Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, June 16, 2016

MACAM NI NAK GANTIKAN UMNO-BN DAN KONONNYA BERSIH DARI RASUAH? DUIT OKU PUN DISEBATNYA... HAMPEH!!!



Tidak mengejutkan langsung bilamana bekas Ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam ditahan oleh SPRM kerana menerima rasuah bernilai RM30,000 daripada kontraktor.

Namun paling tidak disangka-sangkakan ialah bilamana Manikavasagam yang pernah digelarkan sebagai 'MANICK' - sempena nama watak dalam filem lakonan Rajinikan yang membantu orang miskin -  dan glamour dengan panggilan MIKE, turut dituduh menipu beberapa orang CACAT untuk mengeluarkan deposit mereka dalam KWSP dan wang tersebut diserahkan kepadanya.

Tuduhan memperdayakan golongan OKU untuk mengeluarkan wang KWSP mereka dan menyerahkan kepadanya, sangat berat. Malah ianya amat memalukan terutama sekali kepada parti yang kononnya telah mentarbiyyahkan para pemimpin dan ahli-ahlinya agar membenci korupsi, penyelewengan mahupun pemerdayaan.

Malangnya, ini hanyalah cakap tak serupa bikin.

PKR menerusi pelbagai jenis pemimpinnya, termasuklah Azmin Ali, Rafizi Ramli, Wan Azizah, Nurul Izzah, Elizabeth Wong dan sebagainya, menjadikan retorik menentang rasuah dan penyelewengan sebagai make-up utama mereka. Sekadar aksesori yang bertujuan menipu rakyat agar memilih mereka untuk berkuasa tetapi apabila berkuasa, merekalah kepala rasuah, korupsi dan penyelewengan terbesar seperti yang berlaku dalam kes DEIG.

Macam mana nak ganti UMNO-BN kalau macam ni? Bagaimana hendak menjadi alternatif kepada rakyat agar dapat memilih parti yang benar-benar berjuang untuk rakyat, bukannya mempergunakan rakyat untuk kuasa orang-orang tertentu dalam parti?

Tian Chua, Naib Presiden PKR telah mengesahkan kejadian tersebut. Menurutnya, Manikavasagam telah ditahan oleh SPRM malam tadi dan pagi ini telah dibebaskan dengan ikat jamin. Pihak kepimpinan parti akan mendapatkan penjelasan daripadanya tidak lama lagi.

Timbul persoalan, adakah Manikavasagam merupakan mangsa pertama Rafizi Ramli dalam usaha menjatuhkan kepimpinan negeri Selangor di bawah Azmin Ali, selepas dia menghantar bukti-bukti penyelewengan dan rasuah dalam Kerajaan Negeri Selangor kepada SPRM beberapa minggu lepas?

Siapakah lagi selepas ini dalam kerajaan Azmin Ali, terutama yang rapat dengan Menteri Besar itu yang akan menjadi mangsa SPRM?

Manikavagam a/l Sudram adalah bekas Ahli Parlimen Kapar, yang sekarang ini merupakan Penyelaras DUN Bukit Melawati dan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor.

4 comments:

Anonymous said...

Bro..mcm dlm umno tak dak rasuah? Buat pekak je ke?

Anonymous said...

Bodo…kalau pkr pun rasuah nak ganti umno yg kononnya rasuah baik tak yah. Apa bezanya? LGBT?

Johan said...

Rafizi pun tak ambil kisah nasib rakyat Selangor.

Anonymous said...

Panjang sentuh geng korup terus tanya soalan standard. Born loser.

 
Blogger Templates