Wednesday, June 22, 2016

VIDEO VIRAL SERBUAN ANAK MUDA JAHANAMKAN MESIN JUDI DI KUALA SELANGOR... ADAKAH MEREKA YANG AKAN DIBICARAKAN ATAU PEMILIK MESIN JUDI BERJAYA LEPASKAN DIRI LAGI?!!!



Masalah mesin judi dan mesin slot di negara ini, sememangnya sangat runcing. Lebih-lebih selepas kejayaan DAP dan PKR menguasai sesuatu kawasan, atau lebih tepat lagi menguasai kerusi-kerusi Ahli Majlis PBT, masalah ini seperti tidak dapat diselesaikan.

Pihak berkuasa pula seakan-akan buntu dan sudah berputus asa untuk menangani masalah ini sehingga ke akar umbi. Setakat ini, belum ada lagi berita yang menunjukkan bagaimana dalang-dalang di sebalik kegiatan mesin-mesin judi ini, diheret ke mahkamah dan dibicarakan atau dihukum. Kalau ada pun, cuma anak-anak bilis yang bekerja di premis tersebut.

Bukan tidak ada aduan, bukan juga tidak ada bukti, tetapi tindakan daripada pihak berkuasa amat lambat.



 Di Facebook, satu klip video yang dimuatnaikkan oleh Warisan - Task Force, menunjukkan sekumpulan anak muda di Kuala Selangor menyerbu dan merosakkan mesin-mesin judi haram yang nampaknya bebas dari tindakan pihak berkuasa terutama sekali PBT.

Mungkin dari segi undang-undang, tindakan anak-anak muda itu adalah satu kesalahan kerana menceroboh tetapi kewujudan premis-premis mesin judi itu juga merupakan kesalahan yang jauh lebih besar terhadap undang-undang dan kemanusiaan.

Daripada komen-komen yang diberikan, ternyata, tindakan anak-anak muda tersebut disokong bagi membersihkan kawasan mereka daripada kerosakan yang dibawa oleh mesin-mesin judi.

Persoalannya kini, adakah pemilik-pemilik sebenar mesin-mesin judi tersebut akan memanipulasi undang-undang sehingga membuatkan mereka terlepas, sebaliknya anak-anak muda itu yang akan 'tersangkut'?


3 comments:

Anonymous said...

kekadang kena layan macam nie jer baru dorang reti bahasa.dah kurang ajar sangat nak menjahanamkan anak2 org2 islam melayu kita.

Anonymous said...

geng 3 line rupanya.ntah la.aku kalau dorang buat semua nie kerana Allah ok lagi,aku bimbang penyangak tak bayar duit perlindungan pada penyamun so kena langgar la.aku harap sgt dorang buat semua nie atas kesedaran dan ikhlas.

Anonymous said...

Yang nyata periksa siapa orang 'kuat' yg menjadi tunjang kpd perniagaan haram ini dan bagaimana tiada tindakan undang-undang dr pihak authority...... dan yang nyata kemelut judi dibenarkan berluasa.

top