Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, August 1, 2016

KENAPA PENDATANG ASING DI MALAYSIA EKSYEN SANGAT? ADAKAH KERANA IMIGRESEN DAN PIHAK BERKUASA MALAYSIA TERLALU 'BAIK HATI'?!!!



Wah, siap bagi amaran kepada saudara-saudaranya yang lain, terutama yang kosong dan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan.

Siap marahkan pihak berkuasa Malaysia kerana menjalankan tugas untuk memastikan rakyat asing tidak membuat onar dan menjadikan negara ini seperti negara mak pak mereka.

Benci sangatlah mereka kalau anggota-anggota dan pegawai Imigresen dan PDRM buat pemeriksaan rambang ke atas warga asing yang ada di Malaysia.

Ini bukanlah cerita baru sebenarnya. Dah lama sangat. Kalau anda rajin berbual dengan pendatang asing di negara ini, terutama yang tinggal di sekitar Lembah Kelang, anda akan dapat mengesan kebencian mereka kepada pihak berkuasa negara ini. Mereka sangat marah kerana pemeriksaan dilakukan dan ada tangkapan dibuat. Dan untuk menyedapkan cerita, mereka akan bercakap tentang rasuah yang dihulurkan untuk melepaskan diri dan tiada tindakan diambil ke atas mereka.

Betul atau tidak, hanya mereka dan anggota-anggota serta pegawai-pegawai terbabit yang mengetahuinya tetapi yang pasti, itulah cerita yang kerap dituturkan oleh pendatang-pendatang asing yang boleh kita lawan bual.

Mengapa keadaan ini berlaku di Malaysia?

Apakah pihak berkuasa Malaysia terlalu lemah dan terlalu terdedah sehingga akhirnya menjadi mangsa belasahan oleh puak yang melakukan kesalahan tetapi berjaya mengelak dengan menyerang pihak berkuasa Malaysia?

Apakah kerana layanan yang terlalu baik diberikan kepada pendatang asing, tanpa had dan peraturan di mana mereka harus tinggal dan dikelompokkan seperti di negara-negara yang menjadi tumpuan pekerja asing tahap rendah membuatkan mereka tidak gentar langsung dengan undang-undang imigresen negara ini?

Atau sebab sebenarnya ialah rakyat Malaysia tak ambil pusing pun tentang kehadiran dan lambakan pendatang asing, kecuali untuk dipolitikkan sahaja, membuatkan mereka kembang kepala dan berlagak seolah-olah mereka boleh bermaharajalela di negara ini untuk berbuat apa-apa pun.

Atau barangkali juga sebab penguatkuasaan terlalu lemah, itu yang membuatkan pendatang asing naik lemak dan beranggapan sebarang tindakan penguatkuasaan adalah salah dan tidak berperikemanusiaan untuk mereka?


1 comment:

Anonymous said...

Ptutny krajaan bg inisiatif pd kite smue tngkap pndtg asing.1 PATI rm50..skjp je bersih mlysia ni dri PATI

 
Blogger Templates