Tuesday, July 26, 2016

REALISASIKAN ILTIZAM ANDA UNTUK MELAWAN LGBT DAN ANTI ISLAM YANG MENGGUNAKAN WAJAH DAN BATANG TUBUH SEORANG WANITA MELAYU!!!



Ramai tahu mengenai perjuangan sahabat kita, Azmi Arshadyang sering menentang cubaan menterjemahkan Islam mengikut selera dan nafsu mereka.

Ini termasuk kolumnis media haluan kiri, NGO liberal yang mahukan Islam di Malaysia mengikut acuan mereka, iaitu lebih liberal dan dalam ertikata lain, tersasar daripada kehendak dan ajaran Islam itu sendiri.

Pada Mei lalu, jurucakap kumpulan G25, Noor Farida Ariffin memfailkan saman terhadap Azmi berikutan kelantangan Azmi menentang kumpulan itu.

Mufti Kedah juga pernah dengan tegas menyarankan agar G25 itu dimansuhkan malah meminta ahli kumpulan G25 perlu segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan berpandukan Al-Quran dan Sunnah memandangkan 'telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan hukum Allah SWT'.

http://www.astroawani.com/…/mansuh-kumpulan-g25-mufti-kedah…

Kumpulan ini juga pernah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dimansuhkan.
http://www.mynewshub.cc/2015/12/09/166149/

Kumpulan yang sama juga pernah dianggap sebagai sesat:http://klxpress.com.my/…/9798-kumpulan-g25-sesat-lagi-menye…

Kos perundangan dalam sesuatu kes sivil bukan murah. Tetapi ia tidak menjadi beban buat Azmi kerana kami tahu kita semua turut menyokong perjuangan beliau.

Sokongan yang kita hasratkan selama ini melalui posting yang dimuatnaik Azmi, mungkin dapat diterjemahkan melalui sumbangan kita bagi membantu meringankan beban kos perundangan, peguam dan mahkamah.

Sumbangan ini satu solidariti. Sumbangan ini satu sokongan. Kita bersama Azmi Arshad. Kita hendak katakan, Azmi tidak berseorangan dalam perjuangan yang sama.

Moga sokongan ini memperoleh sebaik baik kebaikan daripada Allah SWT.

Maklumat di poster. Kongsikan.

Jazakallah.

Ditulis bersama antara Sabri Daniel dengan Firdäus Kadër


No comments:

top