Tuesday, July 26, 2016

SUNGGUH ANEH!!! NAJIB YANG JAHAT MINTA ANAK TIRINYA BELA DIRI DAN BUKTIKAN KEBENARAN, MAHATHIR PULA BERGABUNG DENGAN KIT SIANG, MAHU GULINGKAN NAJIB SEBAB ANAK MEREKA BERMASALAH KEKALKAN KUASA!!!



Tahun 2013, berbekalkan semangat tahun 2008, DAP yang mengetuai Pakatan Rakyat sangat yakin, mereka akan mampu merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional, gabungan parti pelbagai kaum dan agama yang diketuai oleh UMNO menerusi PRU-13. Lebih meyakinkan lagi ialah penyaluran dana-dana yang sangat besar untuk tujuan tersebut kepada DAP dan sekutunya apabila taukeh-taukeh besar yang rata-rata memperolehi projek daripada kerajaan, berasakan UMNO dan Barisan Nasional sudah tidak ada harapan untuk mengekalkan momentum kemenangan buat kali ke-13 berturut-turut menerajui kepimpinan negara, berasa lebih selamat menyokong DAP dan sekutunya berbanding Kerajaan sedia ada.

Taukeh-taukeh konglomerat tersebut tidak berselindung-selindung menyatakan sokongan mereka kepada DAP dan sekutu-sekutu. Mereka yang suatu ketika dahulu menetek bahkan makan bersuap dengan kerajaan, terutama pada sepanjang zaman pentadbiran Mahathir, menganggap mereka akan lebih beruntung sekiranya memberikan lebih sokongan kepada DAP dan rakan sekutunya dalam bentuk kewangan dan moral.

Keyakinan DAP semakin menebal kerana beranggapan, UMNO sudah muflis tanpa sokongan kewangan daripada taukeh-taukeh konglomerat tersebut. Ini adalah kerana, dana politik UMNO dan Barisan Nasional pada zaman Mahathir datangnya daripada taukeh-taukeh ini yang dibalas dengan projek-projek dan konsesi-konsesi tidak masuk akal yang menjana keuntungan beratus bilion untuk mereka sahaja tetapi pada masa yang sama, rakyat terpaksa membayarnya untuk jangka masa yang sangat panjang, menjadikan poket rakyat sentiasa kontang walaupun barangan dilihat murah dan mudah diperolehi.

Dana yang mencurah-curah termasuklah dari luar negara yang tidak berani diperakui dan diminta siasat oleh DAP, kempen-kempen agresif yang tidak tertangkis oleh pasukan UMNO-BN, masalah dalaman UMNO dan parti-parti gabungan dalam Barisan Nasional terutama sekali melibatkan MCA dan MIC, trend kebencian terhadap UMNO-BN dan Najib Abdul Razak menerusi pelbagai isu sensasi, semangat yang sangat rendah di kalangan orang UMNO dan Barisan Nasional selain pengkhianatan dalaman seperti yang melibatkan Muhyiddin Yassin dan cukong-cukong Mahathir yang berselindung di dalam UMNO, sepatutnya memberikan kemenangan besar kepada DAP dan rakan sekutunya.

Bagaimanapun, keputusan PRU-13 masih lagi berpihak kepada UMNO-BN walaupun pada masa yang sama, bilangan kerusi Parlimen milik UMNO-BN menurun dan undi popular juga hilang daripada penguasaan UMNO-BN.

Ada sedikit reaksi yang bolehlah dikatakan agresif daripada Najib Abdul Razak setelah sekian lama menjadi seorang lelaki budiman yang sangat lembut dan berlapang dada walaupun dituduh melakukan pembunuhan dan terlalu akur kepada kemahuan isterinya selepas PRU-13.

Namun apabila berita tentang pengambilalihan beberapa IPP yang sebelum ini telah menjana pendapatan bersih dan atas angin untuk empat orang kroni utama Mahathir bernilai berpuluh bilion selain pengurangan pemberian tender dan projek untuk kroni-kroni yang sebelum ini menjadi Maharaja Kecil Malaysia atau lebih dikenali di kalangan para PEJUANG REFORMASI 1998 sebagai kelompok SUPERBUMIPUTERA yang mendapat keistimewaan luar biasa daripada Mahathir, masalah lebih besar mulai dicetuskan.

Bermula daripada cerita tidak puas hati kerana pengurangan dan pemotongan keistimewaan tersebut, sehinggalah keengganan pemberian projek kepada salah seorang cukong yang diketahui cukup berminat dengan dunia glamour dan botox yang menggagalkan penebusan hartanah mewahnya.

Kemudian melarat pula kepada anak dan proksi di dalam UMNO yang akhirnya menyaksikan Mahathir melenting besar dan bermulalah drama melibatkan Xavier Justo yang akhirnya ditahan, dibicarakan dan dihukum di Thailand, mendedahkan tentang satu konspirasi besar demi mengekalkan konsep PENSWASTAAN NEGARA dan kelangsungan kekayaan kroni dan nepotisme.

Lagu Najib akan ditangkap dan dibicarakan oleh negara asing, kembali dikumandangkan. Aduan yang diambil tindakan siasatan oleh DOJ Amerika Syarikat, dicanangkan sebagai tindakan hukum jenayah ke atas Najib dan 1MDB yang banyak menyusahkan cukong dan kroni.


Dan Amerika Syarikat yang dahulunya dipandang sebagai syaitan besar, dengan media-medianya pula sentiasa dikatakan menyebarkan dakyah jahat terhadap Mahathir dan negara ini terutama ketika pendedahan tentang kepincangan, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pentadbiran Mahathir selain campurtangan terhadap siasatan Biro Penyiasatan Rasuah (BPR) seperti yang berlaku dalam kes Perwaja Steel dan Eric Chia, kini menjadi THE SAVIOUR dan MESSIAH bagi menyelamatkan kelompok tertentu di negara ini.

Tatkala Najib mengarahkan anak tirinya, Riza Aziz membela diri bersama-sama empat orang lain yang dinamakan oleh Amerika Syarikat sebagai 'pencuri' dan penggubah wang haram melibatkan dana 1MDB, Mahathir dan Lim Kit Siang pula bangkit mencetuskan gelombang penggulingan Najib Abdul Razak kerana membela anak-anak mereka, Mukhriz Mahathir yang kehilangan kuasa di Kedah dan Lim Guan Eng yang sedang berhadapan dengan kes rasuah melibatkan tanah dan banglo mewahnya yang dibeli menerusi kaedah yang disyaki rasuah dan salahguna kuasa.

Apa kesudahan daripada semua drama ini?

Para penjilat, pengampu dan cukong Mahathir hanya mampu meratibkan DEDAK! DEDAK! dan melabelkan mereka yang tidak sependapat dengan mereka sebagai penjilat Najib apabila mereka tidak mampu membela Mahathir dan kelangsungan perbuatan jahat serta khianatnya semenjak belum berkuasa sebagai Perdana Menteri lagi.

Malah ada yang lebih teruk melakukan escapisme dengan mengalih kepada Tuhan dan agama hanya semata-mata tidak mahu mengalah dan motif mereka dipersoalkan.


14 comments:

mohd azren said...

Kepala buto. Dah terhantuk baru tergasah

juragan69 said...

Maknanya bhai...mmng anak tiri pemimpin teragung lg suci bani melayu kafilah najib terlibat dgn 1mdb lah ya...ohh gitu kisahnya...Ttp persoalannya tkkn lh pemimpin sesuci najib amalkn krronisme...cukup2lh mantan pm@ presiden umno buat jenayah semasa era beliau mmbodohkn semua pemimpin,ahli serta para blogger yg mnyanjung beliau waktu itu..lu tk sokong dia kn bhai sub mana ada blogger secerdik lu di alam cyber ni.. .tk kisahlh bhai wlupun dibongkar dan terbongkar setelah berpuluh tahun..sbb ada juga manusia yg cerdik tp 'lembab'...nk tnya lu bhai tun m menentang najib sblm atau slps anak dia dipecat dari jawatan mb...

Anonymous said...

apa yang kau merepek ni bangang..pinjam kata rosmah pd najib

Anonymous said...

Sudah2 la ko backup umno. Aku yg sokong umno pun dh naik meluat. Tk habis2 cite pasal tun m. Sekurangnya zamn tun dulu tkda la hidup susah mcm skrg. Podahhhh..

Anonymous said...

Penkhianat negara 1 hal... hak yg lansung tak boleh bertolak ansur lagi... malah perlu lancarkan jihad pada puak yg menglacurkan iman dan akidah umat islam melayu khasnya sbb puak ini bersama bersekongkol dng melayu pluralist murtad... syiah... komunis DAP evangelista...lgbt dan gay.... tak ksn nak hulur tengkuk bersekutu dng puak murtad ini...

Anonymous said...

official 1 tu siapa ye?

Anonymous said...

haha... ni lawak

Anonymous said...

Kenapa kau tak ada kepala butuh ke?

Anonymous said...

Siapa kata tak ada susah. 3 kali ekonomi Malaysia merudum. Dulu gaji penjawat awam tak naik, pekerja swasta ada yang kena potong 20-50%. BR1M tak ada. BLR naik. Berapa banyak orang yang bankrap. Pasar Ramadhan tak ada orang. Raya ada yang tak balik kampung.

Gawat tahun 1999 sampai Pak Lah jadi PM pun tak selesai. Mamak tu lepas tangan je. Sekarang dah OK sikit nak boboi dia jadi PM.

Jangan main cakap he.

Anonymous said...

Itu yang buat Mahathir marah pada hambanya Khairuddin kerana gagal meyakinkan DoJ bahawa Malaysia Official 1 adalah Najib. DoJ pun bukan bodoh macam mamak tu. Maka MO1 bukanlah Najib. Kalau Najib, baik dah dinamakan bersama-sama dengan three stooges tu. Gunakan common sense sikit human kepala lutut.

Anonymous said...

Sembang kencang. Kasi setel hal 1mdb dulu baru dtg sembang. Cittt porahhh..

Anonymous said...

-logiknya…
kalau nk jatuhkan najib dan ada bukti yg sah..
tidakkah che det dan pembangkang or rafizi dah lama dedah bukti yg ada..
38 bulan kot.. nk tgu apa lagi utk dedah bukti tu???
Dan tak perlu guna proksi USA.. kat malaysia pun cukup..
Fikir2 kan la..

Anonymous said...

sape kate tak susah. aku kerja kilang nak beli kapcai pun susah. cukup makan pakai jer. cer tengok budak kerja kilang sekarang. sekurang2nya ade kete kancil. sembang jangan lebih.....

Anonymous said...

kat amerika doj rakyatnya gelar fucking retard. manaktun hantar dua ekor fucking bastard menyembah lutut pakcik sam. kan dah poning sape si oficial 1 tu. macai2 dah gila babi meneka siape itu orang. silap2 kalau tak naik nama najib...naik nama mamaktun. baru padan muka.....

top