Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, July 29, 2016

KEHEBATAN PEGUAM-PEGUAM PKR DAN DAP BELA PENJENAYAH GUNA MEDIA, HASILKAN KUMPULAN PENJENAYAH YANG BERTINDAK SEPERTI KOBOI!!!



Negara ini bukannya negara koboi. Malah sejarah koboi tidak pernah tercatat di negara ini tetapi semenjak kebelakangan ini, pesta tembak-menembak bagaikan tidak terkawal terutama sekali membabitkan pemilikan senjata api dan kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang sangat banyak serta pelbagai nama.

Ketua Polis Negara menyatakan bahawa pembunuhan terbaharu di Setapak menggunakan senjata api dan ala Mafia, bukannya membabitkan pembunuh upahan sebaliknya membabitkan persaingan antara kumpulan jenayah. Kebetulan pula, mangsa yang terbunuh adalah orang kuat salah sebuah kongsi gelap selain pemberi pinjaman atau ceti.

Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan berpendapat, pesta tembak menembak sekarang adalah hasil daripada aktiviti kumpulan-kumpulan haram. Menurutnya, terdapat lebih daripada 20 kumpulan kumpulan haram beroperasi di negara ini dan kumpulan-kumpulan tersebut sangat giat merekrut ahli-ahli baru.

Selain daripada berebut kawasan yang menjurus kepada serangan dan pembunuhan menggunakan senjata api, kumpulan tersebut turut mengutip wang perlindungan daripada orang perseorangan mahupun syarikat. Justeru, menurut bekas KPN itu, polis perlu mengambil sikap lebih serius dalam menangani kumpulan-kumpulan haram tersebut terutama sekali memburu ketua-ketua kumpulannya.

Kumpulan-kumpulan haram tersebut turut terlibat dalam perniagaan lendir dan judi.

"Sesuatu harus dilakukan untuk mengelakkan lebih ramai remaja daripada menyertai kumpulan-kumpulan tersebut," katanya lagi.

Menurutnya, rakyat Malaysia tidak sepatutnya takut untuk membuat laporan polis terhadap kewujudan kumpulan tersebut walaupun pada masa yang sama, dibimbangi tindakbalas daripada kumpulan-kumpulan tersebut ke atas mereka. Negara ini mempunyai undang-undang yang melindungi pemberi maklumat dan orang awam.

Kematian akibat pembunuhan menggunakan senjata api meningkat ketara dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini. Menurut polis, kebanyakan kes adalah melibatkan persaingan antara kumpulan-kumpulan haram.

Sudah sampai masanya, pihak berkuasa menangani masalah ini sepertimana mereka menangani masalah Parti Komunis Malaya suatu ketika dahulu. Tindakan dan hukuman perlu dijatuhkan semaksima mungkin termasuklah ke atas pemilikan senjata api dan peluru.

Manakala perlu wujud sekatan ke atas peguam-peguam yang menggunakan media untuk membela anakguam mereka yang merupakan suspek penjenayah seperti yang kerap ditunjukkan oleh peguam-peguam dari PKR dan terutama sekali DAP!!!


1 comment:

Anonymous said...

Mungkin dalam keseriusan pihak tertentu memberikan perhatian kepada Isis dan Daesh, tanpa sedar kumpulan yang lebih membahayakan keselamatan awam terlepas dari pandangan dan pemantauan. Masih belum terlambat untuk menyusun semula klasifikasi dan prioriti.

 
Blogger Templates