Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, June 15, 2016

KADAR TOL BARU MASIH DIBINCANGKAN, TAPI PEMBANGKAI DAH PUBLISITIKAN KADAR TOL LEBUHRAYA DAH NAIK!!!



Kenaikan harga tol melibatkan beberapa konsesi lebuhraya termasuklah PLUS sedang hebat diperkatakan di media-media sosial.

Walaupun berita tentang kenaikan kadar tol, masih bersifat khabar-khabar angin dan manipulasi demi politik semata-mata, namun sudah banyak pihak yang mula melatah dan tidak kurang juga yang sudah mengarang maki hamun sumpah seranah dan caci maki paling menjijikkan ke batang tubuh Perdana Menteri Malaysia.

Kenyataan sebelum ini bahawa kenaikan tol tidak dapat dielakkan bagi mengelakkan rakyat menangguh susah, telah diputarbelitkan dan dibuat agar kenyataan tersebut bersifat membodoh-bodohkan rakyat.

Namun, kenaikan kadar tol berlaku kerana konsesi dan perjanjian berat sebelah yang statusnya masih berada di bawah OSA, dipengaruhi besar oleh faktor bayaran pampasan oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat konsesi terbabit serta kadar yang boleh dinaikkan berdasarkan perjanjian berkenaan yang tidak memberikan kelebihan kepada kerajaan untuk memansuhkan atau membatalkannya.

Setiap tahun, berdasarkan perjanjian berkenaan, kerajaan perlu membayar pampasan yang bernilai berbilion-bilion ringgit kepada syarikat-syarikat konsesi. Pembayaran pampasan tersebut sudah tentu menggunapakai wang cukai yang dikutip oleh kerajaan dari pelbagai sumber, termasuklah rakyat.

Pembayaran pampasan bukan sahaja untuk konsesi-konsesi lebuhraya yang bermula dari zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir, tetapi juga melibatkan pelbagai sektor lain, termasuklah bekalan elektrik dan air bersih.

Kesemua perjanjian konsesi itu memberikan kelebihan kepada syarikat-syarikat yang dianugerahkan konsesi, malah menjadikan mereka sebagai pengugut sekiranya kadar lebih tinggi yang dituntut mereka, tidak dipenuhi oleh kerajaan.

Yang terbaru ialah, kadar tambang ERL yang telah dinaikkan dengan kebenaran kerajaan, tetapi pada masa yang sama, Kerajaan juga diugut menerusi perjanjian untuk membayar pampasan berjumlah RM2.9 bilion kepada syarikat yang dimiliki oleh salah seorang kroni terdekat bekas Perdana Menteri keempat itu sekiranya enggan menaikkan kadar tambang ERL.

Antara langkah yang diambil oleh Najib sebelum ini bagi mengekang kenaikan tol adalah dengan membeli kepentingan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menerusi Khazanah dan KWSP.

PLUS mungkin kerajaan boleh kawal atau halang kenaikan kadarnya, tetapi lebuhraya-lebuhraya yang lain, mungkin akan berhadapan dengan masalah terutama sekali melibatkan pampasan berbilion-bilion ringgit.

Legasi inilah yang akan memalitkan sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri Malaysia kesan daripada amalan yang salah dan tiada pertimbangan terhadap rakyat oleh pentadbiran sebelum ini.

Suka atau tidak, sebarang kenaikan kadar tol lebuhraya, atau perlanjutan tempoh konsesi, adalah disebabkan oleh perjanjian-perjanjian berat sebelah yang mana, awal-awal lagi telah dibuat agar pihak kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa, melainkan mematuhi perjanjian tersebut atau berhadapan dengan risiko saman yang lebih tinggi yang mungkin mencecah ratusan bilion ringgit daripada syarikat-syarikat tersebut.

Tidak nampak gaya untuk kerajaan berjaya mengekang kenaikan kadar tol, melainkan kerajaan membeli semua kepentingan syarikat-syarikat lebuhraya terbabit, sekaligus menggunakan puluhan kalau tidak pun ratusan bilion ringgit yang boleh digunakan untuk pembangunan dan infrastruktur negara untuk tujuan tersebut.

Dan kalaulah itu yang berlaku, kadar cukai pula pasti terpaksa dinaikkan, terutama sekali yang membabitkan cukai persendirian dan korporat!


6 comments:

Ricesaffron@gmail.com said...

Tol naik pun salah Tun M,, kenapa semasa zaman TunM
Perkara ini berlaku tapi tak kalut,,
Mana ada dalam dunia semua free
Najib songlap pun salah TunM
Rosma mewah pun salah TunM
Saya bukan org politik atau penyokong mana man parti politik atau penyokong TunM
Tapi bila terfikir kan TunM yg sudah berusia hampir92 tahun yg mana beliau pun faham yg masa dia tidak banyak masa lagi secara
Akal di dunia ini
Org Tua yg dah banyak hak dunia telah di ambil oleh Allah secara semula jadi atas faktor umur
Masih menjadi sesuatu yg menakut kan oleh gulungan penyokong Najib,, kesian
Dan kesian. Jgn lah kita dapat 5 ke 6ratus sebulan kemudian kita sangup mencaci cela org,, sudah sudahlah,,,
Sesuatu perkara yg penulis tidak pernah rasa bersalah ialah selama hidup dan Pilihan raya penulis tidak pernah
Memangkah parti lain selain dari Umno,, tapi jgn lah satu hari ramai org akan rasa bersalah kerana telah memilih BN

Anonymous said...

Kalau toll naik, siapa yg pembangkai? Bodo punya flyingkick dedak nak mampus..aku undi umno dan bn kerana percaya toll tak naik..kau tau tak undi 4 pru...bodo la kau..

Anonymous said...

Macai buat cerita lebih skit...nk kumpul duit raya ke?

Unknown said...

Flying kick memang bodoh, baru kau tahu.
Setiap masa blablablablabla.....YTL kroni Tun M
tapi yang NAJIB pi renew lesen konsesi dia, apa hal......????
OOOO Ytl letak senapang kat leher Najib ye.
Sudah-sudahlah buat cerita katun.
Zaman Tun Det ToL tetap naik, tapi hidup rakyat
aman-aman saja. Biasiswa untuk pelajar tak dipotong,
takda GST dan subsidi sentiasa membantu rakyat
membeli makanan. Sekarang semuanya dah kena potong
and yet TOL tetap dinaikkan.
Mana pegi semua duit untuk perkara-perkara yang kena
potong tu....????
Mana pegi duit KUTIPAN GST.......????
Ooooo untuk tanggong perbelanjaan Kementerian Kesihatan
kununnya. Tapi, zaman Tun pun kerajaan tetap tanggong
semua perbelanjaan KEMENTERIAN KESIHATAN.
Jadi, mana pegi semua duit tu......?????

Unknown said...

DIPETIK dari Blog: Portal Islam & Melayu
Kini, dengan memberi alasan bahawa kerajaan tidak dapat menampung beban hutang pampasan syarikat konsesi, jalan mudah diambil – biar rakyat yang tanggung beban kerajaan.

Tidakkah disedari bahawa rantaian kenaikan kadar tol akan menyebabkan harga barangan juga akan turut naik?

Kerana hutang terbesar dalam sejarah dibuat oleh syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sekarang ini mencecah RM50 bilion, maka kerajaan tiada wang untuk melaksanakan program untuk rakyat, lantas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan.

Daripada bayi hingga orang tua dan kurang upaya semuanya wajib membayar GST. Hasil cukai itu antara lain diberi kepada kakitangan awam sebagai ‘duit raya’ kononnya daripada kerajaan.

Kata Pedang: Sekarang naikkan. Dekat-dekat Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti akan diturunkan kononnya kerajaan prihatin masalah rakyat. Selepas menang, keluarlah kenyataan kadar tol perlu dinaikkan!

Anonymous said...

Sudah2 la flyingkick..aku pon sama x prnah miss pangkah BN masa pilihanraya..sifat menyokong UMNO mengalir dalam darah sejak tok nenek aku lg dgn harapan masa depan negara akan bertambah baik..malangnya makin teruk..kalau kau ambik upah pon jgn la spi tahap meraban..asyik dok salahkan Tun saja..habis tu najib tu perfect sgt ka?hutang negara yg dok bertambun tu angkara sapa?zaman Tun memerintah ka?pikiaq la skt bro!!

 
Blogger Templates