Saturday, June 4, 2016

PRO-MAHATHIR CUBA ALIHKAN 3000 UNDI DI KUALA KANGSAR UNTUK PASTIKAN CALON UMNO-BN TERBARAI!!!



Sehingga ke hari ini (pada ketika artikel ini ditulis), Hamidah Osman atau lebih dikenali sebagai Kak Midah masih tidak memberikan sebarang komen berhubung pencalonannya sebagai 'proksi kumpulan pro-Mahathir atau PROTUN' dalam PRK Kuala Kangsar.

Walaupun dikatakan juga yang bekas ahli Pemuda UMNO, Syed Rosli Jamalullail cuba mencari ruang dan sela untuk 'buat duit' sebagai wakil pengacau yang menawarkan penarikan diri pada saat-saat akhir dengan jumlah pampasan tertentu, yang pasti, individu berkenaan yang menimbulkan kekecohan di FB kerana memaki hamun dan mencaci nista serta mencarutkan calon UMNO-BN Kuala Kangsar, sebagai tiada sebarang kepentingan dan keperluan. Kalaupun benar dia akan bertanding, kebanyakan pengundi di Kuala Kangsar akan menolaknya mentah-mentah kerana dia bukanlah calon yang dikenali.

Namun di Kuala Kangsar, cakap-cakap tentang kumpulan PROTUN yang tidak mencari kemenangan, tetapi sekadar mahu mengalahkan calon UMNO-BN, cukup kuat. Dikatakan gerakan tersebut, akan menyelinap masuk menerusi Wanita dan Pemuda UMNO untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 3000 undi yang membolehkan calon UMNO-BN kalah tipis sama ada kepada calon PAN mahupun PAS.

Tujuan tersebut adalah untuk memalukan Najib, sekaligus mahu membuktikan bahawa 'skandal-skandal' yang melanda Najib selama ini, telah menjadi penyebab kepada penolakan calon UMNO-BN di Parlimen Kuala Kangsar.

Tugas tersebut digalas oleh Kak Midah. (RUJUK SINI)

Maka yang dipersoalkan di Kuala Kangsar, adakah Kak Midah benar-benar mempunyai pengaruh dan berkemampuan untuk melakukan pengalihan sokongan, memandangkan Kamelia Ibrahim yang dikatakan sangat kuat sehingga mencalonkan dirinya sendiri sebagai calon BEBAS pada PRU lalu sebelum dipecat oleh UMNO, hanya meraih jumlah undi yang membuktikan bahawa Kamelia Ibrahim bukan sesiapa (hanya berjaya memperolehi 447 undi), sedangkan pada waktu itu Kamelia Ibrahim adalah Timbalan Ketua Wanita UMNO Malaysia dan Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar.

Kak Midah pula sekadar Ketua Wanita UMNO Gopeng dan bekas ADUN Sungai Rapat yang tidak rapat dengan Parlimen Kuala Kangsar.

Adakah Kak Midah berkemampuan untuk melakukan sentuhan magis sepertimana ketika UMNO merampas Perak dari DAP-PAS-PKR pada tahun 2009 atau dia sekadar bernostalgia tentang kemasyhurannya ketika menjadi Exco Kanan Perak dan Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia?

Payah... tetapi yang pastinya, PRU lalu, ramai pengundi Parlimen Kuala Kangsar yang tidak keluar mengundi pun!


1 comment:

Anonymous said...

Mahathir adalah makhluk perosak yang tidak mengenang jasa parti yang memperkayakan keluarganya. Hidupnya penuh dengan tipu daya, putar belit, dendam dan pengainayaan demi untuk kuasa dan empayar perniagaan anak2nya dan kroni2nya. Jangan bagi peluang orang tua ni mencekik darah rakyat lagi untul kroni2nya

top