Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, August 12, 2016

BAYANGKANLAH KALAU HARAMJADAH INI BERKUASA....!!!



Dengan menggunakan kuasanya selaku Ahli Parlimen, Jeff Oii, Ahli Parlimen DAP Jelutong mengarahkan Datuk Bandar Pulau Pinang agar membatalkan perniagaan milik Bumiputera atas alasan, perniagaan tersebut berstatus haram dan dimiliki oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Walhal yang dikatakan berstatus haram itu sebenarnya mempunyai permit yang sah. Sedangkan terdapat lebih banyak perniagaan lain yang tidak berlesen dan berpermit serta dijalankan secara haram terutama sekali yang membabitkan perjudian dan maksiat di seluruh Pulau Pinang, tetapi tidak pula Jeff Oii mengeluarkan arahan agar perniagaan mereka ditutup atau permohonan mereka untuk beroperasi dihalang.


Hanya kerana pemilik perniagaan tersebut adalah orang Melayu, Jeff Ooi menghalalkan perbuatan kejamnya dengan menyatakan bahawa ia dimiliki oleh pemimpin UMNO.

Dan kalaupun pemimpin UMNO, apa masalahnya?

Apakah orang UMNO tidak boleh berniaga di Pulau Pinang? Apakah orang UMNO atau orang Melayu tidak boleh langsung berdagang dan berurusniaga di bumi yang mereka buka, mereka majukan, sebelum Francis Light tiba dan kemudian membawa masuk seramai mungkin kaum Cina sebelum sejarah diherotkan kononnya Pulau Pinang dibuka oleh Francis Light?

Baru berkuasa di Pulau Pinang sahaja, tetapi nampaknya DAP sudah tidak sabar-sabar untuk melakukan pembersihan etnik.

Bagaimana dengan Chen Man Hin, pengasas DAP yang berasal dari China dan datang ke Tanah Melayu pada usia 13 tahun yang berurusan dengan FGV, anak syarikat FELDA menerusi syarikatnya, Pontian United Plantations Berhad (RUJUK SINI)?

Kenapa agaknya Jeff Ooi tidak melalak dan meminta agar Kerajaan Malaysia terutama sekali FELDA atau pun Chen Man Hin sendiri agar tidak meneruskan urusniaga tersebut?



Kerana ia menguntungkan pihak DAP? Sakit hati kerana ada syarikat Melayu yang beroperasi di Pulau Pinang sekaligus menafikan cakap besar DAP kononnya orang Melayu tidak berkelayakan sebagai peniaga?

Bagaimana pula dengan Tony Pua yang pernah mempunyai urusniaga dengan Kerajaan Malaysia menerusi syarikat ITnya yang dijual berpuluh-puluh juta?

Mengapa Jeff Ooi yang mengetahui perkara itu, tidak mengamalkan sikap yang sama, menegah Tony Pua daripada berurusan dengan Kerajaan Melayu-Bumiputera yang disokong oleh beberapa orang anggota kabinet bukan Bumiputera?

Sepatutnya Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh UMNO mengamalkan sikap yang serupa. Mana-mana penyokong, pemimpin atau pensimpati DAP tidak dibenarkan berniaga sama sekali di negara ini. Kalau mereka hendak berniaga juga, halau mereka ke Pulau Pinang. Buat sepertimana yang dibuat oleh Jeff Ooi, dan kita akan tengok, siapa yang paling kuat menyalak dan melalak!!!

Berikut adalah kenyataan media Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang berhubung KEHARAMANJADAHAN yang ditunjukkan oleh Jeff Oii.

KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PULAU PINANG BERHUBUNG DISKRIMINASI BERTERUSAN PEMIMPIN DAP TERHADAP RAKYAT PULAU PINANG
Kenapa rakyat Pulau Pinang terus menerus didiskriminasikan hanya kerana mereka ini menjadi ahli UMNO walaupun tiada jawatan tinggi di peringkat cawangan, bahagian mahupun negeri. Itulah kekejaman pemerintahan 'kuku besi' yang diamalkan oleh pemimpin DAP Pulau Pinang.

Pemuda UMNO Pulau Pinang telah dimaklumkan bahawa Ahli Parlimen Jelutong, YB Jeff Ooi telah memaklumkan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang bahawa pemilik Bumiputera sebuah hotel yang beroperasi secara haram dan dimiliki oleh tokoh politik UMNO. Kami difahamkan bahawa ini adalah satu pembohongan dan tindakan terburu buru tanpa menyiasat fakta. Kami telah dihidangkan dengan permit sementara yang sah dan masih berkuatkuasa oleh MBPP, ini bermaksud bahawa tuduhan mereka beroperasi secara haram adalah palsu dan berniat jahat menganiaya Kaum Bumiputera yang menjalankan perniagaan secara sah di negeri ini.

Saya juga ingin mengingatkan semua bahawa Kerajaan Pusat sama sekali tidak pernah menganiaya dan mendiskriminasikan sesiapa pun BERDASARKAN KEPARTIAN INDIVIDU TERSEBUT. Ini merupakan perbezaan yang paling ketara diantara corak kepimpinan pemimpin Barisan Nasional berbanding dengan pemimpin DAP.

Rakyat Pulau Pinang khususnya harus sedar bahawa ini adalah cara pemerintahan pemimpin DAP yang terus menerus menganiaya rakyat Pulau Pinang berdasarkan pegangan politik mereka. Sedar lah Rakyat Pulau Pinang!!! Ayuh kita guna kuasa rakyat pada PRU 14 nanti untuk menolak diskriminasi politik berdasarkan kepartian ini.

Rafizal Abd Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Pulau Pinang

11 Ogos 2016


4 comments:

Anonymous said...

Melayu Islam kena buat perubahan dlm pru 14 nanti...tolak Dap.

Anonymous said...

Betul, lama dah umat islam pas dan umno wajib bersatu. Permusuhan antara pas dan umno merugikan melayu islam malaysia, sebaliknya menguntungkan cina, terutamanya mca dan Gerakan. Berapa bnyk mereka jadi menteri penuh dan mereka exploit kebergantungan umno kpd mereka dgn angers projek mega kpd ushawan cina. Umno terpaksa akur demi menjaga undi. Jika masih mahu bermusuhan pas dan umno, tunggu lah saat di mana satu hari nanti, melayu akan merempat di bumi sendiri.

Anonymous said...

Yes...Pas dan Umno dan Bn saling tolong menolong...kalau Pas masih...berlagak lag tak tahulah

888jackaroo said...

nak buat camana.. Bukan semua orang pandai baca cerita2 politik ni. Kebanyakannya nampak yang tersurat. Yang tersirat?
Jangan lah kita hanya baca permukaan cerita sahaja.

 
Blogger Templates