Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, June 21, 2016

PEMBUNUHAN BILL KAYONG: POLIS PERLU AMBIL KETERANGAN PENGERUSI DAP SARAWAK YANG KELIHATAN MACAM TAHU SESUATU!!!



Berita pembunuhan Setiausaha PKR miri merangkap calon PKR Bekenu pada PRN lalu, Bill Sayong di persimpangan lampu trafik di Miri, amat mengejutkan. Bill Kayong telah ditembak pada bahagian leher dan terbunuh di tempat kejadian.

Seperti biasa, apabila berlaku kes-kes sebegini yang paling cepat memberikan respons adalah DAP. Chong Chien Jien, Pengerusi DAP Sarawak, benar-benar menimbulkan minat yang sangat mendalam berhubung kenyataan yang dikeluarkannya.

Bill Sayong merupakan antara mereka yang memperjuangkan tanah adat di Sarawak. Tanah adat dan tanah anak negeri menjadi tumpuan dan perhatian pihak-pihak tertentu yang bersifat tamak haloba. Kerana tanah adat dan tanah anak negeri jugalah, mereka yang sebelum ini malu hendak mengaku rakyat Malaysia, secara tiba-tiba berbangga mengaku menjadi Bumiputera walaupun memang terang-terang, mereka tidak pernah menjadi Bumiputera dalam mana-mana keturunan mereka pun.

Chong Chien Jien dalam kenyataannya berkata, pembunuhan tersebut besar kemungkinan ada kaitan dengan politik mahupun tanah NCR. Justeru dia meminta polis segera menyiasat perkara berkenaan.

Belum pun lama, DAP yang menggunakan portal Malaysiakini memecahkan rahsia, sekaligus menggamit kedatangan lanun-lanun sulu serta menggalakkan rakyat Malaysia diculik sebagai tebusan di selatan Filipina itu.

Sekali imbas, DAP seperti cuba membersihkan PDRM yang telah bertungkus lumus menyelamatkan keempat-empat tebusan tersebut daripada gejala rasuah. Namun, dengan mendedahkan bahawa RM12 juta telah diserahkan untuk dibayar kepada penculik, bermakna menggalakkan lagi penculikan dan pemenggalan kepala rakyat Malaysia seandainya wang tebusan tidak dibayar seperti yang berlaku kepada seorang lagi rakyat Sarawak yang diculik di Sandakan, tidak lama dahulu.

Nampaknya, DAP dapat peluang lagi untuk menghentam, mencerca dan tidak mustahil juga menuduh polis yang menjadi dalang sepertimana yang mereka lakukan dalam isu-isu membabitkan kematian tahanan dalam lokap.

Kalau ikut cakap Chong Chien Jien, maka sudah pasti siasatan akan bermula tentang siapa yang benar-benar mahu membolot tanah NCR sehinggakan sanggup mengaku diri sebagai Bumiputera, bahkan mengimport parti-parti politik dari Semenanjung untuk mencetuskan kekacauan di Sarawak. Tanpa mengambil kira jerih perih, titik peluh dan darah yang ditumpahkan oleh kaum Pribumi dan Bumiputera Sarawak untuk mempertahankan negeri mereka daripada penjajahan terutama pada zaman Brooke yang disanjung tinggi oleh puak-puak seperti Chong Chien Jien, selepas merdeka, nampaknya mudah sangat mereka mahu melakukan pembolotan.

Adakah sebenarnya Bill Kayong merupakan 'KAMBING HITAM' yang digunakan untuk melindungi tok dalangnya?

Masih terlalu awal apatah lagi polis baru sahaja menubuhkan pasukan khas yang memulakan siasatan secara intensif selain baru sahaja mengumpulkan maklumat daripada saksi-saksi. Chong Chien Jien yang mempunyai pengetahuan lebih advance sepatutnya membantu pihak polis dengan maklumat-maklumatnya.

Manalah tahu kalau-kalau maklumat yang diberikan oleh Chong Chien Jien dapat menyelamatkan pihak-pihak tertentu pula yang terbabit dalam skandal tanah NCR dan politik yang sampai sanggup membunuh....




No comments:

 
Blogger Templates