Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, July 14, 2016

DEMI KASIH KEPADA MUKHRIZ, MAHATHIR SAHKAN, AKAN TUBUH PARTI POLITIK BARU TAPI TAK TAHU BILA!!!



Bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad hari ini secara rasmi mendedahkan bahawa sebuah parti pembangkang baru akan ditubuhkan dan menjadi sebahagian daripada pergerakan 'Selamatkan Malaysia'.

Selain dirinya, sekurang-kurangnya tiga orang bekas pemimpin UMNO lain telah menyatakan minat untuk menyertai parti baru tersebut. Mereka adalah Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Shafie Apdal.

Menurut Mahathir, selepas perbincangan selama lebih tiga jam hari ini, beberapa orang pemimpin parti politik, NGO dan individu yang terlibat dalam gerakan 'Selamatkan Malaysia' telah bersetuju untuk bekerjasama dalam menggulingkan Barisan Nasional pada PRU akan datang.

Justeru, sebuah parti politik baru diperlukan untuk mewakili mereka, kata Mahathir dalam satu sidang media yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana petang tadi .

Mesyuarat dan perbincangan pada petang tadi turut dihadiri oleh para pemimpin Pakatan Harapan dan bekas pemimpin-pemimpin UMNO yang sudah kaya raya, termasuklah beberapa orang pemimpin utama PKR seperti Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar, Mohamed Azmin Ali. Selain itu, turut juga hadir adalah Shafie Apdal, Lim Kit Siang, Salahuddin Ayub dan Tian Chua.

Mahathir bagaimanapun, mengatakan dia tidak bercadang untuk bertanding pada PRU 2018, sebaliknya hanya akan memainkan peranan sebagai pemimpin parti baru sahaja. Pun begitu, dia tetap berbelit dengan mengatakan, itu tidak bermakna dia akan menjadi Presiden parti berkenaan, atau pun memainkan peranan sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya mengalahkan BN pada PRU akan datang.

Akhirnya 'jantan' juga Mahathir yang selama ini hanya berselindung di belakang ramai orang dan kerapkali mencuci tangan bagi setiap perbuatannya dengan orang lain yang perlu menanggung natijah daripada perbuatannya itu.

Sekurang-kurangnya adalah juga platform untuk Mukhriz Mahathir melonjakkan kembali kerjaya politiknya yang sudah pun malap. Sekaligus meneruskan legasi kebangsawanan salah satu keluarga politik di Malaysia biarpun terpaksa menipu dan membohong kononnya untuk menyelamatkan negara atau memperjuangkan nasib rakyat.

Dan yang pasti, parti baru ini mempunyai dana yang sangat besar, memandangkan kroni-kroni Mahathir yang telah mengaut pelbagai projek kerajaan, dan menghirup darah rakyat Malaysia, tentu tidak akan teragak-agak untuk membuat pelaburan besar kerana menjangkakan keuntungan jangka panjang yang berkali-kali ganda sifatnya berbanding sekarang.

Syabas diucapkan dan semoga penubuhan parti tersebut dipercepatkan... jangan jadi macam Pakatan Rakyat... beria-ia berdrama dan beretorik, akhirnya Pakatan Rakyat kekal sebagai sebuah pakatan haram yang tidak didaftarkan mengikut undang-undang pertubuhan di Malaysia.


29 comments:

Anonymous said...

Akhirnya berjaya juga UltraMalay menjinakkan si Naga Loong. Satu rekod dunia yang membanggakan.

Anonymous said...

syabas tun M, umno yang najib pimpin sekarang ni pun tun M yang tubuhkan tahun88 (umno baru). patut najib ucap terima kasih pada tun..tp dasar kacang hijau memang begitu lagaknya.

Anonymous said...

Yesssszzz... mereka sudah bersatu dalam satu pakatan ...yg terang lagi bersuluh dulu samar samar keislaman memasing... musuh islam sudah bersatu..

Andainya sekiranya mereka berkuasa puak pluralist ..syiah..komunis... evangelist Kristen DAP.. G25.. Majlis Peguam.. Sis In Islam.. LGBT dan GAY berkuasa apa kah mereka ini akan menegakkan syiar islam dan kesucian agana Islam..?

Apakah mereka yg kita harapkan untuk menjaga kesucian agama Islam.?

Lu fikir la sendiri...

mat said...

pasaipa kalut sgt bila dr M buat parti baru. kalau x takut dok sengap sudah la. ni melatah tak tentu hala blogger umno ni. pelik

Anonymous said...

Parti selmatkan malaysia kepala toya kau la.
Parti selamatkan anakberanak dan keroni2 kau ada la.
Si tun tua hampeh.
Makin lama makin menyampah dgn si tun tua hampeh x sedar diri.

Anonymous said...

Go Tun go....dah nk kick the bucket tak abis2 nyusahkan rakyat

juragan69 said...

Syabas tun...tahniah kpd bekas pemimpin umno yg sudah 'kayaraya' dan simpati kpd pemimpin dan ahli umno serta para blogger yg belum kaya2 dan masih mncari kekayaan dunia utk anak dan isteri2 masing....terutama dato nazri tun salleh dn beberapa org lg yg snggup berkorban nyawa utk najib yg hidup serba sederhana@zuhud

Anonymous said...

Ketepikan perbezaan utk kalahkan BN. Lepas kalahkan BN yg perbezaan aritu akan timbul balik dan drama politik akan ditayangkan kembali. Rakyat akan jd no 2. SELAMATKAN MALAYSIA DARI MEREKA SEMUA!

Anonymous said...

Kami sudah menyampah dengan UMNO.
Kami rindu parti baru Tun Mahathir.

Anonymous said...

Dan nama yang sesuai ialah Parti Sayang di Sayang.

Ted Manoff said...

Movie baru..The Hijacker in the House

Anonymous said...

Please sing another song next time ya, Mr Devoured Saviour? This one's basi oledy la.

Anonymous said...

DAH 90 tahun lebih..bolih jadi nak jadi nabi NOH ..bolih perintah lagi..agak agak sempat ke tidak..baik duduk rumah lah..harta dah tak habis makan..rakyat yg menyokong dapat apa..200 ke 300 saja. Cukup ke nak makan seumur hidup macam Madey dgn family dia..fikir fikir lah jgn jadi baghal sangat..berlaku apa apa madey dah rumah kat overseas..KAU orang ada apa...BODOH

Anonymous said...

Tun ni lebih kedunia.. Nyawa dh kat hujung..

Anonymous said...

Kenapa perlu parti baru ,masuklah mana mana parti yg dah ada , contohnya masuklah parti PAS ke , kuatkan parti orang melayu dan islam barulah berjuang untuk agama bangsa dan negara,

Anonymous said...

Melihat artikel sebegini, terasa betapa bodoh dan tulinya ahli-ahli UMNO, Mereka ini cepat sangat jadi pelupa. Mereka lupa betapa berpengaruhnya Tun M ketika memimpin UMNO. Kalau setakat nak menaikkan Mukhriz, tak perlu susah-susahpun. Ramai yang sanggup begadai nyawa nak naikkannya. Melihat idea yang dilontarkan oleh puak UMNO ni, rasa malu pun ada. Rendah sungguh tahap pemikiran mereka.

juragan69 said...

Bhai..aku setuju dgn statement lu

Anonymous said...

mana boleh sengap skrg ni mamat. ni zaman globalisation. klau dia boleh bersuara blogger ni tak boleh bersuara. kau yg pelik dan tun m dah jadi komunis yg dulu halau org kg aku d kuala lumpur yg bersebelahan dgn chowkit tuh.

Anonymous said...

skrg kau rindu la..kau berfikir si dap komunis ni bodoh. kata pon komunis..oh ya sbb tun m pon dah jadi komunis dah tubuh parti komunis baru lah nih. dgn kau dan keluarga pon dorang akan terajang tak da dia heran anjing kurap mcm kau dia nak vote kau saja dajal komunis nih.

Anonymous said...

you may think it is basi but aaahhh itu hati komunis will never be basi song one because these komunis want ths country to be komunis like their thoughts one aaahhh laa

Anonymous said...

terang munafiq

Anonymous said...

kau fikir tun m berganding dgn si dap komunis tahap pemikiran tun m bagus mana. kau fikir kafir2 harbi nak lepaskan tun m begitu saja tanpa perjanjian antara mereka. kau komunis ker so kena berfikir cara dajal...

Anonymous said...

Pundek la... Komen cam sampah..

Anonymous said...

Wahai penulis sehingga hr ni semakin teserlah kesalahan najib Dan kebenaran perjuangan tun mahathir. Bila awak nak bertaubat ya?anda ini adalah org yg tak bermaruah Dan pengkhianat bangsa Dan negara krn bersekongkol menyokong penjenayah pencuri duit negara.kelak moga2 Allah membalas perbuatan jahat kamu krn mhina tdm.kamu ni jenis org yg tak reti nak berterimakasih Dan tak sedar diri.tak malukah kamu wahai pengkhianat bangsa?

Anonymous said...

Brapa kg dpt DEDAK?

Anonymous said...

Brapa kg dpt DEDAK KANGKANG?

Anonymous said...

Brapa kg dpt DEDAK KANGKANG?

Anonymous said...

tun m dah lacurkan agama dan bangsa sbb bersekongkol dgn komunis itu bkn pengkhianat?..byk minta maaf kpd Allah umor sudah meniti senja sepatut ada kesedaran dan jaga la keluarga dan cucu2 sendiri...jaga keluarga buang la hati komunisnya...

Anonymous said...

komen kau mcm longkang...

 
Blogger Templates