Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, July 11, 2016

ALASAN TERBAHARU NGA KOR MING: DAH AKAUN FACEBOOK KENA HACKED PULA, SEBAB TU NYAH-AKTIF!!!



Senang sungguh jadi Nga Kor Ming a.k.a YB Babi!!!

Ir Nawawi Ahmad, Ahli Parlimen Langkawi terpaksa memohon maaf dan mengambil tanggungjawab terhadap posting dalam akaun Facebook atas namanya walaupun ianya dikendalikan oleh orang lain.

Hamidah Osman, ketika bergelar Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, mengambil tanggungjawab berhadapan dengan saman fitnah oleh Khalid Samad dan terpaksa membayar harga saman tersebut walaupun yang mengendalikan Facebook atas namanya adalah orang lain.

Tapi Nga Kor Ming di sebalik 'keberaniannya' dengan keyboard, mengambil pendekatan PENGECUT dan BACUL apabila menyatakan, laman Facebook yang sudah pun dinyah-aktifkan bukan miliknya, tetapi menyalahkan peminatnya. Bahkan tidak tahu hendak menamakan pihak yang menggunakan namanya untuk akaun Facebook itu.

Kata Nga Kor Ming lagi, dia bukannya administrator fanpage Facebook itu. Laman tersebut telah dibina dan diuruskan oleh para penyokongnya.perasan dan diikuti oleh 450,000 peminat.

"Itu merupakan petunjuk yang baik, jadi saya benarkan mereka meneruskannya tanpa mengambil sebarang tindakan," katanya.

"Saya bukannya admin, para penyokong saya yang menguruskannya. Secara asas, mereka akan memuatnaikkan tanpa bertanya saya bagi melaksanakan reformasi politik"

Katanya lagi, dia perasan akaun Facebook tersebut telah dinyah-aktifkan dan dia mengesyaki, akaun berkenaan telah digodam!

Mudah sungguh Nga Kor Ming memberi alasan, sepertimana dia memberi alasan paling bangang membabitkan banjir lumpur dan batang-batang balak besar di Hulu Kelantan pada penghujung 2014. Dia sebaliknya menyalahkan Kerajaan Negeri Kelantan walaupun kawasan berkenaan merupakan kawasan kegiatan pembalakan melibatkan syarikatnya.

Kalau banjir lumpur dan batang-batang balak besar di Hulu Kelantan pun, berjaya membebaskannya daripada sebarang tanggungjawab membayar gantirugi, nampak gayanya, kali ini bebas lagilah Nga Kor Ming kerana alasan akaun kena hacked adalah alasan yang paling popular dan paling boleh digunakan!!!


3 comments:

juragan69 said...

Bhai...lu nk papar 1001 alasan dari seekor babi tk mnberi sebarang kesan kpd lanskap politik dap vs umno..yg paling penting bkn 1001 alasan ttp 1(SATU) tindakkn dari kerajaan pimpinan pemimpin teragung lg suci...tkkn nk salahkn tun juga bila yg berkuasa skrg ni lemau, lembik semacam hnya. Kerana mnharap undi cina..hrp HAJI jib tk ulangi kempen politik 2008 di penang sbb dia perlukn 2-3 penderma sbb rakyat tk restui kempen 'gannam stlye' jibby

Anonymous said...

Stupid n arrogant idiot

Anonymous said...

sudah tentu ada admin. kalau tidak ada admin tak boleh tutup akaun. cari admin tersebut sampai lubang cacing dan korek info siapa yang taja dia. admin dan penaja harus mendapat balasan setimpal.

kes ini penting dilengkapkan kerana ia akan membawa mesej jelas: 1. provokatis adalah kerja tak berfaedah dan bakal dicela 2. provokatif boleh lepas asalkan di nafikan atau pandai elak kena cekup.

 
Blogger Templates