Sunday, July 10, 2016

TERKENA PENYAKIT RAFIZI RAMLI, NGA KOR MING BAGI ALASAN 'SALAH FAHAM' DAN 'JENAKA'!!!



Bermula malam tadi, akaun Facebook Nga Kor Ming telah pun dinyah-aktifkan. 

Nga Kor Ming enggan mengaku yang akaun tersebut adalah miliknya, sebaliknya akaun yang mempunyai 440 ribu pengikut itu adalah laman peminatnya. Menariknya, apa yang terkandung di dalam laman tersebut, dikongsi di dalam akaun FB peribadi Nga Kor Ming. Selepas akaun FB yang diikuti oleh 440 ribu orang pengikut itu dinyah-aktifkan, Nga Kor Ming menyalakan sibertruper yang diupah oleh pihak tertentu untuk mencemarkan nama baik DAP. 

Itulah yang dinyatakan oleh Nga Kor Ming dalam kenyataannya yang bertajuk, "When is the smear campaign against the DAP going to stop?" (Sampai bila kempen mencemarkan nama baik DAP akan berhenti?)

"Saya tidak pernah memuatnaik atau melukis kartun tersebut, sebaliknya saya adalah mangsa siber truper yang telah diupah oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan untuk melakukan kempen mencemarkan nama baik DAP. Malahan, saya bersedia membantu pihak polis dalam siasatan mereka sekiranya diperlukan."

Laman yang sama jugalah yang telah mengheret Nga Kor Ming ke mahkamah dalam satu saman fitnah membabitkan Perdana Menteri dan isterinya. Penghujung kes tersebut ialah, Nga Kor Ming memilih untuk meminta maaf secara terbuka dan membuat aku janji untuk tidak mengulangi sebarang fitnah ke atas Perdana Menteri dan isterinya. 

Memandangkan saman fitnah Perdana Menteri dan isteri ke atas Nga Kor Ming tidak menyebabkan YB Babi itu muflis dan harta-harta kekayaan yang diperolehinya menerusi jalan politik disita dan dirampas, maka dia terus melakukan perbuatan provokasi, termasuklah dua kes yang terbaharu. 

Dan seperti biasa, makhluk sespesiesnya yang berak di tengah jalan, tidak akan mengaku perbuatan yang dilakukannya, sebaliknya bukan sahaja menuduh orang lain tetapi juga memaki hamun orang lain yang tiada kena-mengena dengan tahi di tengah jalan. 

Nga Kor Ming turut dibantu oleh Teresa Kok yang menegaskan, ahli politik perlu menghargai nilai-nilai humor agar dunia politik tidak hambar dan membosankan. Teresa Kok menyifatkan apa yang berlaku sekarang hanyalah satu LAWAK JENAKA yang menggelikan hati sahaja... tidak lebih dan tidak kurang... tapi kalau lawak jenaka itu kena kat batang hidungnya atau DAP, dia akan segera melabelkannya sebagai RASIS, TEKANAN TERHADAP KAUM MINORITI dan KEZALIMAN.

Menurut Teresa Kok, para pemimpin DAP telah menyoal Nga berhubung posting tersebut dalam 'chat group' dan menurut Nga, semua itu berlaku kerana salah faham."

Paling menarik ialah apabila Nga Kor Ming menyalahkan pula orang ramai yang disifatkannya sebagai buta kayu kerana tidak faham maksud 'In God We Trust' (Kepercayaan Kepada Tuhan) yang merupakan perkara pertama dalam Rukunegara. (RUJUK SINI)

Sama ada YB Babi itu seorang yang benar-benar bodoh, atau dia sebenarnya tidak tahu mana satu bendera Malaysia, Nga Kor Ming sebenarnya cuba mengalihkan perhatian dan cuba mengherotkan fakta. 

Kemarahan yang diluahkan oleh Netizen berhubung poster yang telah dipadamkan itu bukannya pada perkataan 'IN GOD WE TRUST' tetapi kepada bendera yang terdapat di dalam poster tersebut. Nga Kor Ming dicerca kerana tidak kenal bendera negara sendiri, atau dia sebenarnya memberi isyarat untuk memanggil tentera Amerika Syarikat menceroboh ke Malaysia membawa 'misi suci Crusaders' menghancurkan kepimpinan negara yang diterajui oleh orang Islam dan membolehkan DAP yang kebanyakan pemimpin utamanya adalah seagama dengan Nga Kor Ming, mengambilalih kuasa pemerintahan. 

Kenyataan 'membela diri' oleh Nga Kor Ming ini mengulangi kembali amalan menyalahkan pihak lain yang kini menjadi ibadah utama DAP sepertimana mereka menyalahkan 'PENGUNDI BODOH YANG DUDUK DI ATAS POKOK DI DALAM HUTAN dan TIDAK KENAL WI-FI' kerana kekalahan besar DAP di Sarawah. Manakala kekalahan DAP (PAN) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar pula adalah kerana para pengundi makan dedak. Dakwaan jenayah ke atas Lim Guan Eng pula adalah kerana drama politik BN walaupun hakikatnya, Lim Guan Eng memperolehi keuntungan berjuta-juta ringgit daripada perbuatannya dan tiada seorang pun dari BN mengacukan muncung senapang ke kepalanya dan memaksa Phang Li Koon menjual sebuah banglo di kawasan mewah di Pulau Pinang kepada Lim Guan Eng dengan harga sebegitu rupa. 

Senang sahaja jadi ahli politik seperti Nga Kor Ming... jadi pengecut dan jangan sesekali mengaku!!!


3 comments:

Anonymous said...

"Mencemarkan nama baik Dap..."

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Nama baik puki mak kau,kormin babi!

Anonymous said...

atas alasan yang sama (alasan hacking dari NKM), Sarawak Report boleh gunakannya untuk mengelak dari di saman? mungkin juga WSJ akan mengatakan web mereka diserang oleh RBA yakni bukan mereka yang fitnah 1DBM

Anonymous said...

kerja bodoh seorang wakil rkyat.

top