Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, July 13, 2016

SIKAP PENGECUT AHLI-AHLI UMNO A.K.A MELAYU, HANYA BERANI TERHADAP PEMIMPIN MELAYU DAN KERAJAAN!!!



Seronok tengok situasi politik di negara ini. Lebih-lebih lagi apabila kita boleh membuat perbandingan antara parti-parti pembangkang dengan parti-parti kerajaan yang diterajui oleh UMNO.

Berbanding parti-parti politik lain, UMNO adalah parti yang paling banyak mengumpulkan ahli. 3 juta daripada 30 juta rakyat Malaysia. Bermakna 10% rakyat Malaysia secara keseluruhannya adalah ahli-ahli UMNO.

Populasi Melayu-Bumiputera di seluruh negara tertumpu pada kawasan-kawasan luar bandar dan pinggir bandar. Dan sekalipun, ramai Melayu-Bumiputera tinggal di bandar, jumlah mereka adalah minoriti berbanding kaum Cina.

Sekalipun secara harfiahnya, pemegang kuasa politik di Malaysia adalah Melayu-Bumiputera, tetapi hakikat sebenarnya, kuasa politik Melayu-Bumiputera tidaklah sekuat mana. Bukan kerana kuatnya tekanan dan pemburuan kuasa daripada kaum-kaum lain, tetapi selain daripada sekadar menjadi ahli parti tetapi tidak mendaftar dan berminat untuk mengundi, Melayu-Bumiputera juga secara majoritinya mengambil mudah semua perkara, termasuklah tidak menggunakan otak untuk berfikir sebaliknya sekadar menjadi penyambung lidah dan lisan pihak lain. Ditambah pula dengan kuasa ekonomi yang hanya dipegang oleh sebilangan Melayu-Bumiputera yang diberi tongkat tetapi berasakan mereka tidak perlu bertanggungjawab terhadap Melayu-Bumiputera yang lain dan secara majoritinya dikuasai oleh bukan Melayu-Bumiputera.

Amat menarik apabila kita melihat bagaimana bersungguh-sungguh para penyokong DAP mempertahankan dan membela para pemimpin mereka. Lim Guan Eng yang diheret dan didakwa di mahkamah atas dua tuduhan rasuah, dikatakan telah dianiayai oleh BN walaupun ketika melakukan perbuatan tersebut, tiada mana-mana pemimpin BN pun yang menjadi rakan kongsi Lim Guan Eng. Malah tiada juga muncung senapang atau mata pisau diletakkan di batang tengkuknya, memaksanya untuk melakukan rasuah dan salahguna kuasa.

Begitu juga dalam kes yang melibatkan Nga Kor Ming. Tidak sahaja para pemimpin DAP seperti Teresa Kok membela, malah ahli-ahli DAP juga bergotong-royong memberikan alasan yang dirasakan paling wajar termasuklah spin fakta dengan menyalahkan pihak lain dan akhirnya yang salah tetap UMNO.

Berbeza pula dengan apa yang berlaku kepada UMNO dan para pemimpin BN. Yang menyerang bersungguh-sungguh, bukannya orang lain tetapi kaum dan ahli sendiri. Daripada alasan-alasan yang dirasakan wajar, sehinggalah alasan paling tidak wajar dan tidak masuk akal seperti yang dilakukan oleh para penyokong Protun a.k.a PAKATUN.

Ironinya, jangan haraplah mereka ada TELUR dan KEBERANIAN untuk menyerang DAP khususnya.

Menjadi Melayu-Bumiputera di negara ini amat mudah... nak apa-apa, merahang menganga dan melalak. Kalau boleh nak makan pun, hanya cakap dan selepas itu, segala-galanya disuapkan sampai ke dalam perut. Kalau tak dapat, serang, cerca dan buatlah fitnah terhadap para pemimpin Melayu-Bumiputera. Gunalah alasan salahlaku, salahguna kuasa, rasuah dan sebagainya, tetapi sampai ke hari ini, tetap juga tidak ada pemimpin Melayu-Bumiputera yang diheret ke mahkamah atas segala tuduhan tersebut sekalipun di dalam media sosial, berlambak-lambak hakim dan juri wujud, lengkap dengan segala bukti dan mehnah yang lain.

Cuba tengok, bukankah yang membuat pelbagai tuduhan, yang mengaku ada bukti tetapi sehingga sekarang tetap tidak ada apa-apa, yang hanya sembang hebat dan yang membuat nujum pak belalang, bukankah Melayu-Bumiputera?

Antara kritik, teguran, fitnah dan tohmahan, semuanya telah menjadi satu. Fitnah telah dijadikan sebagai kepercayaan utama. Pada ketika apa-apa sahaja yang dikatakan oleh para pemimpin DAP dan pembangkang yang lain dipercayai sepenuhnya dan diterima tanpa banyak soal, Sedangkan pada masa yang sama, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan para pemimpin UMNO dan Kerajaan, semuanya buruk dan salah belaka.

Untung sangatlah menjadi pemimpin DAP. Buatlah apa-apa pun, mereka akan terbela dan dipertahankan. Malang sungguh jadi pemimpin BN dan UMNO. Buatlah baik macam mana pun, mereka tetap akan dicop RASUAH dan PEROMPAK!


10 comments:

Unknown said...

Ayooooo....benda remeh ko perbesar-besarkan!!!
Bukan melibatkan ekonomi negara pun atau mencuri duit rakyat.
Lainlah Kalu si Kor Meng ni curi duit Tabung Haji or ASB,
masuk dalam akaun pribadi dia, barulah boleh bangkit.
Ni menda kecik pasal duit raya!
Adehhhhh.........bongok betul otak umno totok ni.
Or, ini blogger PIS ke......?????

Anonymous said...

Sikap pengecut satu hal yang paling terok ialah sikap pemakan dedak dari Si Lanun Bugis!!

Ahli2 UMNO sekarang Memang spesis Musibat Agong!!!!

Anonymous said...

Di label Rasuah, Perompak......errr yang sebut sifat munafiq tuh siapa ekkk?

Yang kata Tunggu Audit siapa ekkk?

Yang Janji Audit dan Siasatan siapa ekkk???

Yang kata bodoh kalau nak songlap duit masuk Account Peribadi dalam negara siapa ekkkk????

Yang kata 1MDB tiada masaalah siapa ekkk???

Yang kata Good Star bukan milik Jho lo siapa ekkkk????

Yang menipu di Parliament kejap Cash bertukar jadi Units....siapa ekkkk???

Tuan punya badan Penyamun, Penipu temberang pecah dah pun masih nak kelentong......??????

Tak kan lah AG-Ambrin Buang menipu dan BNM kata Good Star milik perseorangan Jho lo tuh nak putar alam kut!?

LGE biar dia jawab kat Mahkamah, Lanun no. 1 sembunyi celah kuasa perdana menipu apa cer?????

Cahaya Al Majid said...

Rm42 juta masuk akaun Najib tak salah juga ke?

Anonymous said...

Memang orang Melayu bodoh. Percaya pada orang yang munafiq. Percaya bulat2 pulak tu. Bukan nak siasat dan semak dulu. Terus percaya. Melayu ni dah jadi zombie bertuankan mainan licik DAP.

Anonymous said...

Kita kan ada undang2. Bawa saja kes Guan Eng dn Kor Ming ke mahkamah. X payah nak spin banyak2.

ex pengundi umno said...

Laporan audit negara pasal 1mdb kenapa OSA kan?Padahal dulu najib janji akan didedahkan pada umum dan jangan percaya pada blog selagi laporan audit tak keluar.Bila dah keluar diOSA kan pulak.Takut kebenaran terserlahlah kan?

Penyelewengan berpuluh billion wang rakyat orang umno diamkan?Ini Melayu jenis apa ni?Jenis barua ke jenis bodoh teramat bodoh?Satu dunia ketawakan kebodohan rakyat Malaysia terutama orang Melayu sebab tak buat apa2 bila pemimpin no 1 sapu duit berbillion2.Kalau berlaku di luar negara pasti sudah berlaku rusuhan besar2an menuntut supaya keadilan ditegakkan tetapi orang Melayu umno aman2 saja macam pak pandir.

juragan69 said...

Bhai tfk lu dh mcm menepuk air didulang atau meludah ke langit...lu punya serang tun m dh mcm tun m pernah Cuba 'meliwat'lu..hnya kerala tun MANTAN maka hilang segala hormat kpd beliau.. apakah tun hilang kelayakkn sbgi rakyat utk bersuara atas apa yg dia percaya dan apa yg dia yakin...
pemimpin pmbangkang yg sah2 menentang umno@melayu/islam pun lu masih ada rasa hormat ttp dgn tun seolah2 tkda hari lg..seolah2 tun telah berdosa sngt bila menentang boss lu...kahkahkah klu mkn dedak pun jgn tunjuk sngt...berani kerana benar bhai...

Anonymous said...

juragan69... lu punya puja Mahathir macam Mahathir jilat lubang punggung lu. Hanya kerana Mahathir mantan, tak semestinya dia boleh balun sana sini sesuka hati dan tak boleh dibalun balik, sedangkan tujuan mantan tu adalah untuk membela vincent tan, francis yeoh dan beberapa orang kroninya saja.

kalau pertahankan kerajaan hari ini dikatakan makan dedak, lu yang beria-ia menentang pulak, makan bangkai ke?

Anonymous said...

Kesian pada penulis ni.Buatlah kajian budaya umno & dap.Nilai peribadi pemimpin2 dan ahli2nya.Sapa pun yg memerintah biarlah jujur, amanah dan tidak berdolakdalik.Kalau terus tetap jadi tuan,tetapi tidak beriman kepada Allah SWT, tidak bermakna juga.Redha Allah sangatlah penting dalam hidup kita ini.

 
Blogger Templates