Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, July 28, 2016

TONY PUA HANYA BERANI MEMEKAK TENTANG PROJEK ECRL YANG KOSNYA RM60 BILION BERBANDING PROJEK TEROWONG DASAR LAUT YANG JAUH LEBIH MAHAL!!!



Usaha Sarawak Report yang diketahui dibiayai oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan tetapi telah diganggu oleh pentadbiran, polisi dan dasar Najib Abdul Razak untuk menunjukkan betapa teruknya Malaysia di bawah Najib Abdul Razak kerana rasuah, peningkatan harga yang bertujuan sebagai rasuah dan komisyen, penyelewengan kuasa dan pembaziran.

Kerana itulah, dalam serangan seterusnya, Sarawak Report mendakwa Kerajaan Malaysia telah menaikkan harga Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dari RM30 bilion menjadi RM60 bilion semata-mata untuk bail-out 1MDB.

Menurut Sarawak Report lagi, 'rancangan licik PM' itu membabitkan persetujuan untuk menaikkan harga asal ECRL dari hanya RM30 bilion menjadi RM60 bilion, semuanya dipinjam dari Kerajaan China dalam usaha melindungi bayaran hutang syarikat 1MDB (dan Jho Low).

ECRL merupakan projek jangka panjang yang diletakkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 yang menghubungkan Kuala Lumpur dan tiga negeri Pantai Timur di Semenanjung Malaysia. Jaraknya adalah 620 kilometer membabitkan sejumlah terowong bawah tanah. Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur telah diwujudkan membolehkan landasan kereta tersebut menghubungkan pelabuhan-pelabuhan utama, pusat-pusat perniagaan dan bandar-bandar di Pahang, Terengganu dan Kelantan yang merupakan kunci utama pertumbuhan ekonomi di wilayah tersebut.

Dijangkakan juga, projek tersebut mengambil masa antara 15 sehingga 20 tahun kerana ia membabitkan banyak kerja-kerja di bawah tanah dan pembinaan terowong merentasi Banjaran Titiwangsa.

Terdapat beberapa kekeliruan yang disengajakan dalam pendedahan Sarawak Report iaitu:

(1) Projek tersebut telah pun dijangka akan mencecah kos RM60 bilion (bukan RM30 bilion sebagaimana yagn didakwa oleh Sarawak Report) beberapa tahun dahulu.

There are multiple problems with Sarawak Report's "expose" though. They are:

Berikut adalah beberapa pautan yang berkaitan:

18 April 2013 East Coast Rail Line May Cost RM60 Billion
9 October 2013 Rail-related projects to create oasis of opportunities
16th May 2016 ECRL MAY COST RM70 BILLION

Projek ini juga dibincangkan dengan hebat dalam forum popular seperti LowYat dan Skycraper City pada tahun 2013 dengan kos RM60 bilion menjadi tajuk utama mereka.

Satu lagi masalah ialah, projek tersebut adalah di bawah Inisiatif Pembiayaan Persendirian (PFI) dan didanakan oleh sektor swasta bukannya oleh kerajaan. Jadi, sektor swasta manakah yang dituduh mahu bail-out 1MDB?

(2)  Kos RM60 bilion tidak terlebih seperti yang ditohmahkan oleh Sarawak Report dan Tony Pua. Pada harga RM60 bilion, projek yang berjarak 620 kilometer membabitkan landasan dan prasarana berkaitan, yang merentasi Banjaran Titiwangasa selain pembinaan terowong dan jambatan bernilai lebih kurang RM96.7 kilometer per kilometer, jauh lebih murah berbanding Projek Terowong Pulau Pinang yang berharga RM3.5 bilion untuk terowong dasar laut berjarak 6.3 kilometer, sekaligus menjadikan kosnya adalah RM555 juta bagi setiap kilometer.

Mengorek terowong di bawah laut di mana jauh lebih mudah dan kosnya lebih rendah berbanding mengorek terowong di banjaran gunung yang menjadikan kos RM96.7 juta jauh lebih rendah berbanding RM555 juta bagi setiap kilometer.

Malahan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menganugerahkan RM305 juta hanya untuk laporan kebolehlaksanaan dan rekabentuk untuk terowong dan 3 jalan berkaitan yang jaraknya hanya 20.3 kilometer. Separuh bayaran telah pun dibuat.

Lebih aneh lagi, selain daripada membayar penuh kos pembinaan terowong, Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut menandatangani membenarkan konsesi tol selama 30 tahun yang diberikan kepada syarikat yang sama dan telah dibayar dengan menggunakan wang rakyat.

Hairan juga, mengapa Tony Pua langsung tak nampak perbezaan besar kos ini. (RUJUK SINI)

Segala-galanya cuba dikaitkan dengan 1MDB. Mana-mana syarikat asing yang melabur di Malaysia, akan dikatakan untuk bail-out 1MDB. Sekiranya syarikat tempatan memperolehi projek-projek mega, ia adalah untuk bail-out 1MDB. GST yang dikuatkuasakan juga untuk bail-out 1MDB. Akta Hasutan pun untuk melindungi 1MDB. Lim Guan Eng didakwa atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa pun, untuk selamatkan 1MDB. Ling Liong Sik dan Tony Pua kena saman oleh Najib pun disebabkan 1MDB. Segala-galanya dikatakan untuk melindungi 1MDB.


9 comments:

Anonymous said...

Madey cadang guna isu keretapi pulak. SR ikut apa yang dibayar.

Anonymous said...

Tak payah nak putar sana sini la, blogger the flying kick, sepatutnya pihak kerajaan menafikan perkara ini dalam satu kenyataan rasmi.

Sila nafikan juga pelaburan sampah GIL Fund, Brazen Sky tidak akan dijual kepada syarikat dari China itu.

Kerana berdasarkan laporan oleh Sarawak Report, pelaburan 'sampah' GIL Fund, dan Brazen Sky itu mana ada nilai, tapi dijual kepada syarikat China dengan syarat syarikat China itu dapat imbalan dari pihak kerajaan iaitu RM 30 bilion. Ini bukan jual, tapi bagi saja lepas tu kena bayar pula kepada pihak yang membeli.

Sila keluarkan kenyataan apakah projek itu melalui tender terbuka ataupun secara rundingan terus, dan apakah sebabnya.

Tak payah la melalak sana sini, sila kerajaan keluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Mohamad Faiz Hamzal Ismail
Ahli PERKASA
Parlimen Kubang Pasu
Kedah Darul Aman

Anonymous said...

ada beza antara diversified specialist dan diversion activist. diversion activist hanya nampak kuman di seberang laut, depan mata tak nampak. sebaliknya diversified specialist nampak kuman di seberang laut dan di depan mata. mungkin kuman di depan mata di hadang oleh gigi atas?

Anonymous said...

Belom buat..belom laksana..belom bayar..
Nak keluar kenyataan rasmi anggok ko...

Anonymous said...

janji jangan beri pada kroni madey. nanti besar kepala.

Anonymous said...

Butuh pak hang..

juragan69 said...

Dahl buat. ..dah laksana...dah bayar baru keluar kenyataan yg ini semua salah tun m sbb ada pnyokong 'anggok' cam lu bhai... 'bolom' anggok lu..

juragan69 said...

Aku sokong lu bhai..biar 7 keturunan kita menanngung asalkn bkn kroni tun m..bg kt riza aziz yg ntah apa2 dan sapa2 pun tkpa asalkn bkn 'kroni' tun m sbb klu anak beranak kandung atau tiri tkpa sbb ini bkn kroni tp 'hokbini' official 1...

Anonymous said...

Ahli perkasa sekarang dah mcm pembangang.semuanya nak dibangangkan...kalau tak faham bertanya bukan tuduh melulu....apa yang admin katakan betul...ingat kerajaan ni buat projek pakai cincai jer ke....mereka dah buat kajian...bukan setahun dua mcm guan the end...dan kajian bukan satu pihak jer...pelbagai...yang ahli geo nya lah yang ahli ekonominyalah..yang ahli juruteranya.lah....tolonglah ahli perkasa yang malukan kaum Melayu boleh tak....perkasa aekarang dah jadi mcm Ibrahim Ali lompat si katak lompat..lompatlah tinggi2 jgn masuk lubang cukup ok

 
Blogger Templates