Monday, June 13, 2016

RAFIZI SENDIRI DAH 'SLOW DOWN' SEBAB KANTOI, PROTUN PULA YANG BERLEBIH-LEBIH MENIPU!!!



RM86 juta... sewa dua bulan hanya untuk Rosmah Mansor... apa hak Rosmah Mansor gunakan jet kerajaan?... tak bolehkah Rosmah Mansor naik pesawat komersil?... Kenapa pegawai khas Rosmah tidak tempah tiket pesawat komersil Rosmah Mansor siap-siap mengikut jadual?... kalau pergi sehari, kenapa bawa 20 biji beg besar... kenapa bawa anaknya sekali naik jet kerajaan... kenapa kerajaan sewa khas jet peribadi itu untuk kegunaan Rosmah Mansor?...

Dan sebagainya...

Itu semua pertanyaan-pertanyaan yang sedang berlangsung di dalam media maya. Pertanyaan itu pada mulanya dicetuskan oleh Rafizi Ramli yang cuba menunjukkan bijaksananya dia menerusi pengiraan kos penyewaan. Bagaimanapun, sanggahan dan pembuktian tentang penipuannya didedahkan, malah persoalan yang ditohmahkan oleh Rafizi Ramli, dijawab pantas tidak sampai 24 jam oleh Dato' Rizal Mansor, pegawai khas Rosmah, membuatkan Rafizi Ramli terpaksa mencari helah lain.


Dalam usahanya untuk menahan malu, Rafizi Ramli menyalahkan para penyokong PAS yang menyerang dan memperlekeh-lekehkannya di dalam Facebook. Kata Rafizi, para penyokong PAS bukan sahaja tidak menyokong pendedahannya tetapi juga turut mempertikaikan amalan rasuah yang berlaku bukan sahaja dalam PKR dan Pakatan Harapan, tetapi juga dalam Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang yang tidak berani langsung disentuh dan didedahkan oleh Rafizi Ramli sebagaimana yang fitnah yang dibuatnya ke atas Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak.

Bertali arus jawapan diberikan kepada tohmahan Rafizi Ramli. Malu kerana sekali lagi terkantoi kerana bukan sahaja melakukan kesilapan dalam pengiraan, tetapi juga jelas menunjukkan niat jahatnya yang peguam-peguam Najib dan Rosmah sepatutnya sudah mula mengambil tindakan undang-undang ke atas Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan yang tidak pernah peduli dengan kawasan yang dia menjadi Wakil Rakyat, terpaksa mencari helah lain.

Dia cuba mendapatkan simpati dengan berita kononnya dia ditumbuk dan dipukul oleh seorang lelaki ketika sedang berceramah. Klip video kabur yang lebih menyerupai drama yang dipentaskan, dijadikan bukti dan cuba diviralkan. Malangnya, ramai yang sudah tahu taktik Rafizi Ramli dan kembali mengutuknya kerana menggunakan taktik murah sebegitu rupa semata-mata untuk menutup malu akibat terkantoi.

Malangnya, kaum PROTUN menggunakan semua hujah Rafizi Ramli tanpa sedikit pun berasa malu. Dan sekarang, mereka pula berlebih-lebihan menggunakan hujah tersebut walaupun sebenarnya mereka sendiri buta kayu dan benak perut.

Dan tidak menghairankan jikalau semua penjelasan dan bukti yang diberikan, gagal mereka hadam. Bukan kerana pengaruh kuat hujah Rafizi Ramli yang tidak jejak realiti tetapi kerana PROTUN adalah golongan rosak otak yang melihat KLCC sebagai mercutanda kejayaan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini, walaupun hakikatnya itu adalah projek khas Mahathir untuk kesayangannya, Ananda Krishnan!


3 comments:

langau said...

krete nasional ke tiga, protun sagarigar

Anonymous said...

Assalam Bro,kita tunggu dan lihat siapa yang menipu,siapa yang ditipu dan siapa yang tertipu.Allah Maha Mengetahui !

Anonymous said...

sedap bahasa admin. awak sendiri yangbuta kayu dan benak perut. Ini bulan Ramadan kan.

top