cuba menafikan yang PAN sebenarnya adalah DAP untuk Melayu.


No comments:

 
Blogger Templates