Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, August 7, 2016

KALAU GAGAL TERIMA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN, LEBIH BAIK ORANG SEPERTI AFDLIN PERGI BERKARYA DI AMERIKA TAK PUN DI INDIA!!!



Perkembangan yang sangat menarik, tetapi melahirkan kontradiksi yang seharusnya menjadi perhatian serta menjadi bukti betapa semakin teruknya rakyat Malaysia apabila membabitkan semangat kenegaraan.

Selepas pelawak Afdlin Shauki menyatakan dia memboikot Festival Filem Malaysia kerana tidak bersetuju dengan pengasingan filem-filem yang 'dipertandingkan' dalam kategori Bahasa Melayu dan Bukan Melayu, beberapa orang penggiat yang lain, turut berbuat perkara yang sama.

Mereka disokong pula oleh adik lelaki Perdana Menteri yang bersikap kritikal terhadap Najib iaitu Nazir Abdul Razak serta Tony Fernandez, taukeh Air Asia yang dalam keadaan apa sekalipun, Bahasa Kebangsaan memang jauh benar dari lidahnya walaupun perniagaannya dan kepentingan perniagaannya adalah bersarungkan Malaysia.

Ramai juga yang nampaknya bersetuju dengan tindakan yang kononnya tidak memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia itu. Ramai juga yang bersetuju dengan hujah pengasingan tersebut adalah bersifat rasis.

Namun, dalam satu keadaan yang lain, ianya sangat disokong, malahan mereka yang bercakap tentang perpaduan kaum itulah juga yang cukup kuat menyokongnya.

Filem dikatakan sebagai alat perpaduan kaum?

Atau sebenarnya, perpaduan kaum itu dimulakan dengan sistem pendidikan sendiri bermula dari peringkat paling rendah?

Mengapa agaknya golongan yang sama, tidak menyokong penghapusan sekolah-sekolah vernakular yang jelas sangat bertentangan dengan aspirasi Dasar Pelajaran Nasional? Mengapa agaknya, sekolah-sekolah vernakular tersebut tidak dihapuskan dan digantikan dengan sistem sekolan kebangsaan yang di dalamnya menjadikan mata pelajaran Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil sebagai salah satu elemen penting buat kesemua pelajar dari peringkat rendah lagi?

Mengapa perlu ada sekolah-sekolah vernakular yang kemudian, kertas peperiksaan antara sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah-sekolah kebangsaan berbeza pula standardnya terutama membabitkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris?

Untuk menyokong kewujudan dan kelangsungan sekolah-sekolah vernakular, dikatakan pula kononnya guru-guru di sekolah-sekolah kebangsaan tidak cukup hebat. Dikatakan juga ketiadaan disiplin dan Islamilasasi menjadikan sekolah-sekolah vernakular menjadi pilihan termasuklah oleh ibu bapa dari kalangan orang Melayu.

Hakikatnya, kalau diperhatikan kesukaran pelajar-pelajaran aliran vernakular Cina dan Tamil apabila memasuki sekolah menengah, menunjukkan masalah utama yang terdapat dalam sistem pendidikan vernakular yang cukup rasis dan langsung tidak mempunyai sikap kenegaraan yang baik.

Dan itulah sebabnya, kalau kita perhatikan juga, mana-mana pemimpin yang berasal daripada aliran vernakular, kalau mereka bercakap tentang kenegaraan, mereka akan sibuk tentang rasuah dan penyelewengan kuasa. Suruh mereka menyanyikan lagu Negaraku. Suruh mereka bercakap tentang Artikel 152 dan Artikel 153.

Sebaik-baik sahaja mereka membuka mulut, yang kedengaran sudah pasti tuduhan kononnya RASIS bertanyakan mereka soalan-soalan seperti itu.

Terlalu berbeza rakyat negara ini dengan rakyat negara-negara lain seperti di India yang industri filemnya jauh lebih besar dan lebih menjana keuntungan dalam soal Bahasa Kebangsaan. Terlalu berbeza dengan negara-negara yang Bahasa Kebangsaannya adalah Bahasa Inggeris, atau Bahasa Mandarin, atau Bahasa Jepun.

Dan yang paling menariknya ialah keseronokan daripada pihak-pihak tertentu untuk memperemehkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Lingua Franca di negara ini, sedangkan pihak yang satu lagi pula, berusaha pula untuk tidak berbahasa Kebangsaan dan pada masa yang sama, berkeras bahawa bahasa mereka juga adalah Bahasa Malaysia.

Liberal tak kena tempat!!!

Elok juga sekiranya pihak berkuasa Malaysia menamatkan bantuan dan kemudahan untuk industri filem di negara ini. Kalau dah pandai sangat, biar mereka bersaing secara terbuka tanpa sebarang tongkat dan bantuan. Ini, makan pun bersuap, pandai pula nak ajar macam mana nak suap ke mulutnya!!!




5 comments:

Anonymous said...

Pelajar adalah kain putih dan pendidik adalah pihak yang akan membuat lakaran atas kain berkenaan. Pendidik dibekalkan kemahiran dan arahan supaya tidak melakar sembarangan.

Namun apabila segelintir pendidik buat lakaran ikut kemahuan sendiri atau ikut ideologi kepartian, waima di institusi apapun mereka ini ditempatkan, mereka hanya mampu menghasilkan lakaran yang sempit dan tidak seluas lakaran nasional.

Dalam kata lain kemuhibahan dan nasionalism akan terhasil kalau pemikiran di tumpu ke arah itu. Ia gagal terhasil kalau pemikiran condong ke arah kepuakan dan anti-nasionalism.

Anonymous said...

Dalam apa jua pertandingan mesti ada sasaran tersembunyi waima golden globe award ada sasaran tersembunyi yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Cumanya kalau tak dilihat secara mendalam taklah ianya kelihatan.

Untuk capai sasaran, akan ada syarat2 yang bakal memberikan kelebihan kepada calon yang dilihat menuju sasaran dan memberikan disadvantage kepada calon2 yang tidak menuju ke sasaran yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Anonymous said...

He looks like a FAT PIG berjanggut. Bakat kosong, gemuk macam babi, perasan bagus.Aku takde masa nak tengok rancangan2 bodoh babi gemuk. Si gemuk liberal macam ni la yg memudahkan pendatang2 menawan dan menjajah Melayu. Kalau di singapura, babi gemuk macam ni tak kan dapat cari makan sebagai 'artis' la...

Anonymous said...

Bravo..saya amat menyokong artikel ini..200%

Anonymous said...

Ye la tu...bangga sangatla dgn cerita mat rempit & hantu tahyul. Cerita macamtu ke yg jadi lambang malaysia? Anon 4:18, awak x akan faham pun kalau tengok filem org yg awak kutuk tu...

 
Blogger Templates