Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, July 13, 2016

ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS... TAK MACAM SI BOTAK ANAK MAHATHIR, PENGANTIN SEPANJANG MASA, LEPAS TU PERASAN GLAMOUR!!!



Menjawab dakwaan meleset Ahli Parlimen PKR, Gooi Hsiao Leung
Ahli Parlimen Alor Setar

1. Jika ukuran masa menjadi benchmark, bermakna DS Ahmad Bashah ternyata dengan segala pengalaman politik dan pentadbiranya telah berjaya melepasi ujian besar.

2. Sekaligus menafikan tuduhan Ahli Parlimen PKR Alor Setar bahawa mesyuarat jawatankuasa krisis 22 Julai lalu hanya bersifat publisiti murahan dan gagal merungkai apa jua masalah.

3. Krisis air berdasarkan rekod sudah bermula sejak 2009, makin parah apabila SADA ditubuhkan 1 Januari 2010. Menjelang Febuari dan Mac tahun yang sama, krisis air menjadi parah.

4. Sepanjang musim perayaan, 2010, 2011, dan 2012, isu air diperkatakan di seluruh Kedah dan ramai pengguna terbeban dengannya.


5. NRW mengikut Laporan Industri Air Malaysia bagi tahun 2011 sahaja menunjukkan SADA dan kegagalan kerajaan negeri pimpinan PAS ketika itu mencatatkan angka 50%. Kini dengan usaha kerajaan BN, NRW telah turun ke angka 37% dan water reserve margin dapat ditingkatkan kepada 2%.

6. Di zaman kerajaan PAS dan Pakatan WATER Producion Reserve Margin hanya berada pada kadar 0-0.1% setelah ditolah penggunaan harian. Paip dan loji gagal berfungsi dengan kapasiti sepenuhnya selain gagal diselenggara dengan baik termasuk pam-pam ditangki dan motor yang menjana operasi loji.


7. Ini hanyalah sebahagian kelemahan teknikal, selain operasi lojistik SADA tidak dipantau bukan sahaja oleh ahli Lembaga Pengarah SADA yang terdiri dari Ahli PAS, PKR dan DAP ketika itu, malah EXCO sumber Air dari PAS juga seolah-olah mendiamkan perkara ini. Contoh simple, lori bekalan air disewa untuk 3 bulan dibayar RM52 ribu, dengan kekerapan penghantaran sehari sekali, namun nilai air yang dihantar berjumlah RM1,900. Jumlah yang tidak masuk akal dan menguntungkan urusniaga kroni semata-mata.

8. Inilah tinggalan legasi yang bertahun lamanya namun berjaya dirungkai dan diselesaikan oleh DS Ahmad Bashah selaku MB Kedah ketika ini yang hanya baru 6 bulan memegang kuasa.


9. Lebih malang, isu-isu remeh temeh di zaman Pakatan Rakyat mentadbir Kedah dalam soal pengurusan bekalan air menjadi lelucon di kalangan rakyat. Di kawasan bandaraya, semi bandaraya, hujung bandaraya dan diluar Bandar, buka sahaja paip, angina yang keluar. Di Baling, berdekatan petempatan di Gunung Inas, di Sik malah di Padang Terap dan Wang perah, penduduknya mengalami sindrom buka paip yang keluar air the susu, sama setaraf dengan fenomena di Bachok dan Machang Kelantan.

10. Jika dikatakan penubuhan jawatankuasa bertindak oleh YAB DS Ahmad Bashah agak terlambat, maka sebenarnya usaha menjadi lambat kerana mehnah, kerosakan besar yang terlalu banyak dibaiki ditinggalkan oleh kepimpinan Pakatan rakyat terdahulu.


11. Justeru, langkah drastik enam pendekatan segera yang dijana, selain usaha menyeluruh melalui pakej peruntukkan RM37 juta program air dan masyarakat luar bandar,dan konsensus kerajaan Persekutuan menyediakan dana RM2.8 bilion untuk transformasi bekalan air di Kedah bukan sahaja dapat menjadi solusi muktamad bagi isu yang sudah berlarutan sekian lama. Malah mampu membuka sirna baru bagi industri bekalan air di Kedah dan sebagai model untuk negeri jiran yang lain.

12. Maka segala sangkaan buruk Ahli Parlimen Alor Setar dari PKR berhubung kepekaan, keseriusan dan tindakan YAB DS Ahmad Bashah adalah sekadar usaha mencari publisiti murahan dan menangguk di air keruh. Walhal khidmatnya kepada 70,000 pengundi di kawasan diwakilinya sendiri gagal disudahkan dengan sempurna sehingga kini. Tindak tanduk Gooi Hsiao Leung, ternyata memalukan dan segala komentarnya ibarat menepuk dulang, terpercik air ke muka sendiri.

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
Naib Ketua Pergerakan Pemuda 

UMNO Bahagian Alor Setar


4 comments:

Azmie said...

Masalah bekalan air SADA di Kedah ni dikhabaqkan satu 'projek' sabotaj terancang oleh geng pro Botak. Dikatakan siri pertama geng pro Botak untuk BALAIH DENDAM pada DS Ahmad Bashah.

Alhamdulillah satu yg mengejutkan Tok Bashah cukup cekap dan pantas bertindak. Rasanya dlm sejarah saya hidup sebagai anak Kedah, satu2nya MB Kedah yg terus bertindak segera bagi isu awam macam ini.

Pelan tindakan diambil berdasarkan maklumat SADA jugak. Tp Tok Bashah kena ingat SADA ni sapa kepala.. geng2 pro Botak ex KCS ni kemaih depa nak pekena MB kita.

data2 7.5% saja yang terlibat..itu rasanya make up data kot.. dgn bg Tok Bashah leka dan syok..konon sikit jaa yg terjejas..

geng pro Botak amat licik.. bila Tok Bashah baik sangka dgn depa tak lucutkan jawatan, mau ingat depa ni boleh jd hantu raya.. jadi parasit.. termasuklah sekoq dua muka yg ditnjuk dlm blog ni. Dato kepala SADA tu hngpa check sama dgn Dato Aminuddin ni.. boleh percaya kaaa

takkan bodoh terlajak CEO SADA boleh habaq pam rosak laa lori tak cukup laa.. 7.5% saja laa.. kita yg duk tgh2 pekan Aloq Staq ni pun duk low pressure ayaq sejak sblm Rejab lagi.. nk MUHONG apa SADA oiii..

klu tak MUHONG taakkanla org telefon careline nak report pun tkbrani angkattt?

Harap Tok Bashah cerdik dan tak diperbodohkan oleh geng2 parasit pro Botak ni.

Mau ingat.. Ust Azizan disabotaj dlu bkn oleh geng PAS dn PKR saja.. cer jenguk sikit geng2 KCS yg makan TAK KENYANGGG tu.... depa tu bahayaaaa.. klu makan tak kenyang.. esok lusa benda lain pulak akan kena....

Anonymous said...

Saya kagum sbb DS MB cepat bertindak terhadap isu air ini wpun baru pegang jwtan MB dan pulih dari uzur sakit.

Teguran nya pada SADA cukup tegas.. taktaulah kot CEO SADA tu masih tak faham. Tekanan air paip agihan utama SADA ke rumah bukan bertangki reservior amat lemah wapun kemuncak Raya dah tamat. kedai2 hardware skrg boleh untung jual automatic water pump sbb itu shj pilihan yg ada..tapi.. rumah yg xdk pam akn lagi merana.. kena tggu tgh mlm baru air masuk kuat...

Anonymous said...

Maaf menegur. Betulkan grammar tu sikit tuan.... Action Speaks Louder than Words. Speak tu ada 'S' dihujungnya...sebab 'speak' tu kata kerja dan singular..

The Saviour said...

anon 12:13pm

Terima kasih kerana teguran saudara...

Kesalahan tersebut telah diperbetulkan.

 
Blogger Templates