Sunday, July 3, 2016

SECIKAI-CIKAI PELAWAK MALAYSIA, MEREKA TIDAK CUCI JAMBAN DAN TIDAK JADI LUBANG JAMBAN MACAM SEORANG PELAWAK SINGAPURA TU!!!



Berbeza dan amat jauh bezanya antara pelawak Melayu Malaysia jika ingin dibandingkan dengan pelawak Melayu Singapura.

Di Singapura, pelawak Melayu tidak akan mampu menjadikan Perdana Menterinya sebagai subjek hiburan. Jauh sekali menjadikan dasar kerajaannya sebagai bahan satira. Dalam sejarah Singapura, belum ada. Yang terjadi baru baru ini adalah seorang V-log atau Video Blogger yang menghina Lee Kuan Yew tetapi berakhir dengan pendakwaan segera.

Di Singapura, pelawak Melayu adalah artis kelas ketiga, kalau ada show maka upahnya mampu bertahan untuk 2 atau 3 hari dan akan kembali kepada kerja hakikinya samada pencuci jamban pejabat yang tiada Melayu di dalamnya sebagai staf atau kerja di kedai-kedai makan non halal serta restoran muslim bukan milik mamak. Kalau ada rezeki lebih, dia mungkin akan diambil secara tetap oleh mana-mana stesen yang hidup dengan pembiayaan ahli atau parti politik.

Di Singapura, pelawak berbangsa Melayu tidak akan mendapat tempat di stesen TV utama negara tersebut. Paling kuat, mendapat tempat di stesen yang hidup dengan 'pancaran youtube'. Itu sebabnya pelawak Melayu Singapura yang dikatakan asalnya dari Melaka itu terpaksa menyebarkan sendiri lawak bodohnya dalam usaha menghina Perdana Menteri Malaysia kelmarin. Mungkin itu juga antara sebahagian perjanjian skop kerja, lawak yang disusun skripnya dan wajib menyebarkan sendiri hasil lawak bodohnya itu.

Di Malaysia, pelawak Melayu diajar dengan adap sopan, bahan lawak untuk membina generasi seterusnya. Paling ketara, di Malaysia pelawak Melayu tahu makna "bersyukur selalu" dengan pemberian rezeki yang melimpah dari Kerajaan yang perihatin kepada semua golongan. Lupa, di Malaysia pelawak Cina juga boleh cari makan setanding dengan pelawak Melayu Malaysia.

Mungkin di Singapura, itu sahaja cara untuk terus dapatkan dedak bagi seorang yang bergelar pelawak Melayu!



7 comments:

Anonymous said...

FUCKED FACE

Anonymous said...

Setahu aku kerja2 cuci jamban, cuci longkang, kutip sampah semuanya diimpot dari Malaysia. Buruh2 kat Singapore tu tak ada pun org tempatan. Org Malaysia ni rela menjadi buruh dan mencuci najis org Singapore sbab kat Malaysia susah nak hidup kerana kekurangan pekerjaan sbab semua hasil negara dah dicuri oleh Perdana Menteri dan puak2nya.

juragan69 said...

Hahaha...apalagi saman je..tk tuan maka dipersilakn sesiapa yg terasa 'kesucian' presiden tersuci utk buat repot...alah bknnya susah pun buat repot je...sapa betul sapa salah blh kawtim cuma yg peliknya yg empunya badan tk kisah pun sbb yg pnting ada pencacai tlg cover...ini mesti salah tun m...

Anonymous said...

Cakap Mayday tak laku, kini nyawa pembangang bergantung pada lawak bodoh untuk jadi modal ke putrajaya? Fuh apa punnya class da.

Anonymous said...

Seseorang itu boleh di kritik fizikal, tabiat, emosi dan polisinya tetapi menuduhnya perogol, pencuri, peliwat, perasuah walhal perbuatan tersebut belum di bawa ke muka pengadilan atau di dapati bersalah makanya pertuduhan sebegitu adalah satu fitnah tingkat tertinggi. Ianya sia sia ketana akhirnys pihak yang difitnah tidak jadi apa apa, pihak pemfitnah pula jadi rakan sebilik perogol, peliwat dan perompak.

Anonymous said...

Pelawak Melayu Singapura cari makan, kerana pekerjaan lain di kilang-kilang Singapura semua pelabur asing import warganegara Filipina, Myanmar, Cina national, Vietnam jadi pekerja kilang, jadi ramai orang Melayu Singapura tidak dapat kerja.
Terpaksa jadi pelawak untuk cari makan. Goh Chok Tong (Mantan PM Sg) dan 'Lonjong" Singapura mahu mengurangkan kemiskinan di Negara ASEAN, jadi, mereka benarkan pelabur asing mengambil pekerja dari Negara di atas.
Seolah pepatah Melayu berkata,"Kera dihutan disusukan, anak sendiri ditinggalkan."

Apa nak jadi pemimpin ahli politik Melayu Singapura? Tutup muka sebelah, buat pekak badak, asalkan angka simpanan bank masing-masing bertambah penuh setiap tahun, buat apa nak fikirkan nasib orang Melayu Singapura? Mereka tak kesahkan nasib generasi Melayu akan datang,apa lagi nak difikirkan 'nasionalisma'? Parahlah orang Melayu akan datang.

Johan said...

Jangan segan untuk mengaku diri sendiri...ha ha

top