Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, July 13, 2016

KALI PERTAMA NAZRI AZIZ DIPERSETUJUI... KESIAN MAHATHIR, TAK SEPATUTNYA PARTI PEMBANGKANG BUAT NEGARAWAN SEBEGITU RUPA!!!



Admin bukannya berminat sangat dengan Nazri Aziz, Menteri Pelancongan yang cukup akrab dengan Lim Guan Eng. Banyak kenyataan-kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini, tidak ubah seperti menembak kaki sendiri, kalau tidak pun umpama koboi bacul yang melepaskan tembakan dan kemudian membiarkan orang lain yang bertempur untuknya. Sedangkan dia sendiri, selepas lari, menyorok dalam kain bini.

Namun kenyataan hari ini tentang nasib Dr. Mahathir, amat dipersetujui.

Seorang negarawan yang ketagih perhatian dan suaranya dipatuhi, tidak seharusnya dilayan sebegitu rupa oleh pihak pembangkang yang berasakan bekas Perdana Menteri itu mampu memberikan pengaruh untuk mereka. Tidak seharusnya Dr. Mahathir terpaksa menubuhkan parti baru sekaligus membuktikan parti-parti pembangkang tidak memerlukannya di kalangan mereka. 

Memang menyedihkan... UMNO Baru yang ditubuhkan oleh Mahathir, sekarang ini dibenci oleh Mahathir dan konco-konconya walaupun alasan yang mereka gunakan sekarang ialah menyelamatkan UMNO daripada Najib Abdul Razak, walaupun hakikatnya yang mereka mahu selamatkan adalah taukeh-taukeh kapitalis yang telah menghirup darah rakyat Malaysia selama lebih 22 tahun dengan pelbagai keistimewaan. 

Mahathir sudah keluar dari UMNO yang diwujudkannya selepas UMNO asal diharamkan bagi mengekang pengaruh dan kuasa Tengku Razaleigh Hamzah dan Almarhum Tunku Abdul Rahman serta Allahyarham Tun Hussein Onn.

Sekaligus menjadikan Mahathir bebas daripada ikatan mana-mana parti politik dan dia bebas untuk menganggotai mana-mana parti bersama-sama para pengikut dan pemercayanya.

Jadi, betullah seperti kata Nazri Aziz, memang menyedihkan Mahathir dilayan sebegitu rupa sedangkan dia adalah seorang Negarawan, bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO. Lebih malang lagi ialah apabila parti-parti pembangkang terutama sekali PKR melihat Mahathir sebagai satu BIAWAK HIDUP yang tidak seharusnya ditanggung atau diberi muka. 

DAP sendiri pun tidak berani menghulurkan tawaran kepada Mahathir walaupun Mahathir dilihat berjinak-jinak dengan Kit Siang, Penasihat Agung DAP.

Mengapalah Mahathir dilayan sebegitu rupa? Bukankah dia amat berjasa besar kepada Vincent Tan, Ananda Krishnan, Francis Yeoh dan sekelompok SUPERBUMIPUTERA di negara?

Tidakkah apa yang berlaku kepada parti-parti serpihan, bakal menimpa parti baru yang akan ditubuhkan oleh tea-boy, Khairuddin Abu Hassan dengan Mahathir sebagai Presidennya?

Tak kesian ke?


9 comments:

juragan 69 said...

Bhai tfk...tun m pernah mohon parti mana utk jd ahli. ..???selama beliau berjuang dlm isu najib atas parti mana beliau wakili???kahkahkah...Dan parti mana pula menolak keahlian tun???pergh lu nya spin hebat bhai...bravo bravo bravo sbgi blogger umno

Anonymous said...

Saya adalah seorang dr ratusan ribu ahli umno yg pasti menyokong tun m. Kalau berani adakan pilihanraya cepat

Anonymous said...

PR ada banyak 'peluru2' untuk ditembak dan peluru peluru itu mengena bayak sasaran.

Datang ANJ tawar sebutir 'peluru perak' yang dijaja sebagai mampu mengenai semua sasaran.

Tanpa berfikir panjang PH meminjam peluru berkenaan untuk di uji di beberapa sasaran: Sarawak, KK dan SB.

Kini setelah diuji, peluru perak tadi didapati langsung tidak mengenai sasaran.

Kini, PH berbelah bahagi sama ada terus mencuba atau berhenti dari menggunakanya

Apapun keputusannya, PH berdepan situasi 'di telan tak kena nak diluahkan pun tak kena.

Anonymous said...

Mahathir tidak memohon utk jd ahli mana-mana parti, tetapi...
Dia tidak dipelawa utk menyertai mana-mana parti.

Boleh beza tak? Kalau tak boleh faham maknanya kau layak jd pembangkang di Malaysia yg terkenal dgn bodoh, bangang, bengong, bongok dan tolol.

Anonymous said...

Mahathir bukan bodoh macam kau. Dia tahu itu semua. Dia boleh mohon masuk mana2 parti kalau dia hendak. Permainan beliau habis selepas anaknya dan balacinya dibuang Dari UMNO. Hendak tak hendak dia buat satu parti dimana boboi akan jadi president. Masaalahnya partinya tidak boleh bergerak sendiri. Dia pun banyak musuh dalam pakatan. Bolehkah parti pembangkang yang lain menerima partinya sebagai parti dominant?

Dia tahu harapan legasi untuk boboi jadi PM berkubur. Duit dah banyak habis. Rasuah pada akhbar WSJ dll dah sampai hidung. Nak berundur malu. Segala temberang dan fitnah mengenai 1MDB banyak rakyak dah tahu dan ada yang buat2 tak tahu juga yang bodoh kayu telan segala cerita.

Ingat tidak semestinya orang yang nampak baik, baik juga hatinya. Dia manusia bukan malaikat.

Anonymous said...

Wah..ratusan ribu bang hebat tu...tapi kami ni yang taat pada ulil amri ni kena fikir bang takut esok mati kena tanya Allah kat kubur kau waktu hidup taat ulil amri tak..apa abang nak jwab...sbb tu bang kami tak ramai bang cuma bebrap juta jer ahli umno tetap berpijak di bumi nyata... TUN MAHDEY tu sapa bang...Pm ke.. Atau Pm pencen

Anonymous said...

Aku doakan mentri nazri aziz ni umut dia panjang lebih dari mahathir.Biar dia tahu mcmana nak hormat org.Selama ada kuasa ni perwatakan dia mcm ketua gangster . . ."saya mentri, saya punya sukalah . . "Nak tengok dia umur 90 th.Larat tak dia naj bertumbuk dgn mahathir sekarang ni.nanti,hensem ke dia mcm mahathir sekarang ni . . .

juragan 69 said...

Peringatan juga pd lu utk statement lu yg akhir...kahkahkah tk nmpk cerdik mana pun bhai klu pndi menulis tp tidak menilai. ..oh ya ke tun bg rasuah pd wsj.. hebat2 jib ah gor ada org sehebat lu..tp rasa cam lucu lak dgn kehebatan lu..

Anonymous said...

Wahai penulis blog ini tak tau malukah anda menyokong ulil amri yg terang2an buat jenayah rasuah pencuri duit negara? Awak ingat Allah reda Kat kamu kah?oh dahsyat awak punya buta Mata hati. Anda sebenarnya pengkhianat bangsa Dan negara.sedarlah sikit jgn bangga hidup dgn memakan dedak yg sudah dimaklumi adalah duit curi drp duit rakyat berbillion2 nilainya..

 
Blogger Templates