Sunday, June 5, 2016

PRK KUALA KANGSAR DAN SUNGAI BESAR MENJADI MEDAN RE-UNION KONSPIRASI YANG SELAMA INI TERTUTUP DAN TIDAK DIKETAHUI UMUM!!!



Ingatkan betullah, kumpulan PROTUN akan meletakkan atau menaja calon mereka di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Ingatkan, berani sangatlah dan beria-ia sangatlah nak Selamatkan Malaysia sebagaimana yang seringkali mereka laung-laungkan.

Alih-alih, kumpulan PROTUN hanya mampu memberikan sokongan kepada calon-calon AMANAH.

Di Sungai Besar, calon PAN adalah Azhar Abdul Syukur. Calon PAS pula adalah Rani Osman dan UMNO-BN mempertaruhkan Budiman Zohdi.

Di Kuala Kangsar pula, calon PAN adalah Tarmizi Ramli. Calon PAS adalah Najihatussalehah Ahmad. Calon UMNO-BN adalah Mastura Mohd Yazid. Dan satu-satunya calon BEBAS adalah Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Nama-nama seperti Syed Rosli Herman dan Hamidah Osman, nampaknya tidak menjadi kenyataan selaku calon BEBAS.

Kumpulan PROTUN telah menyatakan sokongan kepada calon-calon PAN baik di Kuala Kangsar mahupun di Sungai Besar. Sekaligus membenarkan beberapa teori lama bahawa Mat Sabu sebenarnya adalah JEMUAN Dr. Mahathir semenjak lama dahulu terutama ketika Mat Sabu menjadi Ketua Pemuda PAS yang bukan sahaja bijak berpidato tetapi juga seringkali menampilkan data-data canggih dan bukti-bukti tepat dalam ceramah-ceramahnya.

Dengan kata lain, kalau nak dibandingkan antara Mat Sabu dengan Rafizi Ramli, macam bandingkan langit dengan bumi, macam membandingkan warna hitam dan putih.

Itu cerita-cerita dalaman PAS waktu dahulu. Kemudian, Mat Sabu kelihatan terpisah daripada Dr. Mahathir apabila dia tidak lagi menjadi Ketua Pemuda PAS.

Tahun 2016, ketika pelancaran Deklarasi Mahathir-Kit Siang, Mat Sabu adalah antara tenaga utamanya selain Azmin Ali  yang memang diketahui mempunyai hubungan akrab dengan Tun Dr. Mahathir walaupun pada masa yang sama, masih kekal di dalam PKR dan pernah menentang Mahathir di samping Anwar Ibrahim.

Bermula dengan sokongan dan seruan agar PAN disokong oleh konco-konco Dr. Mahathir seperti Khairuddin Abu Hassan, PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar yang dilangsungkan serentak seperti satu majlis re-union konco-konco yang selama ini tidak begitu popular dan diketahui.

Justeru, tidak hairanlah mengapa PROTUN tidak mencalonkan sesiapa daripada kalangan mereka, sebaliknya menyatakan sokongan kepada calon-calon PAN.


2 comments:

Anonymous said...

prokatun....kah kah kah.....

Anonymous said...

rakyat tahu dah siapa pan....anak emas dap

top