Tuesday, July 26, 2016

RAFIZI BUAT PENDEDAHAN SKANDAL RM400 JUTA AZMIN ALI? SATU GURAUAN JUGA KE?



Kita tinggalkan dan lupakan sekejap polemik laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO ke atas tiga orang Tan Sri yang didakwa berkomplot mahu menjatuhkan Najib Abdul Razak. Ada banyak isu yang boleh dibangkitkan dalam kes tersebut terutama sekali apabila mengetahui para pemimpin utama Pemuda UMNO tidak begitu berminat untuk menentang atau menyanggah sebarang serangan ke atas UMNO dan para pemimpinnya sebelum ini.

Tetapi kita bawa perhatian kepada apa yang sedang berlaku dalam PKR terutama sekali di kawasan yang dikatakan sebagai kubu kuat Rafizi Ramli walaupun kelibatnya amat sukar dilihat di Pandan. Difahamkan malah risalah-risalah tentang program tersebut telah pun bertebaran, sama ada di atas kertas mahupun dalam bentuk digital.

Forum yang bertajuk 'SKANDAL RM400 JUTA AZMIN ALI' yang bakal diadakan di Dewan MPAJ, Ampang, Sabtu ini melibatkan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, Pengarah Eksekutif C4 Centre, Cynthia Gabriel dan Pengarah Eksekutif NOW, Akmal Nasir, telah pun diiklankan dan menarik banyak mata.


Setakat ini, belum dapat disahkan lagi kewujudan program tersebut. Rafizi Ramli pun dah lama hilang suara walaupun dia cuba muncul kembali dengan fitnahnya ke atas Lembaga Tabung Haji. Belum ada mana-mana pengesahan daripada pihak rasmi PKR.

Rafizi sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi dengan menyerang pentadbiran Azmin Ali yang disifatkannya sebagai penuh dengan perasuah wang dan wanita. Kes tersebut telah dibawa ke pengetahuan SPRM dan hasilnya adalah penangkapan seorang pemimpin kanan PKR Selangor yang pernah menjadi Ahli Parlimen Kapar.

Harap-harap ianya bukanlah satu gurauan semata-mata bagi menarik perhatian dan kemudian muncul alasan-alasan klise seperti menuduh UMNO yang mencipta fitnah ke atas Rafizi dan PKR. Apatah lagi semakin deras kedengaran ura-ura DUN Selangor juga akan dibubarkan bersama-sama DUN Pulau Pinang bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Negeri yang baru.



3 comments:

Anonymous said...

Allah punya kuasa akhirnya bergaduh sama sendiri.

Anonymous said...

PEMUDA UMNO TENGAH TERCARI CARI TELOR YANG TERCICIR ENTAH KAT MANA.

Anonymous said...

UMNO selangor ada pemimpin yang kenyang dng duit rasuah dari assmin....maklum la 2 ringgit company telan 32 syarikat GLC selangor 32 billion... umno selangor buat tatau....

top