Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, June 12, 2016

DI SUNGAI BESAR, KANTOI MENIPU, TAKKAN TUN DR.MAHATHIR ULANG PENIPUAN YANG SAMA DI KUALA KANGSAR?!!!



Selepas memalukan dan menghinakan diri di Sekinchan, hari ini difahamkan, Tun Dr. Mahathir akan ke Kuala Kangsar pula. Namun seperti yang dijangkakan, walaupun yang bakal menjadi Sida-Sidanya adalah Hamidah Osman dan Khairuddin Abu Hassan seperti yang terdapat dalam poster yang sedang tersebar, namun jangkaan kehadiran manusia untuk mendengar cerita ulang tayang ASTRO Tun Dr. Mahathir, tidaklah seramai mana.

Tun Dr. Mahathir sudah kehabisan idea. Sudah kehabisan alamat dan sudah kehabisan petunjuk apabila satu persatu atau lebih tepat lagi seorang penyalur maklumat kepadanya sekarang ini mulai menjauhkan diri. Jadi, Tun Dr. Mahathir terpaksa menggunakan maklumat dan cerita dongeng Rafizi Ramli yang memberikan tumpuan kepada Najib dan Rosmah Mansor untuk memenangkan calon PAN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Benda yang sama jugalah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir!

Fitnah terbaharu Rafizi Ramli ialah membabitkan sekeping gambar menunjukkan Rosmah sedang menaiki jet kerajaan dengan membawa beg besar. Rafizi cuba menimbulkan persepsi kononnya Rosmah sebenarnya berfoya-foya menggunakan jet kerajaan untuk membeli-belah, bukannya menjalankan peranannya sebagai Penaung PERMATA yang akan menerima anugerah bersama-sama beberapa agensi lain di sebuah majlis antarabangsa di Istanbul.

Cerita tentang PERMATA serta minat melalui isteri Perdana Menteri Turki untuk mengadaptasi program PERMATA bagi digunakan untuk kanak-kanak di negara tersebut selain pembabitan beberapa negara lain yang turut menggunakan program PERMATA untuk pembangunan kanak-kanak di negara masing-masing, langsung tidak disentuh.

Dalam tempoh 26 jam kemudian, Rosmah Mansor terpaksa menghadiri satu lagi program melibatkan DYMM Yang Di-Pertuan Agong di Kuala Lumpur.


Maka golongan mayat hidup itu pun mengeluarkan pertanyaan yang dirasakan sangat bijak iaitu, mengapa Rosmah tidak menempah tiket penerbangan secara terus dari Kuala Lumpur ke Istanbul dan pergi balik. Itu adalah lebih menjimatkan wang negara berbanding menggunakan jet kerajaan yang dibohongi oleh Rafizi Ramli kononnya telah mencecah puluhan juta ringgit wang rakyat semata-mata untuk membiayai penerbangan peribadi Rosmah.

Mereka fikir, Rosmah Mansor hanyalah seorang SALESWOMAN biasa yang mempunyai banyak masa. Mereka langsung tidak menerima bahawa Rosmah Mansor sedang menjalankan tugas memasarkan negara di negara-negara asing yang bukan sahaja memberikan keuntungan dari segi perolehan tetapi juga dari segi imej Malaysia sebagai destinasi bagi pelaburan mahupun pelancongan dan sebagainya.

Mereka fikir, hanya Rosmah Mansor sahaja yang menggunakan jet kerajaan itu sedangkan Tun Siti Hasmah, Wan Azizah Wan Ismail, Puan Seri Noraini mahupun nama-nama yang lain tidak menggunakannya? Mereka beranggapan, selain nama-nama yang disebutkan, Rosmah Mansor hanyalah seorang surirumah yang buta huruf, yang hanya kenal periuk belanga, kayu api dan cara membancuh kopi.

Bawa beg besar jadi masalah. Seolah-olah Rafizi Ramli tidak mempunyai isteri atau isterinya dari jenis menggunakan seluar dalam dan baju dalam selama berhari-hari agar tidak membawa beg besar. Hakikatnya, kebanyakan wanita akan membawa beg besar dan pakaian yang berlebihan sekalipun mereka hanya menginap selama sehari di mana-mana destinasi apatah lagi di luar negara.


Kalau di Sungai Besar, Tun Mahathir hanya berani menyindir-nyindir setelah kegagalannya mengemukakan bukti dan dokumen yang menyokong dakwaannya tentang 1MDB mahupun derma politik Najib Abdul Razak. Adakah di Kuala Kangsar di mana Tun Dr. Mahathir akan diapit oleh Khairuddin Abu Hasan dan Hamidah Osman, dia akan lebih bersemangat dan kemudiannya menggunakan semua hujah penipuan sebagaimana dia cuba menyelamatkan Khairuddin daripada menjawab bagaimana dengan pantas dia dapat mengumpulkan wang untuk menyelesaikan masalah insolvensinya melibatkan rumah yang dihadiahkan kepada isteri artisnya.

Tun Mahathir sudah terlalu banyak menipu untuk melindungi kroni dan orang yang dikatakan penyokong kuatnya seperti Khairuddin dan Hamidah yang diketahui bermasalah dan melaburkan masalah mereka bagi menuntut laba dengan menggunakan Tun Dr. Mahathir. Sama seperti dia cuba melindungi taukeh-taukeh seperti Vincent Tan, Francis Yeoh, mahupun Ananda Krishnan yang mana rakyat mulai mempersoalkan tindakannya menumpukkan kekayaan negara kepada taukeh-taukeh tersebut selama 22 tahun malah disambung selama berpuluh-puluh tahun lagi menerusi perjanjian berat sebelah konsesi menerusi pelbagai projek penswastaan yang akhirnya terpaksa dibayar dan ditanggung oleh rakyat.

Bayangkanlah bagaimana Kerajaan terpaksa menggunakan wang cukai untuk membayar pampasan sebanyak RM2.9 bilion kepada Berjaya Group kerana kenaikan tambang melampau ERL yang dicadangkan oleh Berjaya Group, ditahan oleh kerajaan. Lebih menarik lagi ialah, keseluruhan projek ERL tersebut dibiayai oleh Tabung Haji dan Bank Pembangunan...

Sampai begitu sekali Tun Dr. Mahathir menghinakan dirinya untuk orang lain... hebat sungguh perjuangannya!!!

Itupun, ada juga orang bengong yang bersungguh-sungguh menyatakan, Tun berjuang untuk rakyat... lawak sungguh!!!


2 comments:

Anonymous said...

Spesis Si Kitol ni jika dia guna jari terlunjuk perlu berwaspada kerana jari kelingkingnya sedang menunggu masa untuk sambar dan korek.



Anonymous said...

Tun ni elok sikit dr Anuar..dulu anuar kata ada bukti berpuluh2 kotak setiap dakwaan..tp sampai skrg habuk pun tak ada,. yg ada air mani sedlm 4cm aje

 
Blogger Templates