Monday, June 6, 2016

PEGUAM NEGARA ARAHKAN SPRM BUAT SIASATAN LEBIH LANJUT TENTANG KES SALAHGUNA KUASA DAN RASUAH LIM GUAN ENG!!!



Peguam Negara hari ini berkata, jabatannya telah mengembalikan kertas siasatan pembelian rumah kontroversi Lim Guan Eng kepada SPRM bagi siasatan lanjut. 

Dalam kenyataannya, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, pejabatnya telah meneliti kertas-kertas siasatan yang diterima daripada Suruhanjaya itu pada 26 Mei dan mendapat beberapa perkara perlu disiasat lebih lanjut bagi melengkapkan kes. 

Disebabkan itulah, Pejabat Peguam Negara memulangkan semula kertas-kertas siasatan itu kepada SPRM hari ini bagi membolehkan SPRM melengkapkan siasatan.

Lim Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP, telah dan sedang disiasat berhubung dakwaan pembelian sebuah banglo bagi dirinya di bawah paras harga pasaran di Jalan Pinhorn, George Town yang mana sebelum itu, dia telah menyewa rumah tersebut daripada seorang wanita bernama Phang Li Koon. 

Kertas siasatan itu telah dibuka pada bulan Mac selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya menuduh Lim Guan Eng membeli rumah tersebut pada harga yang sangat rendah berbanding harga pasaran dan mengaitkannya dengan jualan tanah Taman Manggis yang sepatutnya untuk perumahan rakyat termiskin kepada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) pada tahun 2010 di mana harga itu juga dijual di bawah paras harga sebenar.

Lim Guan Eng dan isterinya serta Phang Li Koon telah beberapa kali disoalsiasat oleh SPRM dan PDRM beberapa minggu kebelakangan ini. 

Aneh juga, dalam kes bekas Menteri Besar Selangor yang mirip dengan kes Lim Guan Eng kecuali Khir Toyo tidak membabitkan penjualan tanah kerajaan negeri yang mempunyai orang tengah bernama Phang Li Koon, tindakan SPRM amat cepat dan pantas tetapi dalam kes Lim Guan Eng, macam ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

Ilmu apa agaknya yang dipakai oleh Lim Guan Eng?


3 comments:

Anonymous said...

Ilmu suap atau ilmu ugut

Anonymous said...

bila khir toyo punya kes. lengkap laporan. kena kes lge...cincai jer dia punya laporan. nampak sangat sprm ni kong ka li kong punya agensi. ada masyuk ka.....

pakteh adam said...

Modus operandi....layan Dan ugut...bila mcam macam video ada....sendiri may ingat ler...SPRM bukannya malaikat....

top