Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, July 2, 2016

BONGOK PUNYA LIM GUAN ENG... HARTANAH YANG DIBELI OLEH KHIR TOYO TAK ADA KAITAN DENGAN PHANG LI KOON!!!



1. Sungguhpun saya tidak mengulas apa-apa mengenai kes Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Lim Guan Eng, saya tidak boleh menghalang pelbagai pihak membuat perbandingan dan kenyataan.

2. Namun apabila En Lim Guan Eng sendiri membuat kenyataan membandingkan kes beliau dengan kes saya, maka saya berasakan perlu membetulkan kenyataan beliau.

3. LGE membuat kenyataan, “Tidak seperti kes Khir Toyo, Cik Phang tidak rugi RM 5 juta, malah memperoleh keuntungan kecil sebanyak RM 300 ribu daripada harga asal RM 2.5 juta. Tidak seperti kes Khir Toyo, Cik Phang bukanlah pemaju perumahan yang harus bergantung kepada kerajaan negeri untuk meneruskan perniagaannya.”

4. Jawapan saya, "tidak seperti beliau membeli rumah yang lengkap dan sedia diduduki, LGE meninggalkan fakta bahawa saya membeli sebuah rumah separuh siap tanpa CF dengan harga RM 3.5 juta."

5. Harga ini mengikut penilaian penilai hartanah yang berwibawa dan bank antarabangsa.

6. Harga asal RM 6.5 juta merupakan sebuah rumah lengkap sekali dengan perabot (fully furnished). Ia sudah merupakan dua entiti yang berbeza.

7. Saya suka mengingatkan LGE keputusan Mahkamah ke atas saya langsung tidak mengambil kira hakikat penjual rumah saya tidak mendapat apa-apa keistimewaan dari Kerajaan Negeri Selangor pimpinan saya.

8. Malah permohonan syarikat Shamsudin yang disokong oleh saya juga ditolak oleh PKNS.

9. Saya bersalah kerana dalam pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan bukanlah kerana mengambil rasuah, tetapi kerana menyalahguna kedudukan sebagai penjawat awam untuk mendapatkan sesuatu barangan berharga dengan balasan tidak mencukupi (lebih murah dari nilai sebenar) dari seseorang yang mempunyai urusan rasmi dengan saya.

10. Dalam kes saya, Mahkamah mendapati saya bersalah kerana saksi Pendakwa, Shamsuddin Haryoni, memberitahu Mahkamah beliau tidak setuju dengan harga RM 3.5 juta tetapi terpaksa menjualnya kerana bimbang perniagaan beliau di Selangor terjejas.

11. Justeru, saya nasihatkan Lim Guan Eng berhenti membandingkan kes beliau dengan kes saya.

12. Malah kes saya tidak sama dengan beliau kerana beliau turut didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang tentunya membabitkan kesalahan lebih serius.

13. Ketika saya dihukum penjara, DAP menganggap ia satu kemenangan besar mereka. Justeru, sungguhpun saya bersimpati dengan nasib Lim Guan Eng, saya fikir kenyataan paling tepat untuk DAP ialah seperti yang diungkapkan oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, - “Padan Muka”.

14. Bagi saya pendakwaan ini adalah "Poetic Justice"!

- Dr Mohamad Khir Toyo (2 Julai 2016)

5 comments:

Anonymous said...

Masaalah nya muka2 DAP ni tebal macam kulit....alif...ya.

Anonymous said...

Kalau Mat Kerala tak boleh dipertanggungkan takkanlah m
Mat Bogese tak boleh dapat keistimewaan sama.

Dalam kontek berlainan, tak mungkin Boboi Penang diberi imuniti ala emperor/maharaj sedangkan Khiyo Selangor yang lebih tinggi darjahnya tidak ada imuniti sebegitu.

Anonymous said...

DAP meraih sempati melalui penerangan LGE esok..di PPinang... strategy memperlkehkan mahkamah .. menghina mahkamah. ... saksi diugut... keluarga saksi diganggu... saksi dirasuah.. peguam pendakwa diperlekeh.. strategy Anwar Aljub direcycle semula... mula peneranga dlm Dewan bila dah ramai sempati mereka turun di jalanan pula... nnti bole tgk Melayu atau Cina yg ramai guling guling dijalan raya... just wait n see..... jom pakat turun ramai2 dijalan raya pakai baju merah "PADAN MUKA"...

Anonymous said...

Kalau bapak dukun tidak semestinya si anak bebas sampuk. Dan kalau bapak loyer buruk, anak tak semestinya becok.

Kuah tidak semestinya tumpah ke nasi, ada kuah tumpah di lantai. Dalam kata lain, tidak semua nilai baik akan diwarisi.

Anonymous said...

Wa mau satu itu baju
PADAN MUKA...hahaha...manyak cantik itu baju lor...

 
Blogger Templates