Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, August 15, 2016

BALAI POLIS KUALA KRAU LEBIH DAHULU BERBANDING BUKIT KEPONG, KENAPA TAK DISEBUT? TAKUT KOMUNIS MARAH?



Semua tahu tragedi Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor pada 1950 menjadi satu sejarah hitam setelah 25 anggota polis mati dibunuh akibat diserang komunis.

Tidak dinafikan, tragedi itu amat tragis itu yang mana pasukan keselamatan mempertahankan balai tersebut bermati-matian sehingga ke titisan darah terakhir menentang kumpulan yang berstatus pengganas.

Tahukah anda sebelum kekejaman komunis di balai Polis Bukit Kepong, Muar, Komunis sudah membuat kezaliman yang sama di Balai Polis Kuala Krau, Pahang pada 11 September 1949 sekitar pukul 4 pagi.

Kejadian itu berlaku lebih awal daripada tragedi Bukit Kepong, tetapi tidak ramai yang mengetahuinya.

Kisah tragis ini juga memberi satu impak bermulanya pemberontakan dan kekejaman awal pengganas komunis.

Dalam kejadian itu, kira-kira 250 pengganas komunis mengepung balai polis itu sehingga menyebabkan anggota polis yang berada di dalam balai tersebut tidak boleh keluar. Mereka terkepung dengan asakan bertali arus oleh pengganas komunis.

Ketika itu, hanya 30 anggota polis yang ada dalam balai tersebut dan peristiwa berkenaan.

Komunis bukan sahaja mengepong balai polis, tetapi jalan-jalan utama dan landasan keretapi juga dikawal serta ditawan oleh pengganas komunis.

Mereka turut menyerang dan menterbalikkan keretapi yang membawa anggota polis yang cuba memberikan bantuan, kerana telah menjangka bantuan dari Balai Polis Mentakab di Tanjong Kubu akan tiba melalui jalan keretapi.

Katanya, kejadian itu menyebabkan seorang isteri pengawal kampung yang mengandung lima bulan dan menyewa sebuah rumah kedai di pekan itu dibunuh kejam bersama ibunya oleh komunis.

Paling tragis, seorang anggota polis bernama Hamzah yang cuma menunggu seminggu sahaja lagi untuk bergelar 'raja sehari' turut terkorban.

Zainal memberitahu, dalam kejadian tersebut, pengganas komunis masuk ke pekan itu dan merampas semua ubat-ubatan dari sebuah kedai ubat dari peniaga Cina.

Bukan sahaja ubatan-ubatan, komunis juga merampas apa sahaja untuk bekalan anggota mereka, terutama makanan. Komunis tanpa belas, menembak mati seorang perempuan Cina dan seorang perempuan Melayu yang berada berdekatan kedai ubat berkenaan.

Kira-kira 30 komunis lagi masuk di Jalan Besar dan menemui dua anggota polis, tetapi mereka dikatakan tidak diapa-apakan dan hanya merampas dua pucuk Rifle serta peluru.

Jelasnya, setelah itu, stesen kereta api pula menjadi sasaran komunis yang mana terdapat dua pegawai berbangsa Inggeris menjadi mangsa pembunuhan kejam golongan berkenaan.

Kejadian di balai itu perlu dibanggakan untuk tatapan umum kerana ia berlainan daripada kejadian sama berlaku di Bukit Kepong yang mengorbankan banyak nyawa anggota polis.

Kekejaman pengganas komunis dan kezaliman mereka sudah diketahui, malah bukan hanya sekadar cakap-cakap orang yang pernah mengalami betapa zalim dan kejam maksimumnya komunis lakukan terhadap anggota polis, tentera serta orang awam.

Bukan mudah untuk mengecapi kemerdekaan, hargailah kemerdekaan negara kita, pahlawan-pahlawan sebelum merdeka, sanggup bertarung nyawa demi sebuah keamanan yang kita kecapi sekarang ini.



15 comments:

Anonymous said...

Juga di beberapa balai di Sg. Rotan, Beruas, Perak..
Bapa & arwah Tok Wan aku dan penduduk kampung menyorok dalam parit..
Bapa aku masih boleh ingat nama2 perajurit/ polis yg terbunuh sewaktu bertempur dgn komunis...
Dan hari ini, komunis ini berselindung disebalik perkataan demokratik yg menjadi pujaan sebilangan Melayu musibat..!

Johan said...

Eh..
Mat Sabu ngata lain pula...meteka itu pahlawan!

Anonymous said...

Bukit kepong mewakili semua cerita balai polis yg diserang la bang.

Anonymous said...

Hawa nafsu orang2 politik mengejar jawatan dan kekayaan tidak hirau sejarah serta kemerdekaan tercapai. Tamak kan kekayaan dan jawatan menjadi keutamaan.

Anonymous said...

generasi sekarang tidak merasai peristiwa itu...mereka sekadar mendengar ....itu sebab semangat patriotik tidak pernah ujud dalam jiwa mereka....berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul....di tambah pula dengan sistem pendidikan yg hanya mementingkan faktor lulus sahaja...itu pasal sekarang baru ter hegeh hegeh subjek sejarah wajib lulus kalau nak masuk IPTA...tak macam di Indonesia....dari kecil mereka di didik semangat patriotik....cintakan negara...

Anonymous said...

ramai juga yg tidak tahu dan tidak pernah mendengar cerita tentang kejadian tragis di bekor, kuala kangsar. bagaimana komunis yg menyamar sebagai penduduk di senggang telah menyembelih kesemua jemaah subuh di sebuah masjid di bekor. sehingga sekarang di ng perak kalau kaamu berasal dari senggang, maka kamu akan disindir sebagai 'pembelot'. carilah cerita ini dr org2 tua yg masih ada. kamu tak akan dapat cerita ini di internet atau mana2 buku pun...

Anonymous said...

Ini blogger saja nak test market..dlm sejarah tanah melayu sebelum merdeka..mmg banyak balai polis yg di serang oleh komunis. Bukan setakat balai, tapi kanpung2 mcm di kuala pilah.

Aku sstuju dgn AnonymousAugust 15, 2016 at 11:13 PM
Bukit kepong mewakili semua cerita dan sejarah. Bukan lupa yg lain tapi peristiwa ini memang di tulis dan menjadi ingatan penduduk bukit kepong.

Jadi blogger flyingkick jgn lah buat persepsi bukan2 ye.
Banyakkan beristifar dan bertaubat.

Kepada pengomen yg kata 'Dan hari ini, komunis ini berselindung disebalik perkataan demokratik yg menjadi pujaan sebilangan Melayu musibat..!' Aku sokong sepenuhnya.

Tapi kena ingat jugak..parti pemerintah juga ada buat silap..semua ini akan di kenang dlm lipatan sejarah.

Ibrahim D said...

Riza Aziz patut buat filem ' The Wolf of Kuala Krau ' ( tanpa kandungan porno, sudah tentu, untuk meningkatkan imeg Islamnya ).

Anonymous said...

Nik aziz, haji hadi pun bersekongkol dengan demokratik parti...abang aqak cakap niii banggg, abang nah nak ngandung lagi la bang..

Anonymous said...

.. sebelum merdeka (31 Ogos 1957) semuanya tentera British dan British adalah penjajah. Komunis=British=org yang bekerja untuk penjajah -- merosakkan Tanah Melayu/Malaya. ...

Unknown said...

Belajar lagi dik...mereka tentera bawah British tapi mereka menjaga tanah air kita yang bernaung bawah Sultan dan Raja...
Takyah pusing, komunis tetap pembelot tanah air kita...

Anonymous said...

Beri kesedaran kpd melayu harbi yg berhatikan komunis. Harap2 ada kesedaran jgn fikir limkomunis syiok sgt kpd tun m yg sudah lacurkan agama bangsa dan negara. Kuman dah melekat d hati tun m asyik klr masuk IJN .

Anonymous said...

Setuju..dari saya sekeluarga yg pernah d halau oleh limkomunis laknatullah. Yg bersekongkol dgn dia lagi pembelot harbi babi..

Anonymous said...

Betul...melayu harbi komunis...

Anonymous said...

Elok tu. Boleh minta PKR buat satu filem bertajuk THE CHINA DOLL AND THE BEAST juga. Mesti laku siot.

 
Blogger Templates