Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, July 29, 2016

NETIZEN MENDEDAHKAN RANCANGAN JAHAT TIGA TAN SRI JATUHKAN NAJIB GAGAL SELEPAS NAIB KETUA PEMUDA UMNO BUAT LAPORAN POLIS!!!



Pendedahan berani yang dibuat oleh Tan Khai Beng, seorang Facebooker yang umumnya dikenali ramai, terutama membabitkan pendedahannya tentang kejalangan Lim Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang. Cuma kali ini ianya membabitkan Abu Kassim Mohamed, Abdul Gani Patail dan Dr. Zeti Akhtar Aziz ekoran laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO beberapa hari lepas.

Selain ketiga-tiga Tan Sri tersebut, seorang lagi, Tun Daim Zainuddin sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku pada ulangtahun pertama kegagalan dalam cubaan menggulingkan Najib Abdul Razak pada 29 Julai 2015.

Menurut Facebooker tersebut, pada 20 Julai 2016, DOJ dan Peguam Negara Amerika Syarikat telah mengadakan sidang media berhubung wang curi dari 1MDB berjumlah USD1 bilion yang mereka akan sita dan kembalikan kepada Malaysia.

Pada 26 Julai 2016, Abu Kassim sepatutnya mengadakan majlis makan malam perpisahan yang turut dihadiri oleh Gani dan Zeti. Sepatutnya ketiga-tiga mereka akan mengadakan sidang media bersama berhubung pengumuman 20 Julai 2016 oleh Amerika Syarikat dan mereka akan mencadangkan agar Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Hari ini, 29 Julai 2016, media utama Malaysia dan media sosial/alternatif akan memberi lebih tumpuan kepada cerita yang disiarkan oleh The Guardian bertajuk, '1MDB: The Inside Story of the World's Biggest Financial Scandal' (BACA DI SINI)

Dan untuk memberikan pukulan maut kepada Najib, satu demonstrasi yang digelarkan sebagai BERSIH 5.0 akan diadakan dengan harapan, tidak kurang 250,000 orang akan merusuh di jalanraya dan bertempur dengan polis, sekaligus akan menumpahkan darah dan memaksa piha tentera mengambilalih dan kemudian mengisytiharkan darurat, sekaligus Najib akan ditunjukkan pintu keluar dengan muncung senapang di kepalanya.


Ya, Mahathir sangat yakin, sepertimana yang diulang-ulangnya berkali-kali sepanjang tahun lepas yang Najib tidak boleh digulingkan menggunakan kaedah perlembagaan atau menerusi undi tidak percaya. Itu juga yang terbukti pada sepanjang tahun lepas. Satu-satunya cara untuk menggulingkan Najib adalah menerusi apa yang digelarkan oleh Mahathir (sebelum itu Anwar Ibrahim dan DAP), KUASA RAKYAT. Justeru, mereka memerlukan 'Malaysian Spring' untuk melakukannya walaupun tidak pernah terbukti tunjuk perasaan boleh menjatuhkan mana-mana pemimpin di Malaysia, termasuklah Mahathir sendiri.

Menurut Tan Khai Beng lagi, rancangan tersebut hanya diketahui oleh lima orang iaitu Mahathir, Daim, Gani, Abu Kassim dan Zeti. Rancangan tersebut terlalu sensitif untuk dikongsi dengan orang lain seperti Kadir Jasin, Zainuddin Maidin, Syed Akbar Ali, Khairuddin dan mereka yang tidak boleh menyimpan rahsia dan merosakkan segala rancangan melalui mulut (dan jari) celupar mereka.

Namun, bertentangan dengan arahan, Daim telah memberitahu Kadir tentang rancangan tersebut dan pada 22 Julai 2016, dua hari selepas pengumuman yang dibuat oleh Peguam Negara Amerika Syarikat, Kadir Jasin membocorkan rahsia tersebut dengan mesej di atas.

Pendedahan yang dibuat oleh Kadir Jasin pada 22 Julai 2016 telah merosakkan keseluruhan rancangan yang dibuat rapi.

Kadir terlalu teruja sehingga tidak mampu menahan diri dan akhirnya mendedahkan bahawa Pilihanraya Umum tidak akan diadakan pada 2018 kerana kekacauan yang dirancang, akan berlaku dan darurat akan diisytiharkan selepas pentadbiran negara diambilalih oleh Majlis Tindakan Kebangsaan ekoran penggantungan parlimen.

BERSIH 5.0 sepatutnya menjadi 13 Mei versi kedua di mana Najib akan dipaksa meletak jawatan dengan muncung senjata. Dengan pendedahan yang dibuat oleh Kadir Jasin, semua persediaan terpaksa dibatalkan dan para PENGAMPU dan OPORTUNIS mula mengorek apa yang telah berlaku. Ketika itulah mereka 'mendapati' rancangan ulangtahun kegagalan menggulingkan Najib yang pertama Julai tahun lepas dengan pengumuman Amerika Syarikat pada 20 Julai akan disatukan dalam kekacauan demonstrasi jalanan atas nama BERSIH 5.0.

Tan Khai Beng juga merujuk kepada pemergian Mahathir ke Jakarta, Indonesia yang menurutnya pada jam 1:30 pagi pad hari Selasa, 26 Julai 2016, di Jakarta, Mahathir telah menerima panggilan dari Malaysia yang memaklumkan kepadanya tentang laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun.

Mahathir panik dan menjadi pucat. Isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, panik dan beranggapan Mahathir mungkin telah diserang oleh penyakit jantung. Sedangkan Mahathir sebenarnya baru sahaja menerima berita yang sangat merungsingkan yang dia sendiri tidak jangkakan akan berlaku.

Mahathir telah menghubungi Gani, Abu Kassim dan Zeti, tetapi ketiga-tiganya tidak menjawab panggilannya. Malahan, mereka telah menyekat panggilan daripada Mahathir selepas mereka sedar, mereka kini dalam kes siasatan dan telefon mereka mungkin telah diintip. Sudah tentu mereka enggan menghadirkan bukti yang Mahathir ada menghubungi mereka.

Isunya sekarang bukan lagi berkisar tentang cubaan menjatuhkan Perdana Menteri. Ia adalah isu jenayah yang membabitkan pengintipan dan penderhakaan. Akta Perlindungan Whistleblower 2010 tidak dapat membela perbuatan tersebut. Jadi, kesemua mereka sangat terdedah dan tidak dilindungi.

Dalam perbualannya dengan Daim, Mahathir telah diberitahu bahawa berita tersebut adalah benar. Laporan polis telah dibuat terhadap Abu Kassim, Gani dan Zeti dan ia kelihatan sangat serius membabitkan penyaluran rahsia kerajaan Malaysia kepada kuasa asing.

Mahathir kemudian bertanya Daim sekiranya dia telah memberitahu orang lain tentang rancangan tersebut. Selepas menafikannya buat seketika, akhirnya Daim mengakui bahawa dia telah memberitahu Kadir. Kadir pula pada 22 Julai 2016 telah membuat satu posting berhubung kekacauan, penggantungan parlimen, undang-undang darurat dan sebagainya.

Itu pendedahan yang dibuat oleh seorang Facebooker yang sudah pasti mempunyai mempunyai bukti serta berdasarkan kepada analisa semasa. Pendedahannya mungkin boleh dipertikaikan tetapi ianya amat menarik berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh Khairul Azwan Harun yang sudah tentu sudah bersedia dari segala segi, termasuklah saman dan tindakbalas perundangan daripada mereka yang dituduh.

Secara peribadi, admin mengharapkan ini semua sekadar teori semata-mata dan tidak menggambarkan keadaan sebenarnya. Namun pada masa yang sama, pihak berkuasa juga perlu menyelesaikan kes ini sama ada mengheret ketiga-tiga orang bergelar tersebut ke muka pengadilan atau membersihkan nama mereka daripada tercemar sekiranya terdapat bukti-bukti yang menafikan pembabitan mereka dalam pengkhianatan dan pengintipan untuk kuasa asing.


16 comments:

Anonymous said...

Sangat sukar nak dengar bitch zeti bertutur dalam Bahasa Melayu. Betina sundal tu nama je Melayu. Jiwa dia mat salleh kapir!

Anonymous said...

RASANYA INI POST MALAYSIA TODAY NYA

http://www.malaysia-today.net/mahathirs-near-heart-attack-in-jakarta/

Anonymous said...

Kihx3..berapa dapat untuk artikel ni?

Anonymous said...

Ramai sangat pemakan dedak Najib dan Rosmah,mereka tak sedar dari hari ke hari keadaan rasuah dan kehilangan duit rakyat berterusan.

Anonymous said...

Cerita Madey sudah mahu sampai penhujungnya. Pencacai2nya menunggu masa saja untuk dihapuskan. Lepas ni anaknya Mohzani akan dipancung. Kita lihat. Inilah balasan Tuhan apabila tidak bersyukur serta tidak peecaya pada kadaq dan kadar.

juragan69 said...

Bhai lu tk rasa rasa ke yg sebenar tidak percaya kepada qada dan qadar(kadaq dan kadar) adalah lu...bersyukur tk bermakna kita diam saja dan hnya berkata ooooh bila ye brim nk dpt lg...

juragan69 said...

Wow bhai...org cam lu yg mmng umno hrpkn utk mnjd benteng dn kekuatan umno selama ni...apa salah dan dosa tan sri zetty pada lu ya..dia prnh kenal ke lu sapa dan maki hamun keturunan sbgi baka 'bitch' ke hahaha hnya krn dngr org tk setup ngan presiden lu maka lu sebagai pencacai mnjlnkn tngungjwp utk maki..berckp lh bahasa apa pun seseorg itu lbh mulia dari sekadar tahu brckp melayu tp lbh hebat dgnmaki hamun...apa kata lu jaga keturunan lu mana tau kot2 ada yg benar2 memegang title 'betina sundal'...memaki tk mmbuktikn kita benar2 setia sbb ia lbh kpd mnyetujui apa yg tun kata tntng ahli umno... aku pun umno dan mash ahli umno,jgn malukn umno bhai..sbb lu lbh kpd United mohd Najib Org.

AriffSMB said...

Salam...
Bos, support sikit blog kenkawan... mohon exchange link...

http://suaramelayubaru.blogspot.com

Tq...

Anonymous said...

Mengucap dik ..mati aib kau nanti. Tak baik kau hina org macam tu. Tak kat kau nanti kat anak bini kau pulak. Kesian dik ..takyah over

Anonymous said...

Wahhhhh ...berapa banyak duit kau dapat ni bro. Sampai kafirkan org ni. Sabar bro. Taulah kau bangang dan pegangan agama pun kurang. Janganlah tuduh org sampai macam tu. Zeti ni solat bro. Kau tanya org bank negara. Kesian kau nanti. Tuhan laknat. Cara kau komen clear sangat kau sekolah tak tinggi mana. Harap kau dapat duitlah buat kerja haram ni. Dunia sekarang ni dah akhir zamab bro. Tuhan balas nanti takut bukan kat kau ..kena anak bini kau yg tak salah apa ..kesian bro

Anonymous said...

Dasyat kau bro. Kau direct betul dgn Allah taala ya. Tau bila Allah nak balas kat org. Jaga keluarga sendirilah boss. Tak payahlah tambah dosa.

Anonymous said...

Hahhaaha ..tukang repot pun penyamun besar. Kau pesan kat khairul bro kau tu bila tukar kerajaan nanti ...fail dia dulu yg kita buat. Suruh dia simpan duit utk bayar lawyer. Cerita dia kita semua tau. Sabar sikit je lagi ..taulah nasib si bro kau ni

Anonymous said...

Kalau benar,rasanya tak salah di gelar begitu

Anonymous said...

Pundek lah..

Anonymous said...

Mangkok lah ahli umno...ahli umno bkn spesis mcm kau

Anonymous said...

Apa pun keje kafir mengkafir ni bukan keje kita. Limitlah sikit fitnah tu.

 
Blogger Templates