Sunday, June 5, 2016

RAFIZI RAMLI BERJAYA DAPAT APA YANG DIA HENDAK, PEJABAT AZMIN ALI DISERBU SPRM!!!



SPRM telah mengesahkan, pejabat Menteri Besar Azmin Ali telah diserbu pada Rabu lalu berdasarkan laporan yang dibuat oleh Rafizi Ramli kepada mereka. SPRM juga telah mengesahkan dua orang pegawai tinggi dari Pejabat Menteri Besar telah disoalsiasat. 

Sekaligus tindakan SPRM itu membenarkan pendedahan yang telah dibuat oleh Malaysia Today yang membabitkan soalsiasat ke atas dua orang pegawai tinggi Pejabat Menteri Besar Selangor. 

Portal berkenaan merupakan antara yang terawal mendedahkan tentang pembabitan kedua-dua individu berkenaan yang mana salah seorang daripada mereka adalah pegawai khas kepada Menteri Besar. 

Seorang lagi adalah pegawai tinggi DEIG, yang terbabit dalam kontroversi penyonglapan RM30 bilion pada tahun lepas. 

Manakala salah seorang lagi yagn disebutkan sebagai ADUN tetapi telah meletak jawatan beberapa tahun lalu, merupakan orang tengah yang terbabit dalam projek-projek WANG BESAR.

Rafizi bagaimanapun, menjadi sasaran serangan penyokong-penyokong kuat Pakatan kerana pembabitannya dalam Langkah Kajang yang terkangkang. Dia telah dihujani dengan pelbagai soalan keras sewaktu dia cuba menerangkan bagaimana Selangor ditadbir di bawah Menteri Besar Azmin Ali. 

Ketua kumpulan tersebut, Mak Khuin Weng bukan sahaja menyelar Rafizi Ramli tetapi juga berkata, "Apa tujuan anda dalam kerajaan tetapi tidak dapat mengubah undang-undang yang anda sendiri kritik?"

Semasa sidang media, Mak, yang merupakan salah seorang ahli jawatankuasa Anti-Kidex dan Anti-DASH berkata, Pakatan Harapan sepatutnya memberikan fokus untuk membantu rakyat berbanding mempolitikkan konflik dalaman mereka. 

Nampaknya, masalah di Pulau Pinang dan Selangor membabitkan Ketua Menteri dan Menteri Besar mereka sudah hampir setara. Para penyokong yang sangat bermegah kerana Selangor dan Pulau Pinang banyak duit, dan telah membuatkan para pemimpin UMNO-BN meleleh air liur kerana gagal menawan kedua-dua negeri itu, cuba untuk tidak memperkatakan tentang siasatan SPRM ke atas kedua-dua ketua pimpinan Kerajaan Negeri itu.

Untuk Rafizi pula, dia masih berjaya menebalkan muka dan tersengih-sengih seperti kerang busuk biarpun terus diserang oleh rakyat biasa, sama ada dari kalangan bukan penyokong mana-mana parti, penyokong Barisan Nasional, malahan penyokong Pakatan Harapan sendiri.


2 comments:

Anonymous said...

Cepat sprm ni serbu.kalau kat penang spai rakyat penat tunggu bila. Hmmm rasanya sprm harus dirombak secara besar2 besaran ...atau buat mcm imigresen dan kastam sape xbuat keje buand je.

Anonymous said...

Buat pengundi PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar: Tak guna undi pembangkang kerana mereka tidak boleh menyelesaikan masalah. Mereka hanya sekadar menuding jari pada pihak lain.

top