Thursday, June 16, 2016

PRK SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR... BN TAWARKAN PENYELESAIAN MASALAH, PKR DAN DAP PULA TAWARKAN SENSASI GHAIRAH!!!



Dari hari pertama, BN dilihat seperti 'selamat' apabila parti-parti yang mencabarnya di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar iaitu PAN dan PAS lebih tertumpu untuk bergasak sesama sendiri.

Kecuali Rafizi Ramli dari PKR yang didatangkan untuk membantu calon PAN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, yang lain, termasuklah DAP lebih gusar dengan PAS terutama sekali membabitkan isu RUU dan Hudud.

Calon-calon BN iaitu Budiman Zohdi di Sungai Besar dan Mastura Mohd Yazid, bagaimanapun berhadapan dengan serangan menggila daripada DAP dan PKR yang tidak menggunakan isu-isu tempatan, sebaliknya isu-isu yang berkisar tentang Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor.


DAP dan PKR cuba memperkenalkan calon-calon PAN sebagai 'anak tempatan' sekalipun kedua-dua calon mereka di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak mengundi di kedua-dua Parlimen tersebut.

Azhar di Sungai Besar merupakan pengundi di Parlimen Temerloh, manakala Dr. Tarmizi di Kuala Kangsar pula merupakan pengundi Shah Alam.

Antara isu besar yang dibangkitkan oleh DAP dan PKR ialah 'kerjasama' antara PAS dan UMNO/BN. Bagi menarik pengaruh daripada ahli-ahli PAS serta menaikkan sentimen kemarahan orang-orang UMNO yang enggan menerima 'kehadiran' PAS, DAP dan PKR melakukan serangan bertali arus terhadap Presiden PAS,


Ketika PRK digunakan sepenuhnya oleh BN untuk membantu masyarakat yang keciciran kesan daripada kelemahan birokrasi dan red-tape, PKR dan DAP pula tidak mampu menawarkan alternatif kepada masyarakat untuk digantung harap. Malah tindakan PKR dan DAP yang menghina keintelektualan masyarakat dengan BENGKANG UBI dan SAWI, jelas menunjukkan kegagalan dan ketidakmampuan mereka sebagai pengimbang dan alternatif kepada parti pemerintah yang diterajui oleh UMNO.



Sistem demokrasi dan kempen di Malaysia, bukan seperti di Amerika Syarikat atau di Eropah. Suka atau tidak, kempen demokrasi di Malaysia adalah persaingan untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat antara parti-parti politik yang bertanding. Bukan persoalan, hanya pada PRK sahaja banyak pengumuman untuk masyarakat diumumkan, tetapi sebaliknya, PRK menjadi organisma mikro yang sekurang-kurangnya memberikan rumusan tentang keperluan masyarakat yang perlu ditangani oleh pemerintah. Kerana, pada waktu inilah, pelbagai agensi yang sebelum PRK, lebih banyak memendam diri di dalam pejabat berhawa dingin dan berkerusi empuk, terpaksa turun ke bawah dan mencari masalah untuk diselesaikan, bukan lagi membiarkan masalah terus berlarutan.

Parti-parti yang bertanding boleh menggunakan pelbagai sentimen yang dipolitikkan tetapi akhirnya yang menghasilkan keputusan adalah masyarakat pengundi yang akan memilih sama ada untuk mendapatkan kebaikan buat mereka atau sekadar sentimen semata-mata seperti yang ditunjukkan oleh pengundi-pengundi di kawasan bandar.


No comments:

top