Tuesday, June 21, 2016

SEDAP BUDAK BELAAN DAP BANTAI PAS, WALAUPUN HAKIKATNYA DISOKONG PENUH DAP PUN, PAN TETAP KALAH!!!



PAS dipersalahkan kerana kekalahan calon PAN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Suara-suara sumbang terutama daripada kepimpinan PKR membabitkan isu tersebut, semakin lantang kedengaran, seolah-olah PAS terhutang nyawa dengan PKR dan perlu menurut segala kehendak PKR.

Manakala pemimpin PAN seperti Salahuddin Ayub pula mengajak dan memujuk PAS agar bergabung dengan PAN bagi membolehkan DAP menang dan menguasai mudah kerusi-kerusi Parlimen dan DUN di seluruh Malaysia pada PRU-14 nanti.

Seolah-olah PAS adalah parti serpihan PAN yang ditubuhkan oleh DAP selepas kegagalan DAP menumbangkan kepimpinan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam pemilihan PAS lalu. Segala bantuan yang diberikan oleh PAS bagi membolehkan DAP dan PKR berdiri megah sekarang ini, telah luput langsung dan tidak dihargai.

PAS bagaimanapun, menyambut sinis pelawaan PAN dan PKR. Sebaliknya bertegas, PAS mungkin akan bekerjasama dengan UMNO pada PRU akan datang.

Pendirian PAS itu, pasti akan membimbangkan PKR memandangkan dari tahun 1999, PKR terlalu bergantung kepada PAS, tidak sahaja sebagai jentera sebaliknya untuk mendapatkan sokongan. Tanpa PAS, PKR sudah lama terkubur.

Berbeza dari sebelumnya, walaupun PAS kalah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, para pemimpin PAS seperti Nik Abduh Nik Abdul Aziz melahirkan kegembiraan berhubung prestasi parti tersebut dalam kedua-dua PRK. Bahkan terus memberikan semangat walaupun pada masa yang sama, PAS dikhianati oleh para pemimpin yang lahir dalam bedungan PAS tetapi kemudian memilih untuk menyembah DAP.

Itulah yang membuatkan PKR dan DAP serta PAN bertambah risau. Walau kalah pun, PAS tetap bergembira dengan kemenangan UMNO-BN. Keadaan itulah yang menimbulkan syak wasangka dan teori kononnya PAS akan bergabung dengan UMNO bagi mewujudkan sentimen kebencian dan kemarahan di kalangan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS sendiri.

Drama PAS dengan PKR-DAP-PAN masih belum selesai terutama sekali di Selangor. Azmin Ali semasa PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah menyatakan sokongan terhadap PAN walaupun yang menjadi rakan kongsinya dalam Kerajaan Negeri Selangor adalah PAS.

Bagaimana sekiranya, PAS Selangor mengambil keputusan menarik diri daripada Kerajaan Negeri Selangor dan meninggalkan Pakatan DAP-PKR-PAN yang hanya memiliki 27 kerusi DUN berbanding UMNO-BN 12 dan PAS, 13 selain satu Kerusi BEBAS yang dimiliki oleh Khalid Ibrahim?

Bagaimana pula dengan Azmin Ali yang sudah pasti mengetahui kedudukannya sedang diancam oleh LANGKAH KAJANG II yang digerakkan oleh Rafizi Ramli dan Wan Azizah?

Masa masih panjang dan drama kemelut kuasa di Selangor, masih pada peringkat awal....


3 comments:

Anonymous said...

Hidup pas.
Pegi mapus parti laknat pan.
Biar menumpang lembu umno dari menumpang binatang babi peliharaan dapigd laknatullah.
Hidup islam....hidup pas...
Takbirrrrr....

Anonymous said...

Kaulau Haprak Pakat boleh jilat dan julang "malaun" setelah sebelumnya malaun diludah dan di kecam; tidak ada masalah untuk Haprak Pakat rujuk kembali dengan rakan kongsi yang telah di talak tiga. Cumanya Haprak Pakat kenalah carikan "cina buta" untuk di tiduri oleh partner yang telah mereka ceraikan itu.

Anonymous said...

dap pan dn pkr tak ada kekuatan sndiri mcm pas....yg ada hanya cakap besar dn tuduh org je.

top