Tuesday, June 21, 2016

KETIKA SEBILANGAN PENJAWAT AWAM MENCERCA EKONOMI DAN KEWANGAN NEGARA SEBAGAI MUFLIS, MEREKA NIKMATI KENAIKAN GAJI DAN BONUS HARI RAYA!!!



Untung betul penjawat-penjawat awam, tak kiralah sama ada mereka bekerja untuk kerajaan negeri, mahupun untuk kerajaan persekutuan. Dalam setahun, beberapa kali mereka mendapat bonus dan kenaikan gaji.

Tak kiralah sama ada mereka benar-benar berkhidmat kepada masyarakat sebagaimana amanah yang dipertanggungjawabkan atau penjawat-penjawat awam tersebut atau pun mereka sekadar bekerja untuk mendapatkan gaji bulanan serta kemudahan-kemudahan lain. Yang pastinya, mereka merupakan segolongan rakyat Malaysia yang amat beruntung.

Kerajaan-Kerajaan Negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang cuba membuktikan mereka adalah penjana ekonomi dan kewangan negeri walaupun hakikat ekonomi dan kewangan negeri masing-masing tidaklah sebaik mana seperti Pulau Pinang yang bergantung kepada penjualan tanah-tanah kerajaan kepada syarikat-syarikat proksi yang kemudian perlu pula ditanggung oleh rakyat.

Manakala Selangor pula mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2015, mengalami penguncupan ekonomi dan kemasukan FDI yang terlalu kecil.

Namun demi politik, wang digunakan untuk memunculkan persepsi yang lebih baik dan positif terhadap Kerajaan Negeri.


Kenaikan gaji dan bonus hari raya atau musim persekolahan, telah lama diamalkan oleh Kerajaan Persekutuan terutama di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak. Tetapi memandangkan kekerapan dibuat oleh Najib Abdul Razak membuatkan pemberian dan penganugerahan tersebut dipandang mudah serta tidak penting.

Tangga gaji penjawat-penjawat awam terutama yang bekerja untuk Persekutuan telah naik berkali-kali ganda. Malah berbanding gaji yang dinikmati oleh penjawat-penjawat awam negeri, penjawat-penjawat awam Persekutuan sepatutnya lebih bersyukur dan mempergiatkan tanggungjawab serta amanah mereka.

Namun, terdapat banyak kes membabitkan keciciran membabitkan tanggungjawab serta amanah penjawat-penjawat awam sepertimana yang terbukti dalam setiap PRK dan PRU yang berlangsung di negara ini.

Untung betul jadi penjawat awam di negara ini.... yang kena bertungkus lumus, macam di barisan hadapan hospital-hospital awam, bertungkus lumuslah, tetapi yang mengempang kaki, bersila lunjur sambil bercakap pung-pang-pung-pang pasal politik negara, untuk besarlah mereka!!!


3 comments:

Anonymous said...

ramai penjawat awam tidak sedar diri

Anonymous said...

Assalam Bro,kenaikan gaji dan bonus itu memang dah ada dalam bajet tahunan kerajaan.Kami penjawat awam pun faham perkara ini.Yang kami pertikaikan ialah keberhutangan negara semakin meningkat.Harga barangan terus meningkat selepas GST.Ada timb.menteri `jamin mati` selepas GST harga barangan akan turun.Kami bersimpati dengan kerajaan TETAPI kami meluat dengan perangai beberapa pemimpin kerajaan.

Anonymous said...

Kami pun dah lama meluat dgn penjawat awam. Gebang jer pandai..

top