Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, August 25, 2016

KES EXCO PEMUDA UMNO PEMBULI JALANRAYA... DIA PERLU MASUK KELAS LAKONAN!!!



Walaupun PRU-14 masih 'lama' bagi sesetengah orang, tetapi tempoh tersebut terlalu singkat jikalau diambil kira pelbagai faktor sampingan. Apatah lagi pada masa kini, cabaran untuk mendapatkan pengaruh dan kepercayaan daripada para pengundi jauh lebih besar berbanding sebelum tahun 1999.

Dengan kebergantungan para pengundi kepada media-media sosial yang lebih pantas, lebih menyeluruh, lebih sensasi dan lebih tidak berpijak ke bumi nyata, mereka dan parti-parti politik yang terlibat memerlukan sistem bekerja yang jauh lebih getir. Manakala sebarang cerita-cerita 'hitam' walaupun hanya membabitkan individu, akan memalitkan parti dengan pengaruh negatif.

Media sosial beberapa hari ini memberikan perhatian khusus kepada kes melibatkan seorang Exco Pemuda UMNO yang dikatakan dan dituduh sebagai PEMBULI JALANRAYA apabila kereta mewah yang dikaitkan dengannya, didakwa menghimpit, menggesel dan membahayakan kereta seorang pengguna jalanraya lain.

Menggunakan media sosial, pengguna jalanraya tersebut telah memuatnaikkan kejadian tersebut dan mendapat reaksi segera daripada Netizen. Exco Pemuda UMNO tersebut bersegera memberikan reaksi, iaitu memberikan kata dua dan mengancam saman fitnah sambil menafikan dia sebagai pemandu kenderaan yang dikaitkan dengan dirinya.


Terbaharu, laporan polis telah dibuat oleh Exco Pemuda UMNO tersebut tentang 'fitnah' ke atas dirinya walaupun majoriti Netizen menyuruh dia membuat laporan polis berdasarkan tuduhan jenayah. Pun begitu, posting pengguna jalanraya yang mengadu kenderaannya telah dihimpit oleh kenderaan mewah yang didakwa milik Exco Pemuda UMNO tersebut, telah menarik kembali entrinya yang mungkin dilakukan kerana banyak sebab, termasuklah kewangan kerana melibatkan kos guaman.

Melihat kepada situasi ini, ia sebenarnya adalah permainan undang-undang sahaja. Siapa pun yang memandu kenderaan mewah yang melakukan perbuatan buli tersebut, yang akan terkena natijahnya adalah si pemiliknya. Melainkan kereta tersebut telah lebih awal dilaporkan dicuri atau pun terbukti memang untuk digunakan secara beramai-ramai.

Isunya amat mudah. Yang dituduh melakukan perbuatan buli jalanraya itu adalah seorang Exco Pemuda UMNO. Kalau orang biasa, ia tidak akan menarik perhatian sesiapa pun. Apatah lagi, jawapan dan reaksi yang diberikan oleh Exco Pemuda UMNO itu pula, dilihat sangat biadap dan bongkak terutama sekali 'ARAHAN' yang diberikan kepada si pengadu. 'Biadap dan bongkak' itu pula wujud kerana dia adalah orang UMNO. Kalau dia bukan orang UMNO, reaksinya masih dianggap sebagai biasa-biasa sahaja.

Namun kesimpulan akhirnya ialah, kesan daripada peristiwa ini adalah kepada UMNO dan Najib Abdul Razak selaku KEPALA UMNO DAN BARISAN NASIONAL.


Amat mudah untuk mengaitkan UMNO dan Najib Abdul Razak dalam isu seperti ini. Ditambah pula dengan tanggapan sedia negatif untuk menyalahkan Najib Abdul Razak, biarpun dalam isu Lim Guan Eng yang berhadapan dengan tuduhan rasuah dan salahguna kuasa.

Dalam situasi di mana individu berjenama UMNO dilihat mewakili UMNO, kes ini sebenarnya akan dipandang sebagai BURUKNYA UMNO dan PARA PEMIMPIN UMNO terutama barisan pelapis... ditambah pula dengan kereta mewah dan sikap yang ditunjukkan, sememangnya akan menguatkan lagi tanggapan-tanggapan negatif yang cukup berleluasa dan viral.

Saranan Pemangku Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi agar para pemimpin UMNO terutama pemimpin akar umbi berubah sikap dan menyelami serta mendekati masyarakat, nampaknya dalam kes ini dicampakkan begitu sahaja.


UMNO sedang berhadapan dengan masalah besar seandainya kes-kes 'sombong dan bongkak' seperti ini terus dibiarkan berleluasa. Exco Pemuda UMNO itu perlu lebih mendalami ilmu seni 'LAKONAN POLITIK' agar kedudukannya dalam politik dan sumber pendapatan serta kedudukannya yang berkait dengan politik seperti sekarang, tidak terjejas. Para pemimpin UMNO, tidak kiralah pemimpin kecil atau pemimpin besar perlu belajar berlakon untuk kelihatan seperti pemimpin rakyat, bukannya pemimpin yang menggunakan rakyat.

Jadi tidak salah jikalau mereka mencontohi Lim Guan Eng dan gerombolan DAP serta PKR yang lain cakap, lain buat. Mereka sangat berjaya dan walaupun diseret ke mahkamah kerana rasuah dan salahguna kuasa, mereka dianggap sebagai mangsa politik pihak pemerintah.


6 comments:

Anonymous said...

Baguslah jadi kes mcm ni. Sekurang kurangnye, terserlah sikap dan emosi sebenar serta kompetensi pejuang umno bila berdepan krisis. Bukn pasal siapa betul atau salah, tetapi kemahiran mendengar dgn 'empathy' dan bertenang memberi penjelasan. Padan muka!

Anonymous said...

Nazir ni pemimpin akan datang yg bakal mencorakkan landskap politik negara. Janganlah fitnah dia bukan2. Berapa banyak budak menganggur yg dapat kerja pasal usaha dia. Pemimpin hebat macam dia ni jgn dicemuh. Kecik hati dia nanti mana kita nak cari penganti. Nazir ni kita mesti disanjung.

Anonymous said...

Orang sekarang nak fitnah mudah..viral jer dulu..betul ke tidak belakang kira...so memang bagus saman jer..
Jgn esok jadi rapizi... Gurau jer.tapi fitnah yang dilemparkan dah bermain dari satu bibir ke berpuluh malah berjuta bibir tanggunglah dosa tu hingga hari kiamat

Anonymous said...

Apa daaa.. Sepatunya hang p la marah orang yang bawak keta hang macam org gila tu. Yang hang nak p marah orang hat kena buli tu pasai apa??? Hang tak boleh kena tegur ka? Awatnya? Orang besaq mcm hang xdak buat salah ka? Ini la dia, ada pangkat ada nama sikit ja jadi lagu ni, xpuas hati sikit ja nak saman nak ugut. Habis tu kami rakyat marhaein ni kena telan saja ka apa hat tak betul hang dok buat? Kami kena tengok ja la, kami kena biaq saja ka? Tak boleh kami nak mengadu? Akai ada Ka?? Mmg tak kuasa la nak pangkah BN pru sok.

Anonymous said...

apa yang aku boleh ckp la kan? tolong la weiiii ko simpan sikit bodo ko tu.. bukan apa untuk bekalan hari tua ko.. jauh lagi kot perjalanan hidup ko dalam umno tu.. kalo ko dok tunjuk bodo ko awal2ni esok2 orang dah kecam ko ni mmg bodo sokmo. eh eh aku pulak jadik emo baca story hot ni...
ko kena ingat kalo rakyat tak sokong kerajaan ko takkan ke mana.. ko takkan ada sampai tahap kaya raya ko skang ni.. silap2 ko keja pon biasa2 jek. aku nasihatkan la.. ko jangan guna kuasa veto ko untuk menindas orang. Orang tegur ko, ko kena la terima.. dah tu ko nak teguran yang berbunga2 yg sedapkan jiwa raga ko jek la? kalo camtu mmg alamatnya ko bodo selamanya la..
aku tak peduli la viral ni betul ke tidak. tapi cara ko melenting tu aku heran. Ko tak patut melenting ugut orang bagai. Ko kena la cool.. kalo ko tak tau cara2 nak coolkan temperature ko tu p la berguru dengan orang yg terer.

Anonymous said...

What the fuck-up this stupid issue very2 simple just say sorry and let all people be judgement both of you used your language. Why need to summon after saying sorry.

 
Blogger Templates