Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, July 3, 2016

TAHNIAH RAFIZI KERANA MENEMPAH PENJARA SELAMA TUJUH TAHUN... BYE BYE AND FAREWELL, SUTUNG!!!!



Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa laman web www.rafiziramli.com yang mengandungi paparan dokumen rasmi berhubung laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad(1MDB) adalah milik Setiausaha Agung PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Mohd Zamiri Sanim, berkata paparan dokumen rasmi berhubung laporan akhir yang dimuat naik di laman web tersebut bertajuk ‘Laporan Ketua Audit Negara Ke Atas 1MDB.

Beliau berkata SKMM menjalankan siasatan pelbagai peringkat, termasuk melakukan semakan di syarikat telekomunikasi dan Jabatan Pendaftaran Negara, sebelum memastikan laman web itu adalah milik Mohd Rafizi, 39.

Mohd Zamiri, 35, berkata dia menerima permohonan daripada pegawai penyiasat, Supt R. Rajagopal dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (Bahagian Korporat), Bukit Aman, untuk menjalankan siasatan terhadap laman web tersebut pada 11 April lepas.

Katanya semakan dilakukan selepas beliau menemui beberapa perkara di laman web itu yang memerlukan siasatan lanjut seperti nombor telefon dan alamat email yang tertera.

“Selain itu, saya juga memperoleh maklumat lanjut berhubung beberapa pautan dalam laman web itu seperti laman sosial Facebook di mana selepas dianalisa ia juga adalah kepunyaan Mohd Rafizi,” katanya pada perbicaraan hari ketiga kes Mohd Rafizi yang didakwa memiliki dan mendedahkan dokumen rasmi berhubung laporan audit 1MDB.

Saksi pendakwaan ketiga itu berkata beliau menyerahkan laporan siasatan dan analisa laman web itu kepada ketua jabatannya untuk kelulusan.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Zhafran Rahim Hamzah, beliau berkata beliau telah menyerahkan laporan itu kepada Rajagopal pada hari yang ia diluluskan, iaitu 11 April lepas.

Mohd Rafizi, yang merupakan anggota Parlimen Pandan dan juga naib presiden PKR, didakwa memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Mohd Rafizi, yang diwakili peguam Ahmad Nizam Hamid, didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen di sini pada 3 petang 24 Mac lepas mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 dan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Rafizi didakwa mendedahkan kandungan laporan tersebut dalam sidang media di tempat sama pada 28 Mac lepas mengikut akta itu yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.

Saksi pendakwaan keempat, wartawan dari Free Malaysia Today (FMT), Nawar Firdaws Idris, 28, memberitahu mahkamah bahawa beliau turut menerima salinan dokumen rasmi berhubung laporan audit 1MDB ketika membuat liputan sidang media Mohd Rafizi di lobi bangunan Parlimen Mac lepas.

Nawar Firdaws berkata salinan dokumen itu mengandungi isu mengenai hubungan 1MDB dengan LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) dan anak syarikat lembaga itu, Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia.

Disoal Timbalan Pendakwa Raya, Shukor Abu Bakar, beliau berkata dia tidak membawa salinan itu pulang kerana seorang wartawan lain memberitahunya dokumen berkenaan tidak boleh digunakan untuk bahan berita.

“Saya juga ada merekod sidang media yang berlangsung lebih kurang sejam itu, namun, rakaman audio itu sudah dipadamkan sebaik saja berita disiarkan di portal FMT,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan bersambung 25 Julai depan. 


Nota The Saviour:

Rupa-rupanya berita ini kurang laku. Tak disebut dan dipanjangkan dalam media-media sosial, khususnya Facebook. 

Patutlah sebelum kes ini ke mahkamah, Rafizi Ramli meroyan macam anjing nak mengawan. Patutlah semenjak semalam, Rafizi Ramli bercakap tentang Ramadhan yang terakhir, berjemaah di surau, beriktikaf dan sebagainya... Patutlah dia ajak orang ramai-ramai datang ke masjid dan surau, walaupun dia mungkin tidak sedar, orang ramai dah lama memakmurkan masjid dan surau terutama di kawasan Parlimen Pandan... yang tak kelihatan-kelihatan hanya dia sahaja!!!

Tahniah sekali lagi kepada Ahli Parlimen Pandan, merangkap Setiausaha Agung PKR, merangkap Naib Presiden pertama PKR, merangkap perancang LANGKAH KAJANG yang terkangkang, merangkap perancang LANGKAH KAJANG II yang kecundang, merangkap penfitnah tegar yang kecut perut dan kecut kantung telur apabila ada orang mahu bersemuka dengannya dan mendengar sendiri pembohongan yang dibuatnya.


8 comments:

Anonymous said...

Pondan cilaka dapat boyfriend baru dalam penjara untuk mengganti Abang Non.

Anonymous said...

eh...dia bergurau jer tu....

Anonymous said...

Buruk betul perangai akhlak si macai2 yg kutuk YB ni .walhal YB hnya perjuangkan isu rompakan wang rakyat wang negara oleh sang penguasa.bukannya YB yang seleweng duit tu pun...yang buat durjana tu pulak yang korang pertahankan....ingatlah balik amaran Rasulullah tntg akhir zaman tentang orang yang salah akan disanjung dan sebaliknya...inilah yang sedang berlaku. .Korang nak bersekongkol?

Anonymous said...

Umat akhir zaman tu yg duk sokong tukang tabur fitnah

Anonymous said...

YB Rafizi..
Yg Berbohong Rafizi

Anonymous said...

Macai2 yg kutuk ni cari makan nak bagi makan anak bini.Tetapi yg peliknya dia org tak tahu kah bhw hukuman memfitnah org dihari kiamat nanti ialah makan daging busuk tanpa henti . .dia org bukan Islam kah?

Anonymous said...

Bila akal berada diparas lutut

Anonymous said...

Org yg bersalah akhirnya tetap kena pembalasan samada di dunia atau di akhirat... Tak kialah siapa pun dia..

 
Blogger Templates