Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, July 27, 2016

SEKALI LATHEEFA KOYA SUDAH MEMBONGOKKAN TONY PUA YANG TAK FAHAM-FAHAM BAHASA DAN ADAB!!!



Asal kehendak DAP sahaja, PKR mesti kena ikut. Kalau tak ikut, mulalah cop macam-macam. Tapi kehendak PKR kalau tak diikuti oleh DAP pula, keputusan DAP tidak perlu dipertikaikan kerana ianya adalah 'keputusan bersama kepimpinan utama DAP'. 

Dengan kata lain, DAP cuba berlagak sebagai Kepala Kongsi Gelap yang wajib dipatuhi tetapi tidak boleh dicabar. 

Barangkali kerana itulah, hari ini, Latheefa Koya membidas dan menyelar Tony Pua yang cuba menjadi Maharaja Kecil Selangor. 

Katanya, DAP sentiasa berpusing-pusing dan memberikan pelbagai alasan yang berubah-ubah mengapa mereka mahu adakan Pilihanraya Negeri Pulau Pinang.

Aneh juga, takkanlah Latheefa Koya tidak tahu dan tidak maklum tentang perangai tipikal DAP itu. Sama macam Lim Guan Eng jugalah yang kerap berpusing-pusing, berputar belit, menyalahkan orang lain dan mendewakan diri sendiri apabila memberikan jawapan kepada Menteri Kerja Raya  mengapa dia tidak dapat menghantar kajian kebolehlaksanaan bernilai RM305 juta selepas 2 bulan dan selepas 4 peringatan diberikan.

Kalau sesama sendiri pun sukar nak faham, DAP nak sembang apa tentang perjuangan mereka kononnya untuk Malaysia? Sedangkan yang kelihatan dan terbukti sekarang adalah perjuangan untuk DINASTI LIM.

Dalam reaksinya kepada ketua DAP Selangor, Tony Pua, Latheefa Koya berkata, partinya tidak boleh dipersalahkan sekiranya sekutu pakatannya gagal mendapatkan persetujuan mereka. Latheefa Koya turut mempersoalkan, pihak manakah yang mula-mula membuat pengumuman tentang Pilihanraya Negeri selepas butiran tersebut dibocorkan kepada media.

"Siapa yang mengumumkan secara unilateral tentang kematian Pakatan Rakyat? Siapa yang mengumumkan tentang pembentukan Pakatan Harapan, semuanya kepada media sebelum keputusan akhir dicapai," kata Latheefa Koya. 

"Don't strip first and then complain about being left naked," katanya di dalam posting di Facebook.

Sebelum itu, Tony Pua menulis di Facebooknya tentang mereka yang membiarkan rakan-rakan Pakatan mengharungi masa-masa sukar. Bagaimanapun, dia enggan menyatakan sama ada dia merujuk kepada PKR yang masih berpendirian, Pilihanraya Negeri Pulau Pinang adalah satu langkah tidak bijak dan enggan bersetuju dengan kehendak DAP. 

Latheefa yang juga mengetuai biro perundangan PKR turut menyentuh tentang alasan-alasan untuk mengadakan pilihanraya negeri yang kerap berubah-ubah. 

"Mula-mula dikatakan untuk mendapatkan mandat daripada rakyat (agak aneh kerana anda kerap menegaskan bahawa anda tidak pernah kalah). Kemudian anda kata ianya bukan tentang dakwaan rasuah dan salahguna kuasa pemimpin anda (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng). Dan sekarang anda mengatakan, pilihanraya tersebut adalah tentang referendum menentang Najib berdasarkan kes terbaru membabitkan pendedahan DOJ Amerika Syarikat. 

"Mungkin anda perlu menetapkan pendirian dan fikiran terlebih dahulu dan kemudian menerangkan kepada kami dan meyakinkan kami," katanya tanpa menyentuh tentang DAP atau pun Tony Pua.

Ironinya, Latheefa Koya boleh bercakap, menghentam apa-apa sahaja tetapi akhirnya PKR akan terpaksa menurut kehendak DAP dan Lim Guan Eng. PKR pun bukannya bagus mana... terlalu lemah apabila digertak oleh DAP dan Tony Pua.

Tunggu Tony Pua tunjuk gigi arnabnya kepada Latheefa Koya, tidak lama lagi, Latheefa Koya akan terdiam dan Azmin Ali akan meminta maaf kepada Tony Pua secara diam-diam.

Dah banyak kali sangat dah berlaku!!!


3 comments:

Anonymous said...

PAS sudah lama kena hentam, bully, hina, fitnah oleh parti rasis gangster. Itu pasal PAS angkat kaki dan belah, putus dengan parti rasis tu. PKR baru nak komplen ke? Selama nie Nampak macam bagus jer? Rakyat Selangor tahu DAP banyak pulas Azmin dengan macam2 kehendak DAP. Semasa TSKI jadi MB DAP rasa susah nak "makan". La nie Azmin menikus.....PKR nak baut apa sekarang?

Anonymous said...

Mana Amanah, kesian 3M. Mereka seolah-olah tidak ujud atau tidak signifikan dalam konteks PH?

Anonymous said...

Latheefa Koyak marahkan gambar Tony Pua yang ditampal didinding je. Berani dia marah berdepan? Nanti dapat surat cinta dari Tony, mesti setuju punya.

 
Blogger Templates