Monday, August 1, 2016

MENGINGAU TAK HABIS-HABIS LAGI SI MUKHRIZ MAHATHIR NI!!! DAFTAR SAJALAH, TOKSAH DUK JADI PENGANTIN!!!



Mukhriz Mahathir dan pengantin memang sangat sinonim. Tak boleh dibezakan dan tak boleh dipisahkan. Asal sebut pengantin, maka terbayanglah Mukhriz Mahathir yang perlu diarak dengan paluan kompang dan persembahan silat pulut. Asal sebut pengantin, maka terbayanglah juga Mukhriz memakai pakaian pengantin, tersenyum simpul sambil memegang berjalan berpimpin tangan dengan mempelainya.

Di mana-mana sahaja Mukhriz Mahathir akan jadi pengantin, walaupun ketika bergelar Menteri Besar Kedah.

Dek kerana pengantinnya itulah, Mukhriz Mahathir tidak mampu berbuat apa-apa, melainkan mempersembahkan senyuman dan lakonan ketika menjadi Menteri Besar Kedah. Hanya setelah dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, barulah Mukhriz Mahathir cuba menunjukkan dia bukannya pengantin, sebaliknya bekerja untuk rakyat. Nak ditunjukkan bukti, tidak ada, terpaksalah berkokok mengalahkan ayam jantan kena kasi.

Mukhriz Mahathir dalam kenyataan terbaharunya 'memberi amaran' kepada Kerajaan agar tidak menghalang dan menyusahkan pendaftaran parti baru yang dirintis oleh bapanya. Sekaligus cuba memberikan persepsi kononnya, perjuangan bapanya untuk menghidupkan semula kroni dan kaum keluarganya dalam membolot harta kekayaan negara, akan disusah-susahkan oleh pihak kerajaan menerusi Pendaftar Pertubuhan.

Itulah yang dikatakan Mukhriz ni tidak ubah seperti pengantin.

Dia lupa barangkali, Mesyuarat tidak sah DAP pun, ROS tidak mampu berbuat apa-apa. Malah sampaikan Lim Guan Eng dah nak masuk penjara pun, ROS tetap senyap sunyi seperti dilanggar geroda. Sampai sekarang pun, DAP tetap berdiri sebagai sebuah parti politik untuk Keluarga Lim.

Penubuhan PAN pun takdak masalah. Apakah Mukhriz fikir, dia lebih baik dan lebih ditakuti daripada Mat Sabu yang jauh lebih berpengalaman dan lebih berdiri di atas kaki sendiri berbanding dia yang terpaksa menyandar dan berdiri di atas kaki bapanya? Adakah dia fikir, rakyat akan lebih kagum dengan kekayaannya hasil daripada pentadbiran bapanya selama 22 tahun yang menghadiahkan dan menganugerahkan projek serta kontrak runding terus kepada syarikat yang dimiliki olehnya dan saudara-saudaranya?

Dia sebagai bekas seorang Menteri Besar, bekas anggota Kabinet dan sebagai seorang ahli perniagaan (kononnya), sepatutnya dia tahu tentang proses dan prosedur pendaftaran serta penubuhan sesebuah pertubuhan termasuklah parti politik baru. Cukup semua bendanya, ROS pasti akan membenarkan penubuhannya. Mungkin Mukhriz Mahathir masih lagi dilamun nostalgia bagaimana bapanya MEMBUNUH UMNO ASAL untuk menubuhkan UMNO Baru bagi tujuan pengekalan kuasa dan menghalau semua penentang dan pesaingnya pada tahun 1988 dahulu agaknya.

Tak payahlah duk berlakon cuba menarik simpati. Siapkan cepat parti baru PROTUN tu. Biar lepas ni kalau lawan pun, lawan secara bertelur, bukannya lawan cara pengantin. Sekurang-kurangnya Mukhriz boleh buang perangai pengantinnya....


1 comment:

Anonymous said...

Bile bos ROS nk dtukarkkan..
Kes DAP da brjgggut da..

top