Friday, June 3, 2016

NEGARA MISKIN, RAKYAT MALAYSIA SENGSARA YER? MAI DAH, BULAN PEMBAZIRAN DAN BULAN KEMBONGKAN TEMBOLOK!!!



Sepatutnya, Ramadhan yang bakal tiba tidak beberapa hari lagi, disambut dengan penuh semangat mujahadah, bukannya SEMANGAT MENTEKEDAGHAH. Sepatutnya juga Ramadhan yang datang sebulan dalam setahun, membolehkan kita BERMUHASABAH dan memperbaiki diri, bukannya BERJUADAH dan mengembongkan tembolok serta perut.

Sayangnya, Ramadhan di Malaysia adalah PESTA MAKANAN BESAR-BESARAN. Di sana sini, kita akan dapat melihat pesta juadah yang barangkali kalau dikumpulkan setempat, bakal menjadi pesta makanan terbesar dunia.

Bagus dari segi ekonomi kerana kerancakan urusniaga, membolehkan wang berputar di dalam negara. Malangnya, pada masa yang sama, keperluan terhadap ibadat puasa itu sendiri telah ditinggalkan kerana terlalu gelojoh untuk MENTEKEDAGHAH.

Kenyataan oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani bahawa bekalan makanan negara sepanjang Ramadhan adalah mencukupi, SEBENARNYA kalau kita benar-benar orang Islam, akan berasa malu kerana kita selaku rakyat Malaysia telah gagal dalam mengerjakan ibadah puasa sepanjang Ramadhan menurut kehendak agama.

Dalam suasana dan tohmahan yang dibuat oleh pembenci dan penafi bahawa negara ini sedang mengalami kehancuran ekonomi serta rakyatnya sedang miskin teruk, tempahan untuk berbuka puasa di hotel-hotel mewah, boleh dikatakan penuh. Begitu juga dengan di restoran-restoran mewah.

Bulan puasa, tetapi rakyat Malaysia kebanyakannya mengisi tembolok seolah-olah mereka menyempurnakan nafsu kerana marah akibat 'dipaksa' berpuasa.


Dan lebih menyedihkan lagi ialah, pada bulan puasa inilah, umat Islam di Malaysia akan melakukan pembaziran makanan besar-besaran. Beratus ribu tan makanan terbuang, akan dilupuskan dan ditukarkan sebagai bahan organik.

Sedangkan pada masa yang sama, roh puasa itu sendiri meminta agar kita menghayati kesusahan, kesukaran selain menahan hawa nafsu, semakin dijauhi dan dilupakan.

Pesta Ramadhan adalah PESTA MAKANAN. Baik di rumah, mahupun di restoran-restoran, apatah lagi di hotel-hotel mewah, malahan di masjid-masjid dan surau pun, makanan juga berlambak-lambak.

Nikmat dan kelebihan ini seringkali dilupakan dan diabaikan oleh umat Islam Malaysia yang tidak tahu bersyukur, malahan banyak pula merungut dan mengutuk kerana mereka 'sengsara'.

Tunggulah nanti pada hujung Ramadhan, Lagi pembaziran akan dilakukan. Malaysia akan menyambut AidilFitri seolah-olah itulah matlamat hidup mereka. Dan selepas Aidil Fitri mereka kembali merungut serta mengeluh betapa KENAIKAN KOS TELAH MENYEBABKAN MEREKA MISKIN!!!


4 comments:

Anonymous said...

puasa tak ikut sunnah...itulah jadinya.

Anonymous said...

Ramainya rakyat M'sia mati kebuluran krna kos sara hidup yg membebankan. Pasar ramadan tumbuh melata. Balang air pelbagai warna menggamit pembeli tidak 1 tetap 5-6 jenis air dibelinya. Leftover masuk peti sejuk esok buang.

Anonymous said...

Kemudian pembangkang dari longkang akan echo pulak kerana GST rakyat susah, miskin, tadak makan, kerajaan zalim dan sebagainya. Kalau mereka perintah negara sudah tentu mundur sebab pembngkang kata ketika ada duit lebihan disimpan untuk hari hujan tak payah lah buat Purajaya, KLIA, KLCC, Jambatan Pulau Pinang 1 & 2 lebuhraya utara selatan dan banyak lagi projek untuk membangunkan negara dan ekonomi rakyat.

Anonymous said...

Kita rakyat juga perlu melihat pembaziran apabila kerajaan menganjurkan pelbagai keramaian, jamuan makan di hotel hotel mewah.

top