Wednesday, August 3, 2016

MARI KITA TOLONG PUBLISITIKAN PRA PENDAFTARAN PARTI BARU MAHATHIR!!!



Geng-geng kecewa merebut jawatan dalam UMNO suatu ketika dahulu kerana tidak mendapat sokongan akar umbi, sekarang ini bergebang tentang RAMAINYA ORANG YANG MAHU menyertai parti baru yang bakal ditubuhkan oleh Mahathir. Konon-kononnya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menyertai parti tersebut dan kemudian menumbangkan UMNO-BN pada PRU akan datang.

Selamat datang kita ucapkan kepada satu lagi parti politik di negara ini. Lagi banyak lagi bagus. Nanti kita boleh pilihanraya setiap hari macam di Indonesia. Tak maju tak mengapa, asalkan politik boleh terus dilagukan dan didendangkan demi perut dan tembolok orang politik kesayangan. Rakyat pula akan terus digula-gulakan dengan PERJUANGAN RAKYAT walaupun hakikatnya, golongan kecewa tersebut mahu kembali menguasai kemewahan dan kemudahan yang mereka perolehi atau paling tidak pun yang mereka idam-idamkan selama ini.


Tapi tak mengapalah... demi menyokong penubuhan parti baru yang berteraskan BERHALA bernama Mahathir, blog ini menyokong sepenuhnya, bahkan memberikan ruang untuk mempublisitikan pra pendaftaran yang diusahakan oleh salah seorang penjilat tegar Mahathir yang kecewa setelah gagal merebut jawatan dalam UMNO Langkawi pada pemilihan lepas.

Anina Saaduddin menggerakan inisiatif yang barangkali 'tidak pernah terfikirkan' oleh sesiapa pun bagi menunjukkan keupayaannya sebagai seorang tenaga penggerak parti paling utama. Apatah lagi tatkala kebanyakan yang sekarang ini baru muncul menyokong Mahathir terutama selepas muncul cerita kononnya FBI mahu memberkas Najib dan dikukuhkan pula dengan pengumuman DOJ Amerika Syarikat akan saman sivil ke atas mereka yang dikatakan menyonglap duit 1MDB, selain pensimpati dan penyanjung buta kayu ke atas batang tubuh Mahathir yang gagal menonjol sebagai pemimpin antarabangsa dan disegani sepertimana yang diuwar-uwarkan oleh para pemujanya.

Pada tahun tahun 1990, idea penubuhan EAEC oleh Mahathir, gagal total selepas Jepun enggan menyertai gagasan tersebut. Jepun langsung tidak tertarik dengan idea ala TPPAnya walaupun memberi alasan enggan menyertai EAEC kerana ianya tidak melibatkan negara-negara pedagang Barat. Sedangkan Jepun yang 'dimiliki' Amerika Syarikat, tidak tertarik dengan idea Mahathir yang hanya bertujuan untuk memastikan penguasaan kroni-kroninya yang digelarkan sebagai SUPERBUMIPUTERA sepertimana yang membabitkan Halim Saat dalam cubaan pembelian dan penguasaan National Steel Company (NSC) di Filipina sepertimana yang dilaporkan oleh KITAB PALING TERPERCAYA oleh golongan ProTun iaitu WSJ pada 17 Mac 1999 walaupun syarikatnya, RENONG, mempunyai hutang yang sangat besar dan sedang dilanda krisis kewangan yang SANGAT TERUK.



Bagaimanapun, inisiatif Anina Saaduddin yang barangkali terangsang dengan kenyataan GKCM tentang 'tidak sabarnya rakyat Malaysia' untuk menyertai parti baru Mahathir, nampaknya tidak begitu menarik perhatian sebahagian daripada para penyokong Mahathir sendiri. Anina disifatkan sebagai MANGKUK TAMBAH atau MANGKUK TINGKAT walaupun semasa Mahathir mula-mula melancarkan serangan ke atas Najib dahulu, Anina yang paling terawal memaki hamun Najib.

Mungkin inisiatif Anina itu terlalu 'ke hadapan' sehingga melanggar undang-undang dan boleh menyebabkan natijah undang-undang sekiranya ada pihak yang membuat laporan kerana penganiayaan mental dan fizikal, terutama apabila butiran-butiran peribadi termasuklah nombor kad pengenalan dan alamat serta nombor telefon disiarkan secara terbuka, sekaligus mengundang penyalahgunaan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan-tujuan jenayah dan penipuan.


Tetapi apa pun, kita tetap bantu untuk promosikan apa yang dikatakan oleh Anina sebagai PRA PENDAFTARAN (apalah nasib budak-budak yang diajarnya semasa di UM dahulu). Beberapa kenyataan termasuklah daripada Khairuddin Abu Hassan telah meminta agar pendaftaran tersebut dihentikan sehinggalah keputusan oleh PROTEM terlebih dahulu.

Nampak dan macam gelojoh sangat puak-puak ni!

Nampaknya melepaslah jawatan Ketua Wanita parti Mahathir itu dari tangan Anina kalau tidak pun jawatan sebagai Naib Presiden kerana telah disailang awal oleh LISTEN! LISTEN! LISTEN! dan juara selfie depan pejabat pihak berkuasa di luar negara!!!


7 comments:

Anonymous said...

Semua ini macam skim jualan rumah era lama. Ambik deposit ketika rumah masih pada tahap perancangan dan bayaran berperingkat dibuat ikut peringkat kesiapan rumah yang sedang dalam pembinaan. Makanya jangan hairan kalau deposit dan bayaran berperingkat banyak yang hangus, rumah tak siap-siap sedangkan pahat melarikan diri. Apa nak jadi...

Anonymous said...

BN/UMNO jgn takbur, dgn kehendak tuhan yg maha kuasa, kjaan yg sedia ada boleh tewas..

Anonymous said...

Lebih ramai lebih meriah namun terlalu ramai akan lalut dan ke laut.

Anonymous said...

Jiboon-jiboon najib dah ngelabah hahahhha....

"selain pensimpati dan penyanjung buta kayu ke atas batang tubuh Mahathir yang gagal menonjol sebagai pemimpin antarabangsa dan disegani sepertimana yang diuwar-uwarkan oleh para pemujanya"

Admin nie aku rasa baru semalam kuar lubang juboq kot...btul najib berjaya menonjol...sebagai penyangak terbesar pernah dilihat didunia...dan di backup oleh jiboon-jiboon pendedak cam admin nie...

hahahahhaha...maju la sangat malaysia kalo di ukur dengan kekayaan PM tercinta dia tu...

Anonymous said...

Buat serabut politik tanah air je...yg sedia ada pun dah kalut dgn seribu masalah masing masing.

Anonymous said...

xpelah depa nak tubuh parti baru pun..yg ko meroyan kenapa..heee

Azman Ali said...

Nama parti baru adalah Barisan Mangkuk Tingkat..

top