Friday, July 29, 2016

PUSINGAN KEDUA RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA LIM GUAN ENG OLEH SPRM, MEMBUATKAN DAP MAHU PRN DIPERCEPATKAN!!!



Drama di Pulau Pinang membabitkan Lim Guan Eng-DAP-PKR masih lagi berlangsung. Di peringkat Pusat, pertelagahan antara Latheefa Koya dan Tony Pua yang dikatakan sebagai 'berbincang' oleh Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Besar Selangor, juga mendapat perhatian memandangkan kedua-duanya bertelagah secara terbuka menggunakan medan sosial.

Desas-desus juga semakin kuat, Anthony Loke, Ahli Parlimen Seremban akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Justeru untuk itu, PKR perlu bersetuju dengan kehendak DAP untuk membolehkan DUN Pulau Pinang dibubarkan dan Anthony Loke bertanding di salah satu DUN di Pulau Pinang.


Pada masa yang sama, SPRM sedang melakukan 'lawatan' ke beberapa jabatan kerajaan yang berurusan dengan Jawatankuasa One-Stop-Centre Penang Island City Council (OSC) selain mengambil beberapa dokumen dari jabatan-jabatan kerajaan tersebut. Malah beberapa orang pegawai SPRM juga dikesan memasuki KOMTAR yang menempatkan pejabat Ketua Menteri. Sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa pusingan kedua tuduhan rasuah dan salahguna kuasa membabitkan Lim Guan Eng telah pun bermula.

Di Selangor, isu DEIG yang telah senyap, kembali ditimbulkan. Bukan daripada orang UMNO tetapi daripada kelompok pro-Pakatan Harapan sendiri yang anti-pentadbiran Azmin Ali. Kehilangan sejumlah besar wang bernilai RM7.65 bilion menggunakan syarikat berharga RM2, walaupun telah dinafikan oleh Azmin Ali namun penafian dan penjelasan yang dibuatnya di Sidang DUN pada Ogos 2015, menunjukkan ada sesuatu yang sedang disembunyikan.


Justeru itulah, Nurul Izzah, Naib Presiden PKR merangkap anak perempuan sulung Anwar Ibrahim cuba mencari jalan tengah dengan menyatukan semua kelompok yang bertelagah dalam Pakatan Harapan agar melupakan tentang persoalan-persoalan mereka, sebaliknya bersatu dengan isu 1MDB yang dilihat boleh menekan Najib Abdul Razak dan UMNO-BN.

Pilihanraya Negeri Pulau Pinang merupakan antara penyelamat Lim Guan Eng yang mampu difikirkan oleh DAP. Walaupun beberapa orang pemimpin DAP turut terlibat dalam mempopularkan dan memomok-momokkan tentang 1MDB tetapi kedudukan Lim Guan Eng yang terpalit dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa terutama sekali membabitkan hartanah di seluruh Pulau Pinang, mampu membuatkan DAP kembali menjadi sebuah parti yang tidak popular di kalangan masyarakat Cina.

Dek kerana itulah, DAP memerlukan satu mekanisme yang membolehkan mereka terus memegang kuasa di Pulau Pinang, sekaligus 'membetulkan' semula kesilapan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan pada masa yang sama, memastikan tabung mereka tetap penuh dan tidak terjejas kerana keyakinan yang terhakis di kalangan 'para pelabur'.

Bagaimanapun, PKR yang tahu kemenangan dan kejayaan mereka sebelum ini banyak bergantung dengan PAS, tidak yakin PRN adalah penyelesaiannya. Kebimbangan PKR bahawa mereka akan kehilangan banyak kerusi di Pulau Pinang, bertambah ekoran sambutan untuk parti tersebut semakin menipis. Apatah lagi di dalam PKR sendiri wujud peperangan sesama sendiri yang menyaksikan banyak muka-muka muda yang diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim, dicantas dan sesetengahnya dipetisejukkan.


PAN pula tidak boleh diharap walaupun di sebalik gah dengan publisiti kononnya telah berjaya merampas ahli-ahli PAS, PAN sebenarnya tidak mempunyai pengikut baru. Malah tidak mempunyai kekuatan pada peringkat akar umbi.

Di sebalik gembar-gembur tentang 1MDB dan Malaysian Official No.1, Penang Official No.1 pula nampaknya semakin gentar biarpun mendapat bantuan dan sokongan daripada bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohammad.

Mungkin kegementarannya akan semakin ketara apabila ramai pegawai Imigresen yang ditangkap kerana terlibat dalam penyalahgunaan kuasa selain pemergian satu rombongan pihak berkuasa ke Hong Kong, yang menjadi DESTINASI POPULAR Guan Eng dan Betty Chew!!!


No comments:

top