Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, August 1, 2016

KERAJAAN NAJIB TAK AKAN BANTU RIZA DAN JHO LOW? BUKANKAH ITU DI LUAR PERANCANGAN PROTUN?



Azalina Othman Said mengulangi semula ikrar bahawa kesemua mereka yang terlibat dalam saman DOJ - Riza Aziz dan Jho Lo - tidak akan dibantu oleh Kerajaan Malaysia. Sebaliknya Kerajaan Malaysia akan menyerahkan mereka kepada sistem perundangan Amerika Syarikat, memandangkan kes tersebut berlaku di Amerika Syarikat dan dibentangkan oleh Peguam Negara Amerika Syarikat sendiri.

1MDB telah menjadi mangsa momokan terutama dari kalangan yang kuat menyokong ProTun setelah bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menyerang 1MDB yang telah merampas kepentingan-kepentingan perniagaan kroni-kroni belaannya selama 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri. Semenjak itu, pelbagai cerita yang boleh didengar.

Perancangan yang telah diatur amat licik. Namun penangkapan dan pemenjaraan Xavier Justo, orang yang dikatakan telah membocorkan dokumen PetroSaudi yang kemudiannya telah diselewengkan dan dipinda oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka - sebagaimana yang diperakui oleh Justo dalam transkrip perbualan WhatsAppnya dengan Clare - menyebabkan taktik perlu dialihkan dengan menjadikan 1MDB sebagai punca untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak.

Selepas perbicaraan Xavier Justo dan pendedahan yang dibuat oleh Justo sendiri, Sarawak Report yang menjadi kitab rujukan utama akidah ProTun, beralih arah menerusi serangan secara langsung ke atas 1MDB dan tidak lagi dikaitkan dengan IPIC atau Aabar mahupun PetroSaudi.

Semua orang sudah lupa dengan asas serangan terhadap 1MDB dan mengaitkannya dengan Najib Abdul Razak, malah paling melucukan apabila ianya turut mengaitkan Rosmah Mansor sebagai pembuat keputusan.

Selepas berulang-alik ke Amerika Syarikat, satu persembahan yang dijayakan oleh Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang dipentaskan untuk melindungi konspirasi yang telah diatur lebih awal. Dan seperti tidak sabar-sabar dengan jalan cerita yang lambat, Peguam Negara Amerika Syarikat mengumumkan penguatkuasaan Akta Kleptokrasi untuk menyita harta-harta yang didakwa hasil daripada penyelewengan wang 1MDB oleh empat orang individu - dua rakyat Malaysia dan dua rakyat UAE dan Arab Saudi.

Sudah menjadi resmi dan amalan Malaysia untuk tidak campurtangan dalam perundangan mana-mana negara walaupun melibatkan rakyatnya sendiri. Ini termasuklah dalam kes Riza Aziz dan Jho Low.

Sudah terlalu lama cerita tentang Jho Low ini kedengaran. Puak ProTun cuba untuk menjadikan Jho Low sebagai penyebab utama serangan perlu dibuat ke atas Najib Abdul Razak dengan cuba membuktikan Najib tidak mampu berbuat apa-apa kepada Jho Low sekalipun telah berulang-ulang kali Najib dan CEO 1MDB menyatakan bahawa Jho Low tidak bekerja, bukan agen atau pun orang tengah 1MDB sebaliknya mempunyai kaitan dengan PetroSaudi, rakan kongsi utama 1MDB.

Justeru, perbicaraan sivil di Amerika Syarikat amat perlu dipercepatkan demi menyelesaikan masalah yang sengaja dibelit-belitkan selain pendedahan tentang bagaimana modus operandi golongan pengurus kewangan melaksanakan tugasan mereka dalam pelaburan yang berlapis-lapis menggunakan pelbagai apparatus dan syarikat.

Puak ProTun perlu mendesak DOJ untuk mempercepatkan kes tersebut. Kalau mereka boleh berkonspirasi agar Amerika Syarikat campurtangan, mengapa tidak diteruskan dengan tindakan undang-undang yang lebih muktamad keputusannya, walaupun pada masa yang sama, pengumuman tindakan oleh Peguam Negara Amerika Syarikat dikecam oleh peguam kanan Australia yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai terburu-buru.

Bukan sahaja ProTun, tetapi juga golongan dari UMNO yang terlebih dahulu mendedahkan tentang pelbagai masalah 1MDB melibatkan pengurusan lamanya sebelum Arul Kandar dibawa masuk sebagai CEO, juga mahu tahu tentang peranan dan dengan siapa Jho Low bekerja selain kekayaan yang diperolehinya.

Malah lebih ramai yang mahu, apa yang telah dibuat dan dirancang oleh pengurusan lama 1MDB yang penuh bermasalah tetapi enggan memberikan penjelasan sebagaimana yang dilakukan dan diamalkan oleh Arul Kandar selepas dia mengambilalih tampuk pentadbiran 1MDB.

Sebabnya, semua masalah yang ditimbulkan dan digunakan oleh ProTun, Tony Pua dan Rafizi, merupakan masalah-masalah yang dilakukan pada zaman pentadbiran lama 1MDB.


2 comments:

Anonymous said...

IPIC atau Aabar mahupun PetroSaudi kalaupun dianggap syarikat kroni yakni sama seperti berlori-lori syarikat kroni (sama ada di luar dan dalam negara) yang tumbuh subur dengan dengan baja DEB 22 dan NEP 22 yang mana kalau mereka main kayu tiga, apa yang boleh dilakukan ialah menyenaraihitamkan mereka. Tak pula kedengaran adanya perletakan jawatan pembesar-pembesar susulan satu kebobrokan dan kebobrokan yang lain. Oh ya mungkin pada waktu itu 'buta hati' dan cekik dedak?

Anonymous said...

Kerajaan tak bantu pon takper!!

Si Lanun Bugis ada wang berbillion2 boleh bantu no hal!!!

Thanks to 1MDB!!!

 
Blogger Templates