Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, July 11, 2016

PIHAK BERKUASA INDONESIA BUAT PEMERIKSAAN KETAT KE ATAS RAKYAT MALAYSIA, RAKYAT INDONESIA DI SINI PULA MACAM AYAM DAGING BANYAK LEMAK!!!



Tindakan yang bakal diambil oleh pihak berkuasa Indonesia untuk membuat pemeriksaan ketat ke atas rakyat Malaysia dan Singapura mahupun pesawat-pesawat yang datang dari Malaysia dan Singapura, sememangnya satu keperluan untuk keselamatan negara tersebut.

Apatah lagi apabila Duta Malaysia ke Indonesia sendiri mengakui bahawa Malaysia dan Singapura adalah hab transit sebelum ke Indonesia.

Kita tidak pertikaikan langsung tindakan penguatkuasaan oleh kerajaan Indonesia.

Yang kita tidak berpuas hati ialah, mengapa Kerajaan Malaysia langsung tidak berani melakukan pendekatan yang serupa ke atas rakyat Indonesia yang berada di seluruh Malaysia, termasuklah di Kundasang, Sabah yang terletak di kaki Gunung Kinabalu.

Di Indonesia sendiri terdapat pelbagai aliran militan sama ada yang bersembunyi di dalam Gerakan Pembebasan, mahupun aliran-aliran agama yang sangat ekstrim seperti Jemaah Islamiyyah yang sangat dahagakan darah, selain kumpulan-kumpulan yang mensasarkan umat Islam untuk dikeluarkan dari anutan mereka dan menganggotai kumpulan yang popular di Indonesia seperti Fahaman Millah Abraham yang nyata sesat dan menyesatkan.

Rakyat Indonesia masuk ke negara ini, ramai yang berstatus haram. Mereka bebas bergerak ke sana ke mari, bahkan menjadikan bandar-bandar tertentu seperti Kelang, Chow Kit bagaikan tempat mereka sendiri.

Pihak berkuasa Malaysia pula terlalu jarang mengambil tindakan penguatkuasaan walaupun terlalu banyak masalah sosial yang timbul, apatah lagi sekarang ini lebih ramai rakyat Indonesia, baik yang berstatus PR mahupun yang berstatus pendatang haram, menganggur kerana tempat mereka telah digantikan dengan tenaga kerja dari Bangladesh, Vietnam dan Myanmar.

Tempat-tempat seperti Pandan Mewah, di Ampang, Pelangi Indah di Jalan Meru, Kelang sebagai contoh merupakan tempat mereka bersarang.

Jangan asyik nak bagi alasan untuk menidakkan ketidakupayaan pihak berkuasa Malaysia mengekang dan memaksimumkan ancaman daripada pendatang asing, terutama sekali dari Indonesia. Bukannya tidak ada contoh sepertimana pengawal keselamatan warga Indonesia yang menembak mati seorang pegawai bank wanita untuk melarikan wang berjumlah lebih RM400,000 tidak lama dahulu.

Kalau Indonesia boleh melakukan pemeriksaan ketat terhadap rakyat Malaysia, mengapa pula Malaysia hanya pandai mencari alasan untuk mewajarkan tindakan negara itu, sedangkan pada masa yang sama, Malaysia yang sebenarnya diancam oleh kehadiran pendatang-pendatang dari Indonesia, gagal mengambil tindakan yang serupa?


6 comments:

juragan69 said...

Knplah tun m masih mnjd PM skrg ni kan ke dh nmpk lemau dan lembik dlm mngmbil keputusan utk jaga maruah negara...aku percaya dan yakin andai najib mnjd pm@presiden umno masalah ni tk tmbul..seb baik bhai TPM yg ada lbh cekap mmnilik nasib negara dgn mncadang kn bangla sbgi altenatif..indon pun dh bersepah2 inilh masanya utk lambakan bangla,vietnam,nepal dan segalanya...pastu kita cadangkn Malaysia dilantik sbgi pengerusi asean selamanya sbb semua bangsa dh ada...negara majmuk le katakan....

Anonymous said...

Salah kerajaan dan mereka yg berkerja dibawah kerajaan. Tidor kat ofis..cukup bulan ambil gaji.

mat said...

kan org no 1 dan 2 dan kebanyakkan menteri tu asal indon. mana nak kisah kan?

Anonymous said...

Kerja jalan lancar kalau tiada gangguan terhadap fokus. Duit kopi mengalihkan fokus terhadap tugas hakiki. Selagi ada peluang buat duit kopi, selagi itulah kerja hakiki tak jalan. Kerja akan jalan bilamana fokus tidak diganggu oleh tarikan2 sampingan.

Anonymous said...

Ingatbkan zahid hamidi berani nak buat macamana dh besannya pun orang sana....lagi naik tocang warga indon..dah ckp menteri dlam negeri ni kena ganti datuk salleh kruak...baru tahu tinggi rendahnya Malaysia ni

Anonymous said...

itulah sifat kelembutan org melayu..,org luar suka pd melayu, tetapi seringkali diambil kesempatan keatas sifat ini..mana ada negara yang sanggup bagi tanahnya kpa org lain,tapi melayu sanggup bagi satu pulau kpd org lain

 
Blogger Templates